Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 14

. Kelihatan ayah Nazim sedang duduk berehat sambil menatap skrin laptopnya di gazebo halaman rumahnya.
Nazim dan Naura yang baru saja sampai disambut mesra.
Mereka masuk ke rumah setelah bersalaman.
"Dah lama ke sampai Nazim? Tak dengar pun bunyi kereta kamu.
" Ujar Puan Mariah yang datang dari arah dapur.
"Baru je bonda.
Bonda masak apa tu?" "Amboi kamu, belum apa-apa lagi dah tanya.
Naura okay?" Soal Puan Mariah sambil tangannya menyambut salam menantunya.
Naura hanya mengangguk dan tersenyum.
"Bonda nak sambung masak, kamu berdua pergilah rehat dulu.
Nazim pergi bawa Naura masuk bilik kamu tu.
" Arah Puan Mariah.
Nazim dan Naura membawa beg mereka masuk ke bilik Nazim.
Inilah kali pertama Naura masuk ke bilik Nazim.
Naura tersenyum.
Selama Naura bertandang ke rumah Nazim untuk belajar memasak dan menziarahi Puan Mariah serta Tuan Abdul Rashid, dia hanya masuk ke bilik yang dijadikan ruang solat sahaja.
"Kemas dan simple je bilik Nazim.
Cantik.
" Monolog Naura di dalam hati.
Nazim tersenyum melihat reaksi Naura.
Dia tahu bahawa Naura sedang bermonolog di dalam hati sambil menilik setiap ruang bilik itu.
Perkataan terakhir dari bibir Naura kedengaran jelas di telinganya.
Mungkin Naura tidak menyedari yang dia sedang terlepas bermonolog di mulutnya.
"Abang, Naura nak turun ya.
Nak tolong bonda siapkan apa yang patut.
" Nazim mengangguk dan menghantar pandangan matanya ke arah Naura yang sedang meninggalkan bilik mereka.
"Sedapnya bau.
Ada apa-apa yang Naura boleh tolong?" "Bonda dah siap dah masak Naura.
Tinggal hidang je.
Naura tolong bonda hidangkan makanan atas meja tu ya.
" Naura lantas membantu bondanya menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak.
Di rumah itu hanya tinggal mereka sahaja.
Adik beradik Nazim telah pun pulang ke rumah masing-masing usai majlis resepsi mereka semalam.
Seharian menghabiskan masa bersama keluarga mertua.
Terasa badannya mula keletihan.
Malam ini Nazim tidur di atas sofa yang terdapat di dalam biliknya dan Naura di atas katil.
Hari ini giliran untuk bermalam di rumah mama Naura.
Sebelum ke rumah mama, Nazim dan Naura sempat membeli sedikit barang-barang dapur di Giant.
Sampai sahaja di rumah mama, Naura terus membantu mamanya untuk mengemaskan barang-barang yang dibeli oleh Naura.
Malam itu mereka makan malam di luar.
Naura memesan Lamb Chop dengan Strawberry Juice, Nazim pula memesan Beef Steak dengan Three Layer Tea  dan mama pula memesan Grill Chicken Chop bersama Chocolate Devil Ice Blended manakala Nuril pula hanya memesan Spaghetti Bolognese  dengan Ice Lemon Tea.
Banyak perkara yang mereka bualkan semasa makan malam itu.
Usai makan malam, mereka menghabiskan masa berjalan-jalan di I-City.
Hampir tengah malam mereka sampai di rumah mama.
Disebabkan katil di bilik Naura hanyalah katil bujang, maka Nazim terpaksa tidur di atas toto narita.
Mama ada juga menawarkan bilik mama untuk Naura dan Nazim tidur, namun ditolak baik oleh mereka.
Usai mengemas barang-barang yang ingin di bawa ke rumah baru, mereka terus meminta izin untuk pulang.
Puan Hanim yang sedia maklum bahawa Naura akan tinggal beransingan dengannya dan juga keluarga Nazim sempat membekalkan makanan yang dimasaknya tadi.
"Naura dah sedia nak pergi rumah kita?" Tanya Nazim.
"Ya.
Sedia.
" Jawab Naura pendek.
"Boleh tak Naura pejam mata sepanjang perjalanan?" tanya Nazim.
"Kenapa pulak? Macam mana saya nak tau jalan ke rumah kalau tutup mata?" Balas Naura.
Nazim hanya menggelengkan kepala, tanda tidak puas hati dengan jawapan Naura lantas berkata, "Kalau macam tu, tengok ja dan jangan banyak soal.
Sampai kita sampai dekat rumah.
Boleh?" "Okay.
Orite Sir.
"  Jawab Naura sambil membuat isyarat tangan ibarat menzipkan mulut.
Terlopong mulut Naura apabila melihat jalan yang dilalui mereka.
Dalam 20 minit mereka sampai di rumah baru mereka.
Muka Naura yang teruja dan terkejut tidak dapat disorokkan.
Nazim tersenyum melihat reaksi Naura.
Nazim membuka pagar rumah menggunakan remote control dan memakirkan keretanya di dalam pagar rumah.
"Seriously ini rumah kita abang?" Soal Naura seakan tidak percaya.
"Ini rumah Naura, sayang.
Selamat datang my queen.
"  Jawab Nazim penuh romantis.
Nazim membuka pintu rumah dan memimpin Naura untuk masuk.
"Cantiknya rumah kita.
Terima kasih.
" "Jom abang tunjukkan seluruh rumah ni dekat Naura" Nazim membawa Naura ke ruang makan, ruang tamu, bilik-bilik yang terdapat di tingkat bawah dan akhirnya ke tingkat atas.
Semua bilik dah di lihat oleh Naura kecuali biliknya.
Kali ini Nazim berkeras untuk menyuruh Naura menutup mata.
Naura hanya mengikut arahan Nazim.
Nazim membawa Naura ke tengah-tengah bilik khas untuk Naura dan menutup pintu.
  "Okey, dalam kiraan tiga buka mata ya.
Satu.
Dua.
Tiga.
" Naura membuka matanya dan mulutnya terlopong serta automatik Naura melompat kegembiraan.
Tanpa sedar dia memeluk tubuh suaminya.
"Cantiknya bilik ni.
Pandainya abang hiaskan.
Siap ada rak buku lagi.
Sukanya.
" Naura melepaskan pelukan terhadap Nazim.
Malu.
Nazim hanya senyum dan berpeluk tubuh.
"Awak rehatlah.
Abang nak ambik barang dalam kereta.
" Nazim lantas keluar dari bilik.
Jantungnya berdegup kencang.
Hati lelakinya terusik.
Suka dan bahagia melihat Naura begitu gembira dengan hasil usahanya.
"Naura, abang akan buatkan Naura cintakan abang sepenuh hati.
" Monolog Nazim dalam hatinya.
Entah bila perasaan sayang dan cinta mula hadir, Nazim sendiri pun tak sedar.

Sumber:Internet