Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 17

. Genap setahun enam bulan perkahwinan Nazim dan Naura.
Disebabkan kesibukkan masing-masing, mereka tidak pernah untuk pergi bercuti.
Naura yang sedang sibuk menyangkutkan baju ke dalam almari pakaian mereka dipeluk erat oleh Nazim.
"Sayang, kita pergi bercuti nak?" Soal Nazim.
"Bila abang? Berapa hari? Bercuti kat mana?" Soal Naura pula.
"Sayang ni satu-satulah.
Tanya macam soalan macam main mercun.
Tak berhenti bunyi.
Hahahhaha.
" Balas Nazim setelah reda daripada ketawa akibat geli hati dengan soalan bertubi-tubi daripada isterinya.
"Teruja ya sayang.
Kesian Naura kesayangan abang ni sejak kahwin dengan abang, abang asyik busy je.
Sebenarnya abang tak decided lagi nak pergi mana, bila tapi abang nak kita bercuti lebih kurang seminggu.
Sayang ada tak nak pergi mana-mana?" "Naura nak pergi Jepun.
Nak tengok robot gundam.
" Jawab Naura penuh bersemangat.
"Haish, robot gundam? Tak payah lah tengok robot tu.
Tengok abang dah lah.
Abang pun ada ketak-ketak macam robot jugak" Usik Nazim.
Naura menarik memuncungkan mulut mendengar usikan Nazim.
"Kita pergi Jepun ye.
Sayang buat list mana sayang nak pergi kat Jepun tu.
Lepas tu kita rancang itinerary ya.
Nanti abang survey tiket flight.
Dah book tiket, abang bagi tau Naura.
Boleh apply cuti siap-siap.
" Jawab Nazim sambil membantu Naura menyangkutkan baju ke dalam almari.
Semua baju milik Nazim dan Naura tidak dilipat, hanya terus digantung di dalam almari.
Sebelum ini memang ada mereka melipat baju, siap buat pertandingan melipat baju.
Dalam pertandingan itu, orang yang melipat baju paling banyak dikira sebagai pemenang.
Pada mulanya Naura menang, dan apabila asyik Naura yang menang, Naura tahu bahawa itulah muslihat Nazim untuk mengelat daripada melipat baju.
Sejak itu, semua baju mereka digantung.
Licik juga si Nazim ni ya.
Hahaha.
"Thank you abang.
Abang, kita buat ala-ala backpackers style ye.
Masa kita tentukan.
Boleh kan? " "Ikut sayanglah.
Dah survey nak pergi mana, kita kaji route sesama ya.
Sayang pun kena faham map tau.
" "Orite.
Dah siap pun kemas baju.
Abang, jom jalan-jalan.
Naura teringin nak jalan-jalan pergi SACC Mall la.
" Nazim yang baru saja ingin bermalas-malasan setelah seharian bekerja, melepas nafas berat.
Naura serba salah.
"Tak pe lah abang.
Naura tak jadi pergi.
Abang rehat je lah.
Sorry.
" Naura bersuara lemah.
" Nope.
Abang tak penat.
Jom kita pergi.
Lagi pun lama kita tak keluar jalan malam-malam kan.
Maklumlah, sayang abang ni baby.
Sebelum pukul sepuluh biasanya dah merengek nak tidur.
" Bebel Nazim.
Tak mahu dia mengecewakan permintaan Naura sebab Naura jarang meminta kepadanya.
************* Hampir tiga bulan Nazim dan Naura membuat perancangan dan itinerary serta persediaan untuk perjalanan mereka ke Jepun, kini mereka telah pun mendarat di Haneda Airport.
Setelah selesai segala urusan bersama pihak imigresen Jepun, mereka terus menaiki teksi untuk ke tempat penginapan yang telah di tempah Nazim melalui Air BnB di Tokyo.
Disebabkan mereka sampai di Tokyo pada waktu malam, jadi Nazim dan Naura hanya bersiar-siar di sekitar kawasan penginapan mereka.
Seawal jam lapan pagi lagi Nazim dan Naura telah keluar dari kawasan penginapan.
Untuk hari pertama mereka telah pun menetapkan untuk pergi ke Odaiba, Asakusa, Roppongi, dan Akihabara.
Naura paling bersemangat pada hari itu.
Maklumlah, dapat melihat sendiri Robot Gundam bersaiz besar idaman dengan mata kepalanya sendiri.
Nazim juga kelihatan sangat teruja.
Jika Korea Selatan adalah 'syurga wanita' maka Jepun adalah 'syurga lelaki' untuk melancong.

Sumber:Internet