Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 7

. Nazim bergegas meninggalkan pejabat apabila mendapat panggilan daripada ayahnya yang memaklumkan bonda dimasukkan ke wad.
Puan Mariah memang mengalami masalah jantung dan tekanan darah tinggi.
Puan Mariah tidak boleh terlalu stress, sekiranya dia stress tekanan darahnya akan menjadi tinggi dan jantungnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Mengapa Puan Mariah Stress? Sampai saja di wad, Nazim melihat ibunya seolah-olah sedang memarahinya.
Nazim tidak sedap hati.
Dimaniskan mukanya sewaktu bertemu dengan bonda.
"Sampai hati kamu Nazim.
Bonda nak kamu kahwin jugak.
" Nazim terkesima.
Kejutan apakah ini? "Tapi dengan siapa bonda? Apa yang dah jadi bonda? " "Kamu tanya apa yang dah jadi? Macam mana kamu berkenalan dengan Naura? Bagitau bonda.
" Soal Puan Mariah dengan wajah yang penuh kekesalan dan suara yang sedikit tinggi serta tegas.
Tuan Abdul Rashid pula hanya mendiamkan diri, mengurut belakang badan isterinya untuk mengawal kemarahan dan membiarkan isterinya melepaskan perasaan terhadap anak keduanya itu.
Sekali lagi Nazim kaget.
  " Apa ni bonda? Nazim tak faham.
Cuba bonda explain kat Nazim.
" Otaknya cuba mencerna secepat mungkin setiap perkataan yang keluar daripada mulut bondanya itu.
Matanya memandang ayahnya meminta sedikit pengertian.
" Sepatutnya Nazim yang terangkan pada bonda.
Apa yang kamu dah buat dengan anak dara orang sampai kena tangkap khalwat lepas tu dia pengsan sampai masuk wad?" Sekali lagi Nazim terpempan.
Jantungnya seakan berhenti mendengar butir bicara bondanya.
Bagaimana mahu dijelaskan salah faham yang berlaku? Siapa yang memberitahu bondanya? "Bonda maafkan Nazim.
Tu cuma salah faham je bonda.
Please bonda.
I'll story to both of you every single thing for what happened that day.
" " Tell us now! Jangan ada satu pun yang tertinggal.
" Tegas Puan Mariah.
Nazim menceritakan kejadian yang berlaku pada hari itu kepada bonda dan ayahnya secara terperinci.
"Macam itulah ceritanya bonda.
Boleh Nazim tahu daripada siapa bonda dapat berita ni?" Mahu saja Nazim menumbuk muka penyampai berita tak bertauliah kepada bondanya.
"Adalah kenalan mama yang bagi tahu.
Anaknya kenal kamu.
Nasib baik cerita ini tak tersebar luas.
Malu bonda Nazim.
" Nazim mengeluh.
Nafasnya terasa berat.
"Nazim, berbincanglah dengan Naura.
Please nikahi dia.
Bonda risau Nazim.
" "Bonda, tolonglah bonda.
Jangan mengarut bonda.
Bonda tahu kan?" Puan Mariah mencerlung ke arah anak bujang yang keras kepala itu.
Tangannya menggenggam erat tangan suaminya.
" Apa yang bonda tahu? Naura tu bukan taste kamu? Habis tu yang kamu duk keluar dengan dia tu kenapa? Sebab dia gemuk kamu friend zone kan dia? Kamu tu dah 35 tahun Nazim.
Orang lain anak dah sekolah sekolah menengah dah.
Kamu tak kahwin-kahwin lagi.
Bonda tak kira.
Kamu kena juga kahwin dengan Naura.
Tak kisahlah siapa dia.
" Suasana dirasakan begitu tegang sekali.
Tuan Abdul Rashid bersuara, cuba meredakan suasana yang tegang.
"Sabar yang, sabar.
Ingat, awak tak boleh stress.
Istighfar banyak-banyak.
" "Nazim, tolong ayah belikan bubur untuk bonda boleh?" Nazim mengangguk.
Nasib ayahnya memahami.
Dia memerlukan sedikit ruang untuk keluar dari bilik itu.
Kejadian hari ini benar-benar menguji dirinya.
Nazim berteleku di sejadah setelah usai berdoa.
Masih terngiang-ngiang di cuping telinganya akan butir bicara bondanya.
" Kalau kamu sayangkan bonda dan tak nak tengok bonda sakit lagi, tolonglah Nazimuddean, cepatlah kahwin.
Pujuklah Naura.
Demi bonda Nazim.
Sebelum kami menutup mata, nak sangat kami tengok Nazim berkahwin.
" Nazim mengeluh.
Entah kenapa nafasnya memberat.
Kepalanya dirasakan begitu berselirat memikirkan permintaan bondanya.
" Sanggupkah aku?"
Sumber:Internet