. Hari ini hari gaji.
Hari yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh setiap insan yang bergelar pekerja.
Bagi sesetangah orang, hari gaji adalah hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya.
Bagi Naura, hari gaji adalah hari yang mendebarkan.
Naura akan berperang dengan diri sendiri.
Antara keperluan, cita-cita, dan nafsu untuk membeli.
Gaji bersih setelah ditolak dengan KWSP dan SOCSO (PERKESO) ~admin lupa cara ejaan socso tu.
Harap betullah.
~ Gajinya adalah RM1550.
Cukuplah baginya yang tidak mempunyai apa-apa komitmen.
Konon.
Gambar dari google.
Tak la sama sangat dengan apa yang author nak sampaikan tapi lebih kurang je.
Basic sama juga.
Kebiasaannya Naura akan memecahkan pendapatannya kepada tiga pecahan.
1) Simpanan2) Hutang & Komitmen3) Belanjawan 1) SIMPANANDisebabkan gajinya hanya sekitar RM1550.
Jadi Naura telah menyimpan RM500 secara tetap di dua tempat.
i) Akaun tabung haji Rm300ii) Akaun bank islam Rm200 2) HUTANG & KOMITMENNaura tinggal bersama ibunya, jadi Naura tidak mempunyai komitmen untuk membayar sewa bilik.
Naura membahagikan gajinya untuk kategori hutang dan komitmen mengikut pecahan i) Hutang PTPTN.
Secara tetap Naura genapkan kepada rm180 .
Dapat je gaji, Naura terus masukkan je bayar.
Nasib Naura baik.
Dia mendapat pekerjaan sebulan sebelum pengiraan pembayaran bulanan yang sepatutnya.
Jadi selamatlah rekod CCRIS Naura.
ii) Pembiayaan ASB.
RM65 setiap bulan.
Bermula daripada tahun akhir Naura membuat pembiayaan ASB.
Itupun sebab terpengaruh.
Tapi Nora rasa beruntung juga.
Tak menggangu.
Biarpun masa tanam anggur, hasil daripada pernigaan online yang diceburi secara tidak serius membantu Naura membayar pembiayaan tersebut.
Dividen Naura tak usik.
Dibiarkan saja.
iii) Bagi mak dan abah ~ Naura memberi RM100 kepada mama dan RM100 untuk abah.
Walaupun bergaji kecil 3) BELANJAWANNaura membahagikan kategori berikut : i) Belanjawan tetap ~ duit belanja harian.
Sehari RM10.
Disebabkan sebulan ada 31 hari, maka jumlah belanjawan tetap Naura sebulan bersamaan RM310.
RM10 tu termasuk duit minyak motosikal Naura pergi kerja ya.
ii) Belanjawan komunikasi ~ Naura biasanya memperuntukkan RM60 untuk top up kredit hp.
Pepandailah hidup.
Rumah tak ada wi-fi.
Jadi guna data je lah.
Nak WiFi, Naura lepak mamak.
Hehe.
Nampak tak? iii) Belanjawan suka hati ~ merupakan belanjawan, hasil lebihan pendapatan Naura selepas ditolak simpanan, hutang & komitmen serta belanjawan harian.
Kadang-kadang tak ada lebih, kadang-kadang lebih.
Bila ada lebihan Naura biasanya akan beli barang peribadi atau jalan-jalan atau belanja family makan.
Kadang-kadang Naura simpan je.
Lebihan jadi banyak bila Naura OT.
Tak la banyak mana, tapi bolehlah.
Sepanjang empat bulan bekerja Naura berjaya mengikut rutin terbabit.
Macam sedih je kan.
Tapi Naura puas hati.
Demi masa depannya.
Disebabkan Naura ada berhutang dengan Nazim sebanyak RM300.
Setelah dirunding Naura dapat buat ansuran RM100 setiap bulan.
Terasa lawak kan? Boleh pula Naura runding, minta bayar secara ansuran.
Nasib baik Nazim memahami.
Siap dengan ceramah la.
Suruh commit medical card.
Hambik kau Naura.
Nasib baik ini bulan kedua.
Tinggal lagi sebulan je nak kena bayar.
Perit juga lah.
Naura berjimat tahap tangkai jering.
Makan pun bawa bekal.
Isi minyak motor je.
Kalau hujan baru naik kereta mama.
Nasib baik mama guna kancil je.
Jimat duit minyak.
Hehe.
Seperti bulan lepas, setiap kali selepas bank in kan duit Naura mesti akan WhatsApp Nazim.
"Assallamualaikum.
En.
Nazim, saya dah bank in RM100 dalam akaun encik ye.
" Nazim yang membaca mesej tersebut senyum sendiri.
"Waalaikumsalam.
Okay.
Noted.
Wahh, orang tu dah gaji lah.
Bolehlah belanja saya tengok wayang.
" Naura mencebik.
"Ada ke aku yang kena belanja.
Haish.
" "Hurmm.. oklah, saya belanja encik tengok wayang, tapi wayang jer.
Lebih-lebih tak ada yer.
" Tengok.
Hati kata lain, mulut kata lain.
Itulah Naura.
Nazim tersenyum melihat jawapan mesej daripada Naura.
Dalam masa yang sama Nazim membayangkan Naura berwajah cemberut dan mesti sedang berkira-kira.
Geli hati membayangkan keletah Naura yang nampak seperti tangkai jering.
Kesian pun ada.
"Okay.
Saya belanja Naura makan ya.
Saya jemput Naura nak?" "Yeay.
Tak perlu jemput saya.
Saya pergi sendiri.
Nanti encik pening nak cari rumah saya.
" "Yelah, jumpa nanti ya.
Kat The Curve ya.
" " Okay.
Set.
" Nazim tersenyum.
Bulan lepas pun dia sempat berjumpa dengan Naura sebanyak dua kali.
Gadis gemuk yang comel.
Kadang manja.
Kadang macam orang tua.
Kadang pendiam sampai Nazim pun tak tahu nak bincang topik apa.
Di matanya, Naura adalah gadis yang berdikari namun sedikit naif.
Sumber:Internet