Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 23

. Kepalanya berat dan matanya berpinar.
Nazim cuba mengamati bilik itu.
Dilihat wajah isterinya yang sedang menanti dirinya.
Juga dua orang jururawat dan seorang doktor di sisinya.
Kakinya terasa sangat kejang dan sakit.
"Jangan banyak bergerak encik.
Encik baru sedar.
Sebelah kaki encik disahkan patah.
" Nazim diam.
Matanya merenung ke arah isterinya.
Dalam hatinya tertanya-tanya mengenai keadaan anaknya dan siapa yang menjaganya.
Setelah doktor memeriksa Nazim, Naura membuntuti doktor itu.
"Puan, suami puan hanya mengalami patah kaki dan disahkan tidak mengalami kecederaan dalaman.
Emosinya mungkin kurang stabil, tapi masih terkawal.
Kita akan tengok perkembangan suami puan lagi seminggu, lepas tu kita akan decide bila suami puan boleh discharge.
Puan ada apa-apa nak tanya?" Soal doktor setelah memberikan sedikit penerangan.
"Buat masa ni saya tak ada sebarang persoalan doktor.
Terima kasih.
" "Sama-sama puan, kalau ada apa-apa puan boleh rujuk pada staff nurse di sini ya.
" Doktor itu berlalu meninggalkan Naura.
Jururawat yang tadi berada di bilik Nazim juga telah keluar meneruskan kerja-kerja mereka.
"Abang nak air?" Nazim menggangukkan kepala.
Naura menuangkan air suam dan disuakan ke mulut Nazim.
"Minum slow-slow ye abang.
Abang nak makan apa-apa tak?" Nazim menggelengkan kepala.
"Abang rehat dulu ya.
Naura nak call bonda.
" Nazim menggangguk lemah.
======= "Assallamualaikum, bonda.
Abang Nazim dah sedar dah.
" "Waalaikumsalam.
Alhamdullillah.
Kebetulan bonda pun tengah bersiap nak melawat Nazim.
" "Ohhh, okay.
bye bonda.
Assallamualaikum.
" "Waalaikumsalam.
" ====== Bonda memeluk erat tubuh Nazim sambil diperhatikan oleh Naura dan ayahnya.
Selepas itu, giliran ayahnya pula memeluk erat tubuh Nazim.
Puan Mariah mengarahkan Naura untuk makan bekal yang disediakan khas buat menantunya.
Sambil itu, Puan Mariah menyuapkan Nazim makan.
Sengaja dia ingin memanjakan anaknya itu.
" Bonda, abang.
Naura nak keluar sekejap ya.
Naura nak beli barang sikit.
" Nazim membenarkan.
" Tak pa, biar ayah teman Naura.
" Tuan Rashid menawarkan diri.
Lantas mengikuti langkah Naura yang sedang keluar dari bilik Nazim.
Naura membeli barang-barang keperluan untuk Nazim.
Setelah siap membeli, mereka singgah untuk minum di food court Pasaraya Giant itu.
"Naura, ayah harap kamu kuat ya nak.
Ayah tahu kamu seorang yang tabah.
Kalau ada apa-apa nak minta tolong, call je ayah ye.
InsyaAllah, ayah dan bonda sentiasa sedia nak bantu kamu dan Nazim.
Kamu jangan rasa kamu berseorangan ya nak.
" Ujar Tuan Rashid sambil meneguk teh tarik di hadapannya.
"Baik ayah.
InsyaAllah.
" Jawab Naura pendek.
"Ayah tahu apa yang kamu fikirkan Naura.
Nanti kita cari cara nak bagi tahu Nazim mengenai Taufiq ya.
Buat masa ni kita diamkan ja dulu.
" Naura mengangguk.
Entah bagaimana dia nak beritahu Nazim mengenai Taufiq.
Hatinya benar-benar rawan ketika itu.
====== Tiga hari selepas Nazim menyedarkan diri, dua orang anggota polis telah datang melawat Nazim dan mengambil keterangannya.
Nazim memberikan keterangan tanpa meninggalkan sedikit pun maklumat yang diingatinya.
Punca kemalangan adalah disebabkan kereta yang hilang kawalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang juga kemalangan ketika itu.
