Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 19

. Sejak akhir-akhir ini, Naura sering menangis.
Tak boleh salah sikit atau ditegur sedikit, pasti air matanya membasahi pipi.
Naura juga semakin mudah marah.
Selalu juga Nazim menjadi tempat melepaskan amarahnya.
Nazim juga pelik dengan perubahan isterinya itu.
Pernah sekali Naura merajuk seharian dengan Nazim sehingga mogok tidak makan seharian.
Puncanya Nazim pulang lewat disebabkan kesesakkan lalu lintas.
Pernah juga Naura menangis seharian tanpa sebab.
Nazim sendiri bingung dengan kelakuan isterinya.
Kadang kala, tercabar juga tahap kesabarannya apabila Naura menuduhnya yang bukan-bukan hanya kerana dia keluar bersama kenalan bisnesnya.
Pernah juga Naura menangis disebabkan berat badannya bertambah sedangkan Naura bersenam setiap hari di rumah.
Nazim melepaskan keluhan berat sambil menatapfoto perkahwinannya yang sentiasa berada di atas meja kerja di pejabat.
Memikirkan dan cuba mengkaji punca perubahan sikap Naura.
Tiba-tiba telefon Nazim berbunyi.
"Assallamualaikum.
Siapa ya ni?" "Saya Ilya, rakan sekerja Naura.
" Nazim tidak sedap hati.
Seperti ada sesuatu yang berlaku terhadap Naura.
"Naura pengsan!" Nazim terus mematikan panggilan dan segera keluar menuju ke tempat kerja Naura.
Nazim memandu secepat yang mungkin.
Sempat juga dia menelefon pejabat dan memaklumkan kepada rakan sekerjanya dia mempunyai hal kecemasan.
"Macam mana doktor? Isteri saya okay?" "Tahniah encik, isteri encik disahkan hamil lima minggu.
InsyaAllah, sekejap lagi puan sedar dan dah boleh terus balik.
" "Terima kasih doktor.
" Nazim memeluk doktor itu dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.
Rupanya  perubahan sikap Naura adalah disebabkan pembawakan budak.
Nazim meninggalkan Naura sebentar untuk mengerjakan sujud syukur.
Sempat juga Nazim memaklumkan berita gembira itu kepada bonda, mama dan papa Naura.
Semasa masuk ke dalam bilik rawatan, di dapati Naura sedang menangis.
"Menangis lagi Naura ni.
Hurmm, agaknya anak aku ni keluar nanti 'cengeng' jugak macam Naura.
Tak boleh terus macam ni nih.
" Desis hati Nazim.
"Kenapa ni sayang?" Soal Nazim.
Naura menggelengkan kepala lantas memeluk Nazim.
"Shhh.. apa ni nangis macam ni, tak cantik lah nangis macam ni.
" Pujuk Nazim.
"Abang nak cakap Naura tak cantiklah ya?" Soal Naura garang.
Tiba-tiba moodnya berubah.
Nazim tersenyum.
Cuba menahan gelak  dengan mood isterinya yang tiba-tiba berubah bak angin taufan.
Kalau sebelum ini, mungkin dia akan marah dan cuba menahan sabar tapi kali ini isterinya dirasakan begitu lucu sekali.
"Shhh.. Jom balik jom.
Nanti sambung marah kat rumah ye sayang.
Abang tahu sayang tak sihat.
" "Nak dukung.
" Pinta Naura seolah-olah budak kecil meminta orang mendukungnya.
Nazim layankan saja.
Hanya tuhan saja yang tahu betapa segannya dia apabila banyak mata memandangnya sewaktu keluar dari klinik dalam keadaan mengendong Naura di belakangnya.
Nasib baik isterinya itu bertubuh kecil.
Naura pula, hanya buat-buat tidak kisah.
"Sayang nak makan apa-apa tak? Abang belikan.
Hari ni tak payah masak.
" Mata Naura bercahaya memandang Nazim.
"Naura nak aiskrim Häagen-Dazs, lepas tu nak makan sushi.
" "Okey, kita makan kat rumah ya.
Jom kita cari.
"
Sumber:Internet