Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 15

. Untuk makan malam ini, Naura masak ketam masak lemak cili api, telur dadar dan sayur campur.
Nazim makan penuh berselera.
Setiap hari Naura pasti akan masak untuk sarapan dan makan malam mereka.
Seandainya sempat, Naura pasti akan membuatkan bekal untuk Nazim.
Sejak berkahwin, makan minum Nazim diuruskan oleh Naura.
Nazim pula akan membantu Naura untuk mencuci pinggan setiap kali selepas makan.
Sejak dari minggu pertama mereka masuk ke rumah mereka, Nazim dan Naura telah berbincang dan membahagikan tugasan masing-masing untuk menguruskan rumah.
Satu sahaja yang Nazim tak bagi Naura buat.
Menyerika baju-baju Nazim.
Nazim adalah seorang yang sangat teliti dalam menguruskan baju-bajunya.
Pernah Naura menolong Nazim, tapi Nazim tetap rasa tak puas hati.
Dia terpaksa menyerika bajunya kembali.
Akhirnya Naura angkat tangan dan mengalah dengan Nazim.
Disebabkan rumah itu hanya mereka berdua saja yang tinggal di dalamnya, maka tidak banyak yang perlu dikemaskan.
Oleh itu, dua minggu sekali mereka akan mengemaskan seluruh rumah bersama.
Diam tak diam, sudah tiga bulan mereka bergelar suami isteri.
Masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan baik kecuali berhubungan kelamin.
Nazim tidak pernah mendesak Naura untuk menunaikan tanggungjawabnya yang satu itu.
Naura pula bukan tidak bersedia, namun Naura takut dan malu menyelubungi dirinya.
Mereka masih tinggal di bilik yang berasingan.
Cuma sekali sekala akan tidur sekatil sekiranya ayah dan bonda atau mama tidur di rumah mereka.
Disebabkan hari ini hari cuti dan mereka hanya duduk di rumah, Nazim dan Naura banyak menghabiskan masa untuk membaca dan menonton tv.
"Malam-malam ni best kalau tengok cerita hantu ni.
" Fikir Nazim.
Nazim yang tidak tahu bahawa Naura adalah seorang yang penakut mengajak Naura menonton cerita hantu bersama.
Naura yang tidak menjangka Nazim akan mengajaknya menonton cerita seram, duduk menonton di sebelah Nazim.
Mereka menonton di ruang tamu tingkat atas.
Naura yang terkejut melihat tajuk cerita itu terus merapati Nazim.
Terkejut Nazim dengan tindakan Naura.
Tahulah dia bahawa Naura rupanya takut melihat cerita hantu.
Entah kenapa malam ini Naura tidak boleh melelapkan mata.
Perasaan takut menyelubungi dirinya.
Baru saja memejamkan mata nak terlena bayangan watak hantu yang ditonton memenuhi ruang bayangannya.
Jadi Naura hanya menahan matanya dari tidur.
Dari tadi jantungnya berdegup laju tanpa henti.
Tiba-tiba Naura terdengar bunyi sesuatu jatuh dari bilik sebelah.
Terus Naura bangkit dan berlari ke bilik Nazim.
Peluh mula membasahi dahi dan tapak tangan Naura.
Bantal panjang yang dibawanya bersama dipeluk erat.
"Abang.
Abang.
" Panggil Naura sambil tangannya mengoncang badan Nazim.
Nazim terjaga.
"Kenapa Naura?" "Saya tidur sini boleh?" Nazim yang sedang mengantuk melayan Naura.
"Sure, mestilah boleh.
Come.
Meh sini.
" Nazim memberikan ruang kepada Naura di sebelahnya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kucing yang bergaduh.
Mungkin kucing itu berada di balkoni bilik Nazim.
Naura merapatkan diri ke arah Nazim.
Nazim yang menyedari ketakutan Naura terus menarik Naura lebih erat ke dalam pelukannya.
Naura yang ketakutan disebabkan dia memang penakut dan ditambah pula dengan bayangan cerita seram yang ditonton sebentar tadi, memeluk Nazim erat.
Akhirnya Naura tertidur.
Namun sebaliknya pula dengan Nazim.
Kedudukan dan jarak Naura sangat menggoda naluri kelelakiannya.
Pakaian Naura, haruman rambut Naura, bau badan Naura, semuanya membuatkan jiwanya bergolak.
Naura hanya memakai gaun pendek bertali halus yang hanya separas paha.
Kaki Naura pula memeluk peha Nazim sehingga terkena pada bahagian ereksinya.
Dada Naura pula rapat menyentuh bahagian bawah dadanya.
Sesekali Naura bergerak merapatkan dirinya kepada Nazim membuatkan ereksinya juga makin bangkit.

Sumber:Internet