. Tiga tahun kemudian... Naura berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan.
Walaupun sibuk dengan pelajaran dan juga perniagaannya, Naura bijak membahagikan masa dan sentiasa mengutamakan tugasnya sebagai isteri kepada Nazim serta ibu Taufiq.
Naura mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah sebulan kembali bekerja tiga tahun lepas.
Dia tidak sanggup meninggalkan anaknya kepada pengasuh untuk tempoh yang lama.
"Umi, umi, Fiq nak carrot cake ni satu please.
" Ujar Taufiq Nizamuddean sambil tanggannya menunjukkan ke arah carrot cupcakes yang baru siap ditata rias oleh Naura.
"Nah, ambik satu ni.
Baca doa dulu.
" Naura menghulurkan carrot cupcake kepada Taufiq.
Sejak dari malam tadi Naura bertungkus lumus menyiapkan tempahan kek oleh pelanggannya.
Terdapat tiga jenis kek yang ditempah oleh dua orang pelanggannya.
Seorang pelanggan menempah chocolate cake, seorang pelanggan lagi menempah tiga puluh lima biji carrot cupcakes dan sebiji strawberry cake.
Bagi mengisi masa lapang atau mengurangkan tekanan semasa menyiapkan tesisnya, Naura belajar membuat kek, setiap kek yang berjaya dihasilkan, biasanya Naura akan menangkap gambar dan memuat turun gambar tersebut di media sosial serta blognya.
Bermula sebagai hobi, akhirnya Naura mula menerima tempahan bermula tempahan daripada bekas rakan-rakan sekerjanya dan juga kenalan di universitinya.
" Sedap tak, Fiq?" Tanya Naura "Sedapp Jawab Taufiq.
"Nak lagi?" "Nakkkk..." "Okey, but yang ini last ya.
Lepas ni minum air masak, then kita gosok gigi ya.
" "Okay umi.
" Tepat jam sepuluh pagi kedua-dua pelanggannya sampai untuk mengambil tempahan masing-masing.
" Oh god, cantiknya chocolate cake ni Naura.
I memang puas hati sangat-sangat.
Nanti I recommend kat kawan-kawan I pulak ya.
" Ujar Puan Syikin.
"Aahla, strawberry and carrot cupcakes ni pun cantik.
Saya puas hati sangat Naura.
Tak sabar nak makan.
Mesti tetamu saya nanti suka juga.
Thanks dear.
" Ujar Puan Syakyila Naura tersenyum puas dengan komen daripada pelanggannya dan terus mengucapkan terima kasih kepada mereka.
"Fiq, jom kita pergi rumah nenek nak?" " Yeayyyy... Nak itut umi pergi rumah nenek.
" Hampir setengah hari mereka di rumah mama.
Naura sempat membawa lebihan cupcakes yang dibakar ke rumah mama.
Sebelum jam enam petang mereka sudah tiba di rumahnya.
" Anak abi buat apa hari ni?" " Fiq tolong umi buat kek, lepas tu pergi rumah nenek" Jawab Taufiq Nizamuddean pelat.
"Mama sihat Naura?" "Alhamdullillah.
Okey je mama tu.
Mama kirim salam dekat abang.
" "Waalaikumsalam.
" Jawab Nazim.
Usai makan malam, Nazim akan melayan dan bermain dengan Taufiq.
Nazim akan menidurkan Taufiq tepat jam sembilan setengah malam.
Setakat ini, Taufiq sangat mudah mendengar kata dan mengikuti peraturan yang ditetapkan untuknya.
Nazim dan Naura sangat tegas dan menitikberatkan disipilin terhadap Taufiq.
Taufiq sangat manja dengan Nazim berbanding dengan Naura walaupun Nauralah yang paling banyak menghabiskan masa dengan Taufiq.
Setelah menidurkan Taufiq, biasanya Naura dan Nazim akan menghabiskan masa untuk berbual kosong atau berbincang mengenai hal-hal berkaitan urusan seharian mereka.
Sumber:Internet