. "Good morning anak mommy!""Good morning birthday boboy and gegirl daddy!"Adina dan Tengku Daniel mencium muka anak mereka.
"NooOo daddy!!""Mommy!!"Mereka tergelak besar.
Jahat.
"Come, kita mandi.
Harini your birthday.
" mereka mendukung kembar ke bilik air.
"Banyak nya berak.
" kata Tengku Daniel kepada Aldric.
Aldric menjeling daddynya.
"What? I'm just saying.
"Adelia melompat-lompat dalam tab mandi sambil dipegang oleh Adina.
Kakinya menujah nujah air di kakinya.
"Amboi, happy bebenor ni.
Duduk elok-elok, mommy nak sabun ni.
" Adelia tersengih memandang mommynya.
Seusai mandi, mereka berempat turun ke dapur.
"Abang pergi ambil kek kejap lagi, nak ikut tak? Ke nak abang pergi sorang je?""Hmm.. nak ikut.. tapi nak buat nasi ayam, takut tak sempat.
Kalau abang bawa anak kita sorang boleh?" tanya Adina lembut.
"Boleh.. Adelia, come dengan daddy.
Lepas makan kita pergi ambil kek okay? Aldric, jaga mommy tau?" Aldric menganggukkan kepalanya.
Dia masih fokus makan nestum.
Tengku Daniel menyuap kembar itu hingga selesai.
"Jom.
" Tengku Daniel mendukung Adelia.
"Hati-hati.
" Tengku Daniel menganggukkan kepalanya.
Dia mencium pipi isterinya.
"Bye, love you.
" Adina tersenyum.
"Love you too.
" Tengku Daniel berjalan keluar dari dapur.
"Aldric, be a good boy okay?" Aldric tersengih.
"Aldric nak lagi tak? Nak mommy tambah?""Nak.
""Jap eh, mommy buat yang baru.
" Adina mencapai tin nestum.
Dia membuat makanan nestum untuk anaknya.
"Aaa.. buka mulut.
" Aldric ternganga dengan mulut kecilnya.
Adina ketawa kecil.
"Dah macam anak burung Aldric buka mulut macam tu.
" Aldric merengek.
Adina ketawa.
"Mommy gurau lah.
"Seusai menyuap Aldric makan, dia kembali memasak.
Aldric merengek.
"Kenapa ni sayang? Hmm?"Aldric diam.
Sebaik sahaja Adina ingin melangkah ke dapur masakan, Aldric merengek lagi.
"Mommy nak masak kejap sayang.
Aldric nampak je mommy.
Mommy kat sini juga.
"Aldric merengek lagi dan lagi.
Adina menghembuskan nafasnya perlahan.
Dia mendukung Aldric dan memasak.
"Baru diam ya? Nak manja-manja dengan mommy lah ni?"Aldric tersengih-sengih.
Adina tersenyum.
Dengan susahnya, dia memasak dengan satu tangan.
Tangan kirinya mendukung Aldric yang debab.
"Assalamualaikum.
""Waalaikumussalam.
"Tengku Daniel meletakkan kek di dalam peti ais.
"Kenapa boboy dukung dengan mommy ni, hmm? Mommy nak masak lah.
" Tengku Daniel mengambil Aldric dari dukungan Adina.
"Entahlah abang.
Dia merengek tadi.
Jauh sikit terus nak nangis.
Last last sayang dukung je.
Mana Adelia?""Ada kat luar, dengan Gio.
Gio cakap bodyguards nak bagi hadiah.
Diorang minta bawa Aldric sekali.
""Oh.
""Abang pergi luar kejap, pastu abang datang sini balik tolong sayang ya?" Adina menganggukkan kepalanya.
Tengku Daniel keluar dari situ.
"Nah.
Kalau anak aku nangis, aku potong gaji korang.
""Alamakk.. tak tuan.
Kitorang jaga diorang ni elok-elok tuan.
" kata Gio.
"Hmm.
"Tengku Daniel masuk semula ke dapur.
Dia melihat isterinya yang sedang memotong timun.
Dia perlahan-lahan memeluk pinggang isterinya.
Sumber:Internet