. Tinggal lagi empat bulan majlis pernikahan mereka akan berlangsung.
Suasana petang itu dirasakan begitu meriah sekali.
Nazim dan Aufa sibuk membeli barang keperluan sebagai hantaran perkahwinan.
Terasa kebahagian milik mereka.
Seharian berjalan, membeli belah, tidak lupa juga menonton wayang.
Terasa begitu cepat masa berlalu.
Masa terlalu mencemburui kebahagiaan mereka.
Sedar tak sedar, malam menjelma.
Nazim menggenggam tangan Aufa sambil berjalan.
Terasa kasihnya terhadap satu-satunya wanita yang dicintai.
Aufa Qistina Azhar.
Wanita itu sangat istimewa di mata lelakinya.
Setiap detik hatinya rindu kepada gadis yang bernama Aufa Qistina.
Tidak sabar untuk menjadikan Aufa sebagai miliknya yang sah.
Aufa memiliki kulit yang halus, putih kemerah-merahan.
Tatkala Aufa ketawa, pipinya akan menjadi lebih merah jambu.
Matanya bundar, orangnya tinggi lampai.
Umur mereka sebaya.
Empat tahun menyulam cinta, akhirnya mereka bertunang.
Terasa diri sangat beruntung memiliki gadis bernama Aufa Qistina.
Mengikat janji pertunangan selama lama lagi, pasti dia dan Aufa akan bersatu.
"Naz, I dah penat lah.
Jom balik.
" Pinta Aufa sambil mengurut betis yang dirasakan lenguh.
Terasa seperti tidak mampu lagi untuk menggerakkan kaki.
Kalau boleh, dia mahu kerusi yang didudukinya itu berjalan sendiri ke kereta dan tidak perlu lagi dia berjalan.
"Orite baby.
Come, jom balik.
" Nazim yang mengerti akan tabiat Aufa itu menarik tangan Aufa untuk membantu Aufa berdiri.
"Manja sungguh baby ni.
Itulah tadi masa shopping berjalan tak ingat dunia.
Berlagak macam kaki tu kaki robot.
" Bebel Nazim.
Aufa hanya ketawa mendengar bebelan Nazim.
Semasa sedang memasukkan barang-barang 'hasil tangkapan' a.
k.
a.
barang yang di 'shopping' ke dalam boot kereta, tiba-tiba kelihatan dua orang yang bermotosikal menghampiri mereka secara perlahan-lahan.
Beg tangan Aufa diragut dan malangnya Aufa jatuh serta badannya terseret akibat peragut yang meragut beg tangan Aufa.
Kebetulan semasa Aufa ingin berdiri, datang pula kereta dari arah belakang dan tidak sempat memberhentikan lantas terlanggar Aufa.
Aufa disahkan meninggal dunia setelah dua hari bertarung nyawa di wad ICU akibat pendarahan dan kecederaan organ dalaman.
Menitis air mata jantan Nazim tatkala menerima berita kematian Aufa.
Ibu Aufa pengsan dan dimasukkan ke wad.
Sejak peristiwa itu, Nazim sering menyibukkan dirinya dan menolak mana-mana gadis yang cuba mendekatinya.
Hatinya hanya untuk Aufa.
Satu perkara yang menjadi pengajaran dan peringatan buat Nazim.
"Kita perlu bersedia dengan ajal dahulu sebelum jodoh.
" Nazim redha, namun hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana wanita.
Dia cuba untuk tidak membandingkan wanita yang hadir dalam hidupnya dengan Aufa, namun dia tidak mampu.
Setahun dia mengumpul semangat untuk meneruskan kehidupannya setelah pemergian Aufa.
Selepas itu, dia terus menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti kerjayanya.
Dari situ lah, Nazim mula menceburi bidang hartanah yang baginya sangat mencabar dan menyeronokkan.
Ditambah pula dengan kerjayanya sebagai kaunselor di Hud Training & Consultant.
Hidupnya benar-benar sibuk.
Sumber:Internet