. Pelbagai juadah yang disediakan oleh Puan Mariah.
Enam jenis kesemuanya.
Ikan siakap steam, sayur campur, ulam-ulaman, sambal belacan, kerabu magga bersama daging, sambal petai bersama udang, dan pajeri nanas.
Tak lupa juga salad buah dan agar-agar cocktail sebagai pencuci mulut.
Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan Naura bakal menantunya.
Setelah siap menghidangkan juadah.
Puan Mariah segera bersiap dan menunggu di laman rumahnya bersama suaminya.
Mereka duduk di gazebo sambil berbual mengenai isu-isu semasa.
Naurah dan Nazim tiba di rumah Puan Mariah dan Tuan Rashid tepat jam 12.
30 tengah hari.
Puan Mariah dan suami tersenyum mesra menyambut bakal menantu mereka.
"Alahai, comelnya bakal menantu aku.
" Monolog Puan Mariah dalam hati.
"Sihat Naura?" Tanya puan Mariah semasa menyalami bakal menantunya lantas memeluk Naura.
Naura mengangguk dan membalas pelukan Puan Mariah.
Puan Mariah memegang tangan Naura dan memimpin Naura untuk masuk ke dalam.
"Amboi bonda, dah jumpa bakal menantu, lupa kat anak sendiri ye bonda.
" Tukas Nazim dengan nada merajuk.
Terhenti langkah Puan Mariah dan Naura.
Terus pecah ketawa mereka.
"Kamu ni Nazimuddean, bagi lah chance kat bonda.
Asyik sambut kamu ja.
Bonda pun bosan tengok kamu.
" Balas Puan Mariah.
" Macam tu Nazim nak baliklah bonda.
" Balas Nazim dengan nada merajuk.
Sengaja.
"Sudah, jangan nak mengada.
Masuk cepat, bonda masak makanan kegemaran kamu hari ni.
" Balas Puan Mariah.
Ketawa Naura melihat adegan ibu dan anak di depan mata.
Tuan Rashid sahaja yang kelihatan tenang dan bersahaja.
Nazim membuntuti bonda, ayah dan Naura yang masuk ke rumah.
"Banyaknya bonda masak hari ni.
Sedapnya.
Laparlah bonda.
" Nazim terus mengambil pinggan dan duduk di kerusinya.
Terlupa Naura yang menjadi tetamunya apabila melihat pelbagai jenis lauk di atas meja makan.
Semua makanan kegemarannya.
"Jemput duduk Naura.
Nazim ni memang macam ni kalau jumpa makanan kegemaran dia.
Semua atas meja ni makanan kegemaran Nazim.
" Naura duduk di sebelah bonda Nazim.
Seleranya juga terbuka disebabkan hidangan yang disediakan oleh Puan Mariah.
"Naura tinggal di mana?" Soal Tuan Rashid.
"Dekat syeksyen 17 pak cik.
" Jawab Naura.
" Adik beradik berapa orang? " " Empat orang, dua lelaki dan dua perempuan.
Naura anak sulung.
" "Berapa umur Naura?" " 26 tahun pakcik.
" Bonda Nazim menyampuk, "Tambah la lagi Naura.
Bonda masak khas untuk Naura dengan Nazim.
" Naura tersenyum dan menambah kerabu mangga bersama daging ke dalam pinggan.
Sambil makan mereka berkenalan.
Banyak soalan yang diajukan oleh Tuan Rashid.
Naura jawab tanpa rasa jemu.
Usai makan, Naura membantu Puan Mariah untuk mengangkat dan mencuci pinggan.
Nasib baik memang tugas Naura di rumah dan setiap kali kenduri di kampungnya mencuci pinggan.
Jadi dia nampak tidak nampak janggal bila melakukan tugasan tersebut di rumah ibu bapa Nazim.
Usai solat zohor, bonda dan ayah Nazim mengajak Naura duduk berehat di gazebo halaman rumah.
Nazim pula mengundurkan untuk berehat di dalam bilik dan memberi ruang kepada kedua orang tuanya untuk berkenalan dengan Naura.
"Naura, terima kasih sebab sudi terima Nazim.
Kami mohon Naura jaga Nazim ya.
Dia lah anak yang paling rapat dengan kami, Naura.
Harap Naura dapat terima baik buruk Nazim ya.
" Naura menganggukkan kepala dan tersenyum tawar.
"InsyaAllah.
Naura akan cuba sebaik mungkin.
" " Minggu depan kami hantar rombongan meminang ke rumah Naura.
" Kata Tuan Rashid.
Tepat jam tiga setengah petang, Nazim menghantar Naura pulang.
Sepanjang perjalanan mereka mendiamkan diri dan melayan perasaan masing-masing.
Radio juga tidak dihidupkan.
Naura terlena.
Lama Nazim menatap wajah Naura yang sedang lena sebelum mengejutkan Naura.
Sampai sahaja di rumah, Naura terus memaklumkan kepada mamanya mengenai rombongan meminang yang bakal tiba minggu hadapan.
Sempat juga Naura memaklumkan kepada papanya.
Sepanjang minggu itu, mereka sibuk menguruskan rumah bagi melangsungkan pertunangan Nazim dan Naura.
Pertunangan Naura dibuat serba ringkas dan dihadiri oleh keluarga Nazim dan adik-beradik Naura sahaja.
Rundingan mengenai tarikh pernikahan dan hantaran diserahkan kepada pihak lelaki.
Tempoh pertunangan mereka ialah enam bulan seperti yang dipersetujui oleh Nazim dan Naura.
Papa Naura akan hadir pada hari pernikahan mereka.
Segala urusan perkahwinan akan diuruskan oleh bonda Nazim dan Naura.
Kesempatan itu digunakan oleh Puan Mariah untuk lebih mengenali Naura dan keluarga.
Segala perbelanjaan perkahwinan ditaja oleh Nazim dan bondanya.
Naura hanya perlu menjayakan misinya sahaja.
Sumber:Internet