Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 5

. "Bonda nampak sejak dua menjak ni Nazim happy semacam je.
Ada apa-apa ke? " "Yeke bonda? Nazim rasa biasa je.
Tak ada benda berubah pun.
Perasaan bonda je kot.
" Hurmm, sebab bonda ada perasaan lah bonda perasan yang kamu ni nampak lain macam je.
Tak nak share dengan bonda ke? "Share apa benda pulak bonda.
Kan Nazim selalu je cerita kat bonda pasal Nazim.
" Nazim rasa pelik dengan ucapan yang keluar daripada mulut bondanya itu.
"Oh ya, esok Nazim balik lepas mahgrib ye bonda.
Mungkin lewat.
Nazim nak jumpa kawan.
" "Jumpa kawan ke dating dengan Naura?" Usik bonda.
"Iskh bonda ni, she is not my taste lah.
Saja je nak lepak-lepak dengan budak Naura tu.
Lama tak jumpa.
" "Eleh, kamu ni Nazim, rindulah tu.
Not my taste konon! Ingat ye Nazimuddean Abdul Rashid, jangan mainkan perasaan anak dara orang.
Jangan kerana penampilan dia, kamu tolak dia mentah-mentah.
Takut menyesal di kemudian hari.
Terlepas kamu.
" Apabila Puan Mariah menggunakan nama penuh sebagai kata ganti nama dirinya, itu bermakna bondanya sangat-sangat serius dengan uca diam dan mengiakan saja kata-kata bondanya.
Entah kenapa dia suka meluangkan masa lapangnya dengan Naura.
Tidak sabar menanti hari esok.
Mereka bertemu di The Curve tepat jam 11 pagi.
Tempat kegemaran Naura, tak lain tak bukan ialah DAISO.
Ada jer yang Naura nak tengok dalam DAISO tu.
Nazim pun layankan je la.
Mereka makan tengah hari, solat, dan menonton wayang bersama sehingga jam 6 petang.
Sementara menunggu masa untuk masuk ke panggung wayang, Nazim dan Naura menghabiskan masa menonton live buskers di tengah-tengah shopping complex tersebut.
Kebetulan kumpulan buskers berkenaan menyanyikan lagu Bob Marley bertajuk Three little birds, Nazim tiba-tiba meluahkan soalan yang sudah lama bermain di mindanya.
"Naura, Nazim nak tanya ni.
Tapi janji No hurt feeling ya.
" Naura menggangguk.
"Apa dia? Tanya je lah.
" "Awak tak nak kurus ke?" Soal Nazim dengan nada yang teragak-agak.
Risau menyinggung perasaan gadis itu.
Naura senyum.
Dibiarkan soalan itu berlalu bagai angin lalu.
Bukan tak mahu menjawab, tapi jawapannya Nazim sendiri sudah tahu.
Ada ke orang yang nak gemuk? Ada ke orang gemuk yang tak nak kurus? "En.
Nazim, jom kita jalan.
Takut tak sempat.
Lagi 15 minit lagi nih.
" Mereka berjalan beriringan ke panggung wayang.
Sepanjang menonton wayang, Nazim diam manakala Naura berpura-pura menghayati cerita yang dipaparkan.
Kantuk matanya semakin memberat dan akhirnya Naura terlelap.
Nazim merendahkan badannya dan menarik kepala Naura ke bahunya.
Boleh pulak tertidur Naura ni.
Aduhai.
Nazim tersenyum lagi.
Nazim membisikkan di telinga Naura.
"Naura.
Naura! Bangun lah.
cerita dah nak habis.
"ย ย  Naura bangun dan terkejut dengan keaadaannya yang sedap sangat tidur dengan kepala atas bahu anak teruna orang.
Malu.
Naura malu.
Mukanya merah.
Kalau Naura tu kartun, boleh nampak asap keluar daripada telinganya.
Usai menonton wayang, menonton wayanglah sangat.
Nazim menghantar Naura ke parkir kereta.
