. "Mama, uncle cakap uncle nak bagi upah, hehehe.." kata Ryan kepada Rania.
"Kenapa?" tanya Rania kehairanan.
"Sebab.. ermm.. sebab abang jaga babies tadi.
Mama, tenapa (kenapa) baby untle (uncle) ada tu (two)? Tenapa mama ada wan (one)?" tanya Ryan.
"Danish! Your son tanya soalan KBAT of the day! Please help me!" panggil Rania.
"Pergi tanya papa.
Papa tahu kenapa.
Go.
" kata Rania.
Ryan tersengih.
Dia berlari terkedek-kedek menuju ke arah papanya yang sedang berbual dengan Tengku Daniel.
"Papa, tenapa untle ada two baby? Tenapa tita ada one?" tanya Ryan.
"Sebab.. err.. sebab.." Tengku Danish tergagap-gagap untuk menjawab.
Isyarat mata diberikan untuk adiknya supaya membantu.
"Sebab uncle suka makan sayur.. sebab tu uncle dapat two.
" jawab Tengku Daniel.
"Oh, papa tak dapat two baby sebab tak matan (makan) sayur te(ke)? Tapi papa selalu matan sayur abang, tenapa tak dapat two?"Alamak!"Err.. abang, jom beli aiskrim.
Uncle nak upah.
" ajak Tengku Daniel mengubah topik.
"Nak! Papa, boleh abang matan ice tream (cream)?" tanya Ryan.
"Boleh sayang.
" balas Tengku Danish.
"Aku pinjam motor Pak Lang tak apa kan?" tanya Tengku Daniel.
"Tak apa je.
Dia pun pesan, suruh guna je motor tu.
" balas Tengku Danish.
"Okay nice.
"*******"Adina, kamu dah makan ke?" tanya nenek.
Dia mengusap rambut Adina.
"Belum, nek.
" jawab Adina lemah.
Adina yang baru tersedar dari tidur bangun menyandar pada headboard katil.
"Basuh muka dulu, nanti nenek suruh suami kamu bawa makanan.
Jangan lupa makan.
" pesan nenek.
"Baik nek.
" "Daniel, sini.
" panggil nenek di pintu bilik.
Tengku Daniel yang baru sahaja pulang dari kedai runcit mendekati neneknya.
"Pergi ambil makanan kat dapur.
Mak Lang dah tolong masak.
Suap isteri kamu.
" arah nenek.
"Ouh, baik nek.
Nenek nak aiskrim?" Nenek menggelengkan kepalanya.
"Nenek dah tua nak makan aiskrim bagai.
" Tengku Daniel tergelak.
Dia berjalan menuju ke dapur.
"Baru nampak batang hidung budak ni.
" kata Mak Lang yang sedang menggoreng ayam.
"Hehehe.. Daniel kat depan tadi, baru balik belikan aiskrim untuk Ryan tadi.
" Tengku Daniel menyalami tangan ibu saudaranya itu.
"Makanan Adina dah ada bawah saji tu hah.
Pergi bawa masuk bilik.
" pesan Mak Lang.
Tengku Daniel mengangkat saji.
"Uish.. sedapnya.." puji Tengku Daniel.
"Tu makanan Adina je tau, makanan kamu ni hah, Mak Lang tengah goreng.
Jangan kamu makan pula makanan dia.
" kata Mak Lang.
"Mak lang ni tahu-tahu je.
" Tengku Daniel tersengih kambing.
Mak Lang menggelengkan kepalanya.
Tengku Daniel membawa dulang masuk ke bilik mereka.
"Eh, anak daddy hisap susu mommy? Sedap ke Aldric?" tanya Tengku Daniel.
Diletakkan dulang di atas nightstand.
"Abang, apa kata kita panggil dia along?" kata Adina.
"Tak nak lah yang.
Abang teringatkan Along you pula.
Ee seram.
" kata Tengku Daniel.
Adina ketawa mengekek.
"Habistu nak panggil apa? Aldric?" Tengku Daniel menganggukkan kepalanya.
"Kan kata-kata tu doa? Abang nak dia jadi pemimpin yang bijak.
Sebab tu abang nak panggil nama.
""Boleh kan?" Adina menganggukkan kepalanya.
"Hehehe.. nama macam omputeh.
" kata Adina.
"Memang omputeh.
Mat saleh celup.
" mereka ketawa mengekek.
Aldric merengek.
Tengku Daniel mengusap kepala Aldric.
Buah dada isterinya turut disentuh.
Adina membutang matanya.
Sumber:Internet