. Sudah tiga minggu Naura berada di rumah.
Sepanjang tempoh tiga minggu ini, Naura sering menangis dan gelisah terutamanya apabila tiada orang.
Naura sangat risau akan pertambahan berat badannya, risau apabila anaknya sering menangis.
Nazim juga telah mula bekerja.
Nazim perasan akan perubahan yang dialami oleh Naura.
Nazim mengesyaki Naura mengalami baby blues.
Minggu pertama di rumah, Naura kelihatan agak gembira apabila bonda dan mama bermalam di rumah serta rumah mereka kerap dikunjungi oleh saudara mara juga sahabat handai.
Selepas seminggu, bonda dan mama terpaksa untuk pulang ke rumah masing-masing.
Naura kelihatan agak sedih.
Semasa bonda dan mama balik, Naura menangis seakan anak kecil.
Pernah terjadi, apabila Aqil menangis, Naura juga akan menangis.
Setiap pagi apabila Nazim hendak keluar rumah untuk bekerja, Naura akan kelihatan seperti sangat gelisah.
Hatinya terasa ada sesuatu yang tidak kena.
Nazim lantas memohon cuti separuh hari.
Apabila sampai di rumah, kelihatan Naura dan anaknya sedang menangis.
Nazim segera merapati isterinya.
"Kenapa ni sayang?" "Aqil tak nak menyusu, asyik menangis je.
Naura penat.
" Air matanya begitu laju merembes ke pipi.
Nazim mengambil Aqil dan membawa Aqil untuk disusukan oleh Naura.
Setelah selesai menyusu, Nazim menepuk sedikit bahagia.
belakang badan Aqil.
Setelah itu, Nazim menggantikan lampin pakai buang Aqil.
Aqil terus terlena.
Setelah itu, Nazim menguruskan Naura.
Akhirnya barulah Nazim merebahkan diri untuk berehat di sisI Naura sambil memeluk tubuh isterinya.
Dia tahu, Naura tidak cukup tidur pada waktu malam kerana Aqil sering menangis waktu malam.
Selain itu, buah dada Naura juga sering membengkak dan sakit.
Pengalaman kali ini amat berbeza dengan pengalaman menjaga Naura semasa berpantang melahirkan Taufik.
Naura juga kelihatan agak stress dengan pertambahan berat badannya serta kulit mukanya yang kusam.
Berkali-kali Nazim cuba meyakinkan Naura bahawa keadaannya akan pulih kembali selepas pantang, namun Naura seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan.
Nazim mengesyaki Naura mengalami postpartum psychosis atau posnatum psikosis atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Oleh sebab itu, Nazim mengambil keputusaan untuk mengambil cuti tanpa gaji dan memberi tumpuan penuh kepada Naura.
Perkara pertama yang dibuat oleh Nazim ialah mendapatkan pengesahan pakar mengenai andaiannya.
Nazim meminta bantuan rakannya, Dr Azrill yang merupakan doktor Psikatri untuk mendiagnosis Naura.
Setelah disahkan bahawa benar telahan Nazim, seterusnya, Nazim menyusun strategi untuk membantu Naura.
Antara strategi Nazim ialah, i) Membawa Naura untuk melakukan urutan dan memastikan Naura mengambil makanan tambahan yang seimbang.
ii) Sentiasa berbual dengan Naura dan menjaga Aqil.
iii) Membawa Naura keluar untuk mengambil angin dan menenangkan fikiran.
iv) Selalu melakukan urutan terutamanya di bahagian kepala dan bahu Naura.
Dalam kesibukkan menjaga Naura, Nazim dikejutkan dengan panggilan di pejabat.
Nazim terpaksa menghantar notis untuk meletakkan jawatan.
Nazim redha.
Demi keluarganya.
Lagi pula, Nazim masih mempunyai sumber pendapatan yang lebih besar daripada kerjayanya kini.
Minatnya yang mendalam dalam bidang kaunseling yang membuatkan dia tidak pernah mengundurkan diri meskipun dia tidak lagi perlu bekerja.
Namun, kali ini dia terpaksa meninggalkan minatnya demi keluarga.
Nazim mengemas barang-barang peribadinya untuk dibawa pulang ke rumah.
Dia memandang sepi pejabatnya.
Sesekali Nazim tersenyum.
Setelah menghantar notis yang dikehendaki oleh majikannya, Nazim pulang ke rumah.
Nasib baik ketika Nazim sampai di rumah, Naura dan Aqil sedang tidur.
Nazim mula mengemas barang-barangnya di dalam bilik kerjanya.
Sempat juga dia menyimpan segala bingkai gambar yang terdapat gambar Taufiq.
Buat masa ini, segala barangan atau sesuatu yang mengingatkan Naura kepada Taufiq perlu dijauhkan daripada Naura buat sementara waktu.
Nazim juga sempat membuat survey mengenai spa yang boleh membantu Naura.
Sejujurnya, Nazim tidak kisah dengan penambahan berat badan Naura kerana baginya Naura tidaklah segemuk dahulu cuma sedikit berisi.
Namun, demi memastikan emosi Naura kembali stabil, membantu Naura untuk menurunkan berat badannya mampu membantu pemulihan Naura, maka Nazim turutkan saja.
Suara teriakan halus dari Aqil mula kedengaran dari biliknya.
Nazim mengintai dari luar bilik.
Kelihatan Naura memeriksa kondisi anaknya.
Aqil membuang air besar.
Naura membersihkan Aqil kemudian menyusukan Aqil.
"Maafkan umi sayang.
Umi sayang Aqil.
" Sekali lagi air mata Naura tumpah.
Dia sedar, Aqil seperti 'jauh' darinya.
Nazim hanya memerhatikan mereka.
Terbit sedikit kelegaan dalam hatinya mendengar ungkapan dari mulut Naura.
Meski pun Naura seakan berbisik dengan anaknya, Nazim mampu mendengar dengan jelas setiap perkataan yang keluar dari mulut Naura.
Agak sukar untuk melihat Naura berada dalam keadaan tenang seperti itu.
Sebelum ini Naura asyik menangis atau cuba mengabaikan Aqil.
Setiap malam Nazim akan membaca surah Insyirah dan Ar-Rahman, lalu ditiup di ubun-ubun dan leher Naura yang sedang tidur.
Naura juga disuruh agar banyak beristighfar dan berzikir.
Nasib baik, isterinya mudah mendengar kata.
Setelah tiga bulan berlalu, Naura akhirnya sembuh sepenuhnya.
Berat badannya juga semakin berkurangan.
Aqil juga sudah pandai meniarap.
Aqil sangat sihat dan cergas.
Panjang masa Nazim bermunajat ketika ini.
Sesekali dia memandang ke arah isterinya dan anaknya yang sedang lena.
"Ya Allah, aku bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah, sesungguhnya segala ujian yang Kau timpakan ke atas kami, mendekatkan kami kepada Mu ya Allah.
Terima kasih Allah atas nikmat iman dan ketetapan hati terhadapMu ya Allah.
Semoga selepas ini, sekiranya kami diuji, kami masih tetap tabah dan sabar serta sentiasa dilindungi daripada sifat kufur dan munafik.
" Doa Nazim khas untuk malam itu.
Terbayang di matanya segala ujian yang ditempuhi dalam rumahtangganya sebelum ini.
Maka benarlah, rumahtangga yang mendahulukan Allah, pasti bahagia walau berbagai ujian yang melanda.
Sumber:Internet