Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 24

. Sudah dua hari Nazim pulang ke rumah.
Nazim lebih banyak mendiamkan diri dan lebih banyak termenung.
Rumah itu dirasakan amat sepi sekali.
Nazim banyak menghabiskan masanya di atas katil atau pun berkerusi roda dan merenung ke luar jendela.
Sepanjang berada di rumah, Naura tidak pernah sekali pun dilihat menangis di depannya.
Naura sentiasa berwajah tenang bagaikan tiada apa yang berlaku.
Naura menguruskan dirinya dengan baik.
Tidak pernah terdengar keluhan atau rungutan daripada mulut Naura apabila makanannya tumpah atau sesekali badannya berbau akibat membuang air besar.
Naura melayaninya dengan baik.
Namun sebenarnya Naura banyak menangis di belakangnya.
Hakikatnya, Naura hanya berlagak tenang di depan Nazim.
Air mata Naura tumpah setiap kali masuk ke bilik anaknya.
Dia harus kuat meskipun dirinya sangat memerlukan sokongan daripada Nazim.
Hati ibu manalah yang tidak sedih akan kematian anaknya yang sembilan bulan lebih berada dalam kandungannya, anaknya pula sentiasa berada bersamanya, menjadi teman di kala Naura membuat kerja dan tesisnya sepanjang bergelar pelajar Ijazah Sarjana.
Namun, demi kalimat akhir yang merupakan amanat akhir Taufiq terhadap dirinya, digagahkan jua dirinya.
Naura menjenguk keadaan Nazim yang berada di tingkat bawah.
Nazim sedang tidur dengan nyenyak.
Naura mengelus rambut Nazim.
Mencium pipi suaminya.
Naura kembali naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat sunat.
Di akhir setiap solatnya, Naura menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah buat Taufiq Nizamuddean, Nizamuddean dan juga dirinya.
Tidak dilupakan buat keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Akhirnya Naura tertidur dalam keadaan masih bertelekung di atas sejadah.
Begitulah malam-malamnya sejak kemalangan yang menimpa keluarganya itu.
===== Naura yang sedang sibuk menguruskan rumahnya selepas menguruskan Nazim, tiba-tiba pengsan.
Nazim panik,ย  lantas memanggil Dr.
Anita untuk ke rumahnya.
Sempat juga dia menghubungi mama dan bonda.
"Nazim, Naura sebenarnya kepenatan dan stress.
Tekanan yang dia alami menyebabkan kesihatan dia terjejas.
Dia kena banyak rehat Zim, lagi pula sekarang dia mengandung.
Dah dua bulan dah.
" Terang Dr.
Anita.
ย  "Thanks Anita.
Aku lupa pasal Naura.
Aku ingatkan dia okay ja.
" Nazim melepaskan keluhan.
"Kau pun jaga diri juga Zim.
Jaga emosi tu.
Tak lama lagi kau dah boleh jalan dah.
InsyaAllah.
Yang penting kau kuatkan semangat.
" Dr.
Anita cuba menasihati Nazim.
"Pak cik, mak cik, saya balik dulu ya.
" Ujar Dr.
Anita kepada Tuan Rashid dan Puan Mariah.
"Terima kasih Anita.
" Tuan Rashid dan Puan Mariah menghantar Anita sehingga ke kereta Anita.
Puan Hanim dan Nuril pula menemankan Naura yang masih belum sedar.
Nazim menolak kerusi rodanya ke bilik tetamu, bilik di mana Naura berada.
Puan Hanim dan Nuril daripadaย  keluar bilik berkenaan bagi memberikan ruang buat sepasang suami isteri itu.
"Maafkan abang Naura.
Abang lupa, sepatutnya abang yang kena bagi sokongan dekat Naura.
Naura lagi la terasa akan kehilangan Fiq.
Naura yang mengandungkan Fiq.
" Nazim mengelus lembut rambut Naura.
Naura tersedar.
"Naura pengsan sayang.
" Ujar Nazim.
"Shhh.. rehat! Mama,Nuril, ayah dengan bonda ada kat luar.
Malam ni diorang semua tidur sini.
" Nazim senyum ke arah Naura.
Naura membalas senyuman Nazim.
"Sayang, nak tahu tak?" "Apadia?" " Bila Allah ambil sesuatu dari kita, Allah pasti beri sesuatu yang lebih baik buat kita.
" "Ermmm.. ya.
I know it.
" " Cuba teka apa yang Allah bagi kali ni?" Naura hanya menjungkitkan bahu.
"Allah bagi kita lagi seorang anak.
Dah dua bulan dalam perut sayang.
" Air mata Naura tumpah sekali lagi.
Kali ini bukan lagi air mata kesedihan namun air mata kegembiraan.
"Ya, Naura.
Allah gantikan Taufiq kita dengan baby dalam perut Naura ni.
Kesian isteri abang, sibuk jaga abang, sampai tak perasan dah mengandung lagi.
"ย  Nazim menggenggam erat tangan Naura.
Malam itu, rumah mereka kembali riuh dengan kehadiran keluarga Nazim dan Naura.

Sumber:Internet