Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Naura 8

. " Assallamualaikum.
En.
Nazim, saya dah bank in.
Alhamdullillah.
Selesai juga akhirnya.
Terima kasih sebab sudi tolong saya lepas tu sudi pulak bertolak ansur.
" Naura terasa lapang sekali.
Lega kerana hutangnya dah selesai.
Bolehlah dia menggunakan lebihan duit peruntukkan belanjawannya lepas ni.
"Yeah.
I'm free! So free!" Naura melompat kegirangan.
Nazim tersenyum kelat dengan mesej WhatsApp yang diterimanya.
" Waalaikumsalam.
Okay.
Noted.
Tahniah.
" Pasti Naura sedang melompat kegirangan.
Fikir Nazim.
Terasa seperti kehilangan sesuatu.
"Naura, saya nak jumpa awak boleh? Kita pergi tasik Shah Alam.
" "Bila tu En.
Nazim?" "Sabtu ni boleh?" "Okay.
Boleh.
" "Saya jemput Naura.
Jangan tolak.
Hantar location.
" "Hurmm.
Okaylah.
Sekejap ya saya hantar location kat encik.
" "Okay, jumpa Sabtu ni pukul 10 pagi.
" Naura tersenyum manis.
Lagi dua hari, hari Sabtu.
Sejak kehadiran Nazim, terisi jugalah hujung minggunya.
Kalau tidak, asyik duduk di rumah je kerjanya.
Nasib ada aplikasi Waze yang membantu mencari rumah Naura.
Nazim berhenti di depan rumah teres setingkat milik mama Naura.
Dia menelefon Naura, memberitahu bahawa dia sudah pun sampai.
Naura membuka pagar rumah.
" En.
Nazim, masuklah.
Mama jemput masuk.
" Pelawa Naura.
"Tak pe lah, saya duduk kat kerusi luar ni je.
Bersiaplah cepat.
" Balas Nazim dan terus duduk di kerusi batu di halaman rumah Naura.
Nazim melihat pokok-pokok kaktus yang tersusun cantik.
Ada pelbagai saiz.
Daripada sekecil-kecil kaktus sehinggalah kaktus yan besarnya setinggi aras pinggangnya.
Ada juga pokok pandan, cili api, serai, daun kucai, daun bawang, pokok terung dan beberapa tumbuhan yang tak dikenali Nazim.
Ditambah pula dengan air terjun dalam pasu sebagai hiasan tambahan.
Memang cantik dan indah dipandang.
Halaman yang sekangkang kera itu benar-benar dimanfaatkan oleh Mama Naura.
Disusun cantik sehingga membentuk landskap yang menyejukkan mata memandang.
Puan Hanim keluar untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang selalu mengajak anaknya keluar.
" Assallamualaikum Mak Cik.
Sihat?" Soal Nazim sebaik saja melihat kelibat Puan Hanim yang berdiri di hadapannya.
"Waalaikumsalam.
Alhamdullillah.
Sihat.
Nak pergi mana ni? " Soal Puan Hanim.
"Area sini-sini je mak cik.
Maaf ya saya mengganggu mak cik.
Saya Nazim.
" Nazim cuba beramah mesra dengan Puan Hanim.
Sementara menunggu Naura, sempat juga mereka berbual kosong.
Setelah sepuluh minit, tepat jam sepuluh mereka meminta izin untuk keluar daripada Puan Hanim.
"Saya tak nampak pun ayah awak Naura.
Ayah awak keluar ke? " Naura tersenyum dan seraya menjawab, " Papa saya kat Sabah.
" "Owh.
Bila papa Naura balik? Lama ke kat Sabah? " Tanya Nazim lagi.
"Papa memang stay kat Sabah.
Kami adik-beradik tinggal dengan mama kat sini.
" " Owh.
" Nazim diam.
Tak mahu bertanya lebih lanjut.
Mereka sekadar berjalan-jalan di kawasan Taman Tasik Shah Alam itu.
Hampir setengah jam di situ mereka pergi ke restoran berdekatan untuk makan tengah hari.
Usai makan Nazim mula bersuara mengenai hajatnya untuk berjumpa Naura.
"Naura, sebenarnya saya ajak awak keluar ni saya nak bincang something dengan awak.
" "Ye teruskan.
I'm listening.
" kata Naura.
"Sebenarnya saya nak minta tolong dengan Naura.
" Nazim memandang wajah Naura yang memang sedang menunggu setiap patah perkataan daripada mulutnya.
"Okay, silakan.
InsyaAllah, selain masalah duit, saya boleh tolong.
" jawab Naura.
Tergelak Nazim mendengar jawapan Naura.
Naura.
Naura.
Tak ada benda lain ke dia fikir? "Saya nak minta tolong awak..." Air liurnya ditelan, terasa seperti menelan batu.
"Saya nak minta tolong awak, supaya jadi isteri saya!" Ujar Nazim dengan sekali lafaz dalam satu nafas.
"What?" Terkejut Naura.
Lamaran betul atau mimpi? "Naura, please!" Rayu Nazim.
"Tapi kenapa saya?" Soal Naura seakan tidak percaya.
Tak pasti perasaannya kini.
" Okay, maafkan saya.
l'll tell you the reason.
So, please.
I'm really need your help Naura.
" Rayu Nazim lagi.
Naura mengeluh berat.
"Baiklah ceritakan kat saya.
" Hampir dua jam mereka di restoran tersebut.
Naura mendengar setiap cerita Nazim mengenai bondanya, sesekali Nazim merayu kepadanya.
"Boleh encik bagi saya masa untuk berfikir? " Soal Naura.
" Berapa lama yang awak perlukan untuk berfikir?" "Bagi saya masa dua minggu boleh?" Pinta Naura "Baiklah.
" Jawab Nazim Sepanjang tempoh dua minggu Nazim langsung tidak menghubungi Naura bagi memberi ruang untuk Naura berfikir.
Sepanjang dua minggu itulah Naura tidak meninggalkan solat sunat hajat dan solat sunat istikharah.
Memohon petunjuk ilahi.
Mamanya sudah dimaklumkan mengenai lamaran itu dan Puan Hanim bersetuju serta menyerahkan kepada Naura untuk membuat keputusan.

Sumber:Internet