. Misi Naura.
"Naura, betul ke kamu tak mahu jumpa Nazim sepanjang tempoh pertunangan ni?" Tanya bonda kepada Naura.
"Ya bonda.
Naura yang minta untuk tak jumpa Abang Nazim.
" balas Naura.
"Tapi kenapa?" Boleh beritahu bonda?" Puan Mariah pelik dengan permintaan Naura.
Ada juga dia mengajak Nazim tapi ditolak.
Setelah didesak beberapa kali akhirnya Nazim memberitahu mengenai permintaan Naura yang satu itu.
" Naura nak belajar pasal Nazim melalui bonda boleh?" Pelik dengan permintaan Naura yang baru didengari tadi dengan syarat yang dikenakan terhadap Nazim.
"Bonda tak faham Naura.
Apa perkaitannya? " Naura tersenyum.
"Sebenarnya bonda, Naura ada beberapa misi yang Naura perlu buat sebelum berkahwin dengan Nazim.
Antara misi Naura adalah belajar masak makanan kegemaran Nazim melalui bonda.
Naura nak kenal Nazim melalui bonda.
Bolehkan bonda?" Puan Mariah terharu mendengar butir bicara Naura.
Terasa betapa beruntung anaknya dapat memiliki Naura.
Dari luaran Naura nampak sedikit kurang dari gadis jelita di luar sana, tapi dari satu sudut Naura dirasakan pilihan yang terbaik untuk anaknya.
"Baiklah, bonda akan bantu Naura.
Bonda akan ajar Naura masak makanan kegemaran Nazim sampai Naura boleh masak sama macam bonda.
" "Terima kasih bonda.
Tapi Naura tak boleh datang kerap sebab Naura ada kelas hujung minggu setiap minggu ketiga.
" Kata Naura.
"Baiklah, bonda tak kisah bila-bila pun.
Janji Naura call bonda bila nak datang belajar masak.
Pintu rumah bonda sentiasa terbuka untuk Naura.
" "Baiklah bonda.
Terima kasih.
" Seharian Naura menghabiskan masa bersama Puan Mariah.
Membeli barang hantaran, hiasan barang hantaran, survey katering, dan meninjau tempat untuk resepsi.
Sampai di rumah, mama memberitahu barang yang ditempah oleh Naura sudah sampai.
Naura yang sememangnya menunggu kehadiran barang yang ditempah begitu teruja.
"Mama dah tengok ke barang apa? " Tanya Naura.
"Tak, mama tak sempat tengok.
Apa tu Naura? Besar semacam je mama tengok.
" "Meh la sini mama.
" Laung Naura.
Tanpa sempat berehat Naura terus memasang Foldable Mini Treadmill yang baru sampai.
Mini Treadmill ni author jumpa iklan dia masa sesaja nak survey harga treadmill.
Imaginedkan yang Naura punya macam dalam gambar tu la ye Terkejut Puan Hanim dengan barang yang dibeli Naura.
Adiknya Nuril turut melompat teruja dengan Foldable Mini Treadmill yang dibelinya secara online.
"Lepas ni bolehlah Nuril nak guna ya kak?" Tanya Nuril.
"Boleh je Nuril, asalkan time tu akak tak guna, Nuril guna je.
" Balas Naura.
Naura nekad untuk menurunkan berat badannya.
Sanggup dia mengikat perut dan menangguhkan keinginan demi membeli mesin treadmill itu.
Naura mengatasi rasa malunya untuk keluar bersenam di luar rumah dengan mengorbankan sedikit pendapatannya bagi membolehkan dia bersenam di dalam rumah.
Bermula sejak hari itu, Naura memperuntukkan sejam di waktu pagi untuk brisk walk di atas treadmill sebelum solat subuh dan dua jam di sebelah petang.
Rutin makanannya pun dipantau.
Naura hanya makan nasi sehari sekali dan hanya minum air kosong sahaja.
Cheat day Naura adalah semasa hari Naura belajar memasak di rumah bonda Nazim.
Minggu pertama Naura berjaya mengurangkan hampir tiga kilogram berat badannya.
Dia sangat gembira meskipun letih.
Minggu kedua sekali lagi mencatatkan pengurangan sebanyak tiga kilogram.
Minggu ketiga Naura berjaya mengurangkan berat badan sebanyak dua kilogram sahaja.
Bulan yang pertama sejak Naura mengawal dan memantau rutin hariannya, dia berjaya mengurangkan berat badannya daripada 79kg kepada 69kg.
Bonda Nazim juga perasan akan perubahan Naura namun didiamkan sahaja.
Dalam sebulan Naura akan belajar memasak sebanyak dua kali di rumah bonda Nazim.
Naura baru berjaya mempelajari satu resepi daripada bonda Nazim.
Naura juga sudah pandai untuk menata rias wajahnya.
Naura belajar ilmu asas solekan pada minggu lepas.
Segala perjalanan misinya dalam bulan ini dicatatkan dalam diarinya.
Naura tersenyum.
Semuanya untuk si dia.
Naura dan Nazim hanya berhubung melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja.
Nazim :Awak, lagi empat bulan kita kahwin.
Awak dah ready? Naura : InsyaAllah.
Sekejap je masa berlalu kan encik.
Nazim : Tak habis-habis dengan panggilan encik tu.
Lepas ni kena tukar.
Biasakan diri panggil saya A.
B.
A.
N.
G.
Faham? Naura : Okay.
Saya mengantuk ni, nak tidur.
Nazim :Sekejap, awak dah jumpa baju kahwin? Naura : Saya dengan bonda masih belum decide lagi.
Hujung bulan ni sempat lagi kan? Nazim : Okay.
Dah jumpa bagi tahu ya.
Kita kena pergi sekali untuk sesi pemilihan baju pengantin.
Wajib.
Naura :Ye, saya tahu.
Jumpa hujung bulan ni ya.
Assallamualaikum.
Nazim : Waalaikumsalam.
****************************** Bulan kedua misi dijalankan berat yang berjaya dikurangkan ialah sembilan kilogram.
Berat terkini Naura adalah 60kg.
Mama dan bonda gembira dengan perubahan yang ditunjukkan Naura.
Saiz baju juga dah berubah.
Daripada 3XL kepada L.
Nazim juga turut terkejut dengan perubahan Naura.
Setelah tiga bulan tidak bersua banyak perubahan terhadap bakal isterinya.
Lama Nazim memerhatikan Naura.
Keadaan menjadi sedikit huru hara apabila sesi pemilihan baju pengantin diadakan.
Yang mana Nazim suka, Naura tak suka, yang mana Nazim dan Naura suka, bonda dan mama pula tak suka.
Penat Naura asyik berganti baju.
Nasib baik pembantu butik itu sabar melayan karenah mereka.
Akhirnya Bonda, mama, Nazim dan Naura sepakat untuk memilih gaun berkain songket yang berwarna hijau cair untuk majlis resepsi mereka.
Sebulan sebelum majlis kahwin mereka akan datang untuk sesi 'fitting' baju kahwin yang ditempah.
Bonda berhasrat untuk membeli terus buasana perkahwinan untuk Naura.
Kad kahwin, katering, dan dewan sudah pun siap ditempah.
Sumber:Internet