"Saya minta maaf kalau saya buat awak tersinggung Naura.
" "Tak lah.
Mana ada encik buat saya tersinggung.
Saya okay je.
Terima kasih ye belanja saya makan, siap belanja kasut lagi.
Semoga murah rezeki encik Nazim.
" Sepanjang perjalanan ke rumah, Nazim diselubungi rasa bersalah.
Tak pernah pulak dia rasa bersalah sebelum ni.
Kisah sangat dengan perasaan Naura tu.
Sesekali Nazim tersenyum mengenangkan Naura yang tertidur dalam panggung wayang.
Dua kali dia melihat Naura tertidur.
Pertama kalinya semasa Naura pengsan tempoh hari, kali kedua pula dalam panggung wayang tadi.
Nazim mendail nombor bondanya.
"Assallamualaikum.
Bonda, Nazim tak balik rumah bonda ya malam ni.
Nazim balik rumah Nazim sendiri.
" "Yelah, jaga diri kamu ya.
Apa-apa call bonda.
" "Baik bonda.
Kirim salam dekat ayah ya bonda.
" Usai mengerjakan solat Isyak, Nazim terus merebahkan diri di tilam empuknya lantas terlena.
Nazim membuang pandang ke luar jendela rumahnya.
Dirasakan sepasang tangan yang memeluknya dari belakang.
Mencium tubuhnya dari belakang.
Nazim membiarkan tubuhnya dipeluk erat penuh kasih.
Sengaja tidak berpaling.
Menghayati bahagia yang menjelma.
Hatinya tenang didakap sebegini.
Nazim memusingkan badannya.
Menarik insan yang memeluknya dari belakang ke dalam dakapannya.
Matanya ditutup.
Menghidu haruman rambut wanita yang berada dalam dakapannya.
Wangi.
Mungkin haruman syampu yang digunakan serasi dengan bau badan wanita itu.
Dikucup dahinya.
Nazim membuka mata, dan wajah Naura kelihatan.
Naura? Nazim terjaga.
Terkejut dari lenanya.
Lantas Nazim meraup wajahnya.
Mimpi apakah ini? Kenapa Naura? Nazim mencapai telefon bimbitnya.
Pukul 3 pagi.
Ada WhatsApp daripada bonda dan Naura.
Selebihnya mesej-mesej dari WhatsApp group.
Bonda : "Dah sampai rumah bagi tahu bonda.
Jangan lupa solat dulu " Nazim membalas mesej WhatsApp daripada bondanya dan meminta maaf atas kelewatan membalas mesej.
Naura :En.
Nazim, saya dah sampai rumah.
Take care ye.
Assallamualaikum.
Nazim :Waalaikumsalam.
Orite.
U 2.
Naura online? Pukul 3 pagi macam ni? Dasyat betul.
Bluetick je? Nazim :Aik, bagi bluetick je? Kenapa tak tidur lagi? Naura : Saya baru terjaga.
Nazim : Masih kecil hati dengan soalan saya semalam ke? Naura : Tak lah.
Mana ada kecil hati.
Dah biasa dah orang tanya.
En.
Nazim, saya ada hal ni.
Maaf ya.
Bye.
Nazim memandang sepi mesej terakhir Naura.
Mimpi apakah tadi.
Nasib terjaga.
Kalau tak, entah sampai mana la mimpi tu.
Nazim tersenyum nakal.
Astaghfirullah.
Terusย  Nazim sedar dan beristighfar.
Nazim bangun dan berwudhuk lantas memulakan tahajjud.
Naura juga begitu.
Menunaikan solat sunat taubat, hajat dan witir.
Naura sudah terbiasa dengan rutin begitu walaupun pernah dia tersasar dengan meninggalkan solat.
Panjang doanya kali ini.
Di tambah doa yang dititipkan khas buat kenalan barunya En.
Nazimuddean Abdul Rashid.
Doanya semoga lelaki itu akan menemui jodohnya tidak lama lagi.

Sumber:Internet