Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 1

. "Maafkan aku sebab pergi dari hidup kau macam tu je.
Aku tak tahu macam mana nak bagi tau kau.
Aku tak sampai hati nak putuskan hubungan kita sebab aku tau kau sayangkan aku.
" Kata Najmi.
Riak wajahnya kelihatan kosong tanpa perasaan bersalah memandang Naura di hadapannya.
Sebolehnya, memang dia tidak mahu lagi bertemu dengan Naura kerana bimbang Naura akan mengganggu hidup dengan kekasih hatinya Dina.
Naura tersenyum, dan memandang Najmi dengan perasaan yang lapang.
"Jangan risau awak, saya cuma nak tahu kenapa awak tinggalkan saya je.
Saya dah lama move on pun.
Cuma saya sakit hati sebab tak dapat penjelasan awak masa tu.
At least, awak bagilah alasan yang betul-betul logik dan jujur.
" "Aku minta maaf Naura.
" Naura senyum sendiri.
"Tak pa, saya dah lama maafkan awak.
Macam yang awak kata dulu, walaupun dah berpisah, tak perlu kita bermusuh.
Ok lah, terima kasih sebab datang jumpa aku.
Lima tahun aku tunggu saat ini.
Aku gerak dulu.
" Naura lantas bangun dan terus pergi meninggalkan Najmi di restoran itu.
Dia memandu terus ke tasik buatan yang berada di taman.
Sepanjang pemanduan, air mata menitis, tapi hatinya lega.
"Ya, memang orang gemuk macam aku tak ada tempat di mana-mana hati insan yang bergelar lelaki, tak layak bercinta.
" Naura merenung air tasik sambil mengenang kembali hidupnya lima tahun lalu.
Lima tahun lalu.
Hujan turun dengan lebat, selebat air matanya yang jatuh.
Terasa ingin menjerit, melepaskan rasa hati yang hancur.
Beratus kali dia menelefon Najmi tapi tidak berangkat.
Dan Naura tidak sangka, panggilannya kali ini berjawab dengan jawapan yang paling memilukan hatinya.
"Saya sibuk dan jangan call saya lagi lepas ni.
" Mungkin Najmi merajuk kot.
Fikir Naura.
Jadi Naura menelefon kembali.
Tidak berangkat.
Setelah tiga kali menelefon, panggilan dijawab.
Suara sinis Najmi menjawab, "Jangan call saya lagi, nanti isteri saya marah.
Dia tengah mandi tu.
Bye.
" Naura terduduk, air matanya ditahan.
Keliru dengan apa yang didengari dan keliru dengan apa yang terjadi.
"Apa salah aku? Bila dia kahwin? Bukan sepupu dia ke yang kahwin hari tu?" Pertemuan terakhir dengan Najmi ialah lima minggu lepas sewaktu cuti semester.
Empat hari Naura bercuti di Pahang dan bermalam di rumah kakak Najmi.
Macam-macam yang dikongsikan oleh kakak Najmi mengenai Najmi dan keluarganya.
Selepas pertemuan dengan Najmi, Naura sibuk mengulang kaji dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti.
Lagi beberapa minggu lagi peperiksaan akhir semester akan bermula.
Najmi pula sibuk dengan kerja kerana dia akan bercuti untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu rapatnya, Fateh.
Semasa Najmi di kampung, kebiasaannya memang mereka jarang untuk berhubung kerana sibuk dengan keluarga dan saudara mara.
Kebetulan Naura itu banyak tugasan-tugasan akhir yang perlu disiapkan.
Di kampung, Najmi diperkenalkan dengan rakan sepupunya, Warda.
Warda yang manis, bertubuh langsing, dan mempunyai ciri-ciri idaman lelaki.
Hati lelaki Najmi juga tercuit dengan kecantikan Warda.
Warda, berbeza sungguh dengan Naura.
Warda peramah, Naura agak pendiam, Warda kurus, Naura gemuk, Warda lemah lembut dan pandai bergaya, Naura manja dan gayanya seperti budak sekolah.
Najmi mula membandingkan mereka.
Terdetik juga penyesalan di hati, bagaimana dia boleh mengejar cinta Naura.
Naura yang manja,  nampak seperti mata duitan walaupun sebenarnya dia bukan mata duitan cuma Naura seorang yang suka dengan wang, berkira dan asyik dengan cita-citanya.
Susah untuk dihubungi terutamanya waktu malam.

Sumber:Internet