Akibatnya, kereta Nazim tersasar melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri dan kebetulan sebuah lori yang bermuatan sederhana tidak sempat menghentikan kenderaan lalu merempuh kereta Nazim.
Kemalangan itu melibatkan tiga buah kereta dan sebuah lori.
Hanya Nazim yang mengalami kecedaraan yang kritikal manakala pemandu serta penumpang lagi dua buah kereta dan pemandu lori selamat.
Mereka hanya mengalami kecederaan ringan.
Keterangan Naura juga diambil oleh salah seorang anggota polis berkenaan.
Sehingga kini Nazim masih lagi tidak mengetahui akan kematian Taufiq.
Cukup seminggu dalam pemantauan, akhirnya Nazim bertanya juga mengenai Taufiq.
"Naura, mana Fiq? Sepanjang abang sedar ni abang tak nampak Fiq datang pun.
Fiq duduk wad mana? Siapa jaga Fiq? " Naura tersenyum pahit.
Air liurnya ditelan payah.
Terasa seperti ada batu tersangkut di keronkongnya.
"Sayang, abang tanya ni.
" Nazim cuba membaca riak wajah Naura.
Dia tahu Naura sedang menyembunyikan sesuatu.
"Abang, abang ingat tak kisah Abu Talhah dan Ummu Sulaim? " Soal Naura.
"Kisah apa?" Nazim merasa curiga dengan soalan isterinya.
Jantungnya berdegub hebat.
Naura terus bercerita.
" Pada zaman Rasulullah terdapat kisah hebat mengenai sepasang suami isteri.
Kisah itu mengenai kisah Ummu Sulaim dan Abu Talhah.
Hidup mereka sangat bahagia.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Suatu hari sewaktu Abu Talhah pulang dari peperangan, Abu Talhah menyedari ketiadaan anaknya.
Isterinya Ummu Sulaim menyatakan bahawa, ' anaknya berada dalam keadaan yang tenang.
' keesokkan harinya barulah Abu Talhah mengetahui punca ketiadaan anaknya.
" Naura menelan air liur sekali lagi.
Cuba mencari kekuatan untuk memberitahu suaminya mengenai Taufiq.
Nazim mendengar dengan penuh tekun.
Naura meneruskan kata-katanya.
"Abang, Naura nak tanya satu soalan.
Soalan ni sama macam apa yang Ummu Sulaim tanya pada Abu Talhah.
" "Apa soalannya?" "Seandainya seseorang memberi abang pinjam sesuatu daripada miliknya, sampai masa pemiliknya mengambilnya kembali, abang redha tak?" Nazim menjawab, " Dah nama pun pinjam harta orang, bila pinjam memanglah kalau tuan dia ambil balik, nak tak nak kita kena redha.
" Jawab Nazim.
Naura senyum.
Air matanya bergenang di tubir matanya.
"Jawapan abang sama dengan hampir sama dengan jawapan Abu Talhah.
Abang nak tahu apa jadi dengan anaknya?" Soal Naura kembali.
Nazim menggangguk.
Hatinya berdebar.
"Anak mereka telah diambil kembali oleh Allah dan anaknya kita pun sama macam anak mereka.
" Air mata Naura yang cuba ditahan, mengalir dengan laju tanpa dapat ditahan lagi.
Nazim terpempan dengan jawapan Naura.
"Allahhuakhbar!" Nazim meraup mukanya.
Air matanya mengalir.
Dadanya berombak.
Tiba-tiba Nazim mencampakkan segala benda yang berada di meja kecil di sebelah katilnya.
Dia menyalahkan dirinya kerana gagal melindungi Taufiq.
Naura yang panik dengan tindakan luar kawalan Nazim, segera memanggil jururawat dan doktor yang berada di kaunter wad.
Nazim tidur setelah menerima suntikan ubat penenang yang disuntik oleh doktor.
Bacaan tekanan darahnya diambil dan kadar denyutan jantungnya diperiksa oleh doktor.
Setelah sebulan tinggal di dalam wad, akhirnya Nazim dibenarkan pulang ke rumah.
Nasib baik ada ayah dan Najihuddean yang membantu menguruskan Nazim semasa keluar dari wad.
Dia sudah boleh menerima berita kematian Taufiq Nizamuddean namun masih menyalahkan diri atas kematian anaknya itu.

Sumber:Internet