. 1 tahun kemudianSeorang kanak-kanak lelaki berlari menghampiri Zara.
"Jangan berlari sayang nanti jatuh" kata Zara mengelap peluh di pipi anaknya itu.
"hey Zavien, uncle datang ni bawak icecream" kata Qarl.
Zavien menghampiri Uncle Qarl yang mahu mendukungnya.
"alahai comelnya ien ni" kata Kael apabila mencubit pipi Zavien yang montok itu.
"Ladyboss nak bercuti pergi mana mana ?" soal Kael.
"boleh tak kita pergi maldives ? saya rindu tempat tu" soal Zara seolah olah memohon.
"boleh Ladyboss, kemaslah barang esok kita pergi" kata Kael.
"satu lagi permintaan saya Kael" kata Zara.
"apa dia ?" soal Kael.
"boleh tak semua ikut ? maksud saya Qarl, Arfan, Zaff, Zayn, Makcik Rozie, Dato' dan Puan Sri ?" soal Zara.
"Ladyboss nak saya bawakan satu kampung ni pon boleh, takde hal punya" kata Kael.
"ada je awak ni !! saya serius tau" kata Zara memukul lengan Kael.
MaldivesZara dengan teruja dia membuka pintu sliding door di bilik utama rumah agam itu.
Mujur sahaja Trio Uncle itu mahu menjaga Zavien kerana kecomelannya, dapat jugalah dia berehat.
Zara bangun dari duduknya dan keluar daripada rumah.
Pantai itu kelihatan indah sekali terdampar dihadapan matanya.
Kakinya perlahan lahan memijak pasir putih.
Tudungnya mengerbang ngerbang ditiup angin dibiar berkibar.
Dia memijak pula air di persisiran pantai.
masuk hari ni genap setahun Zach meninggalkannya.
Dia menghembus nafas berat seperti mahu nangis sahaja ketika ini.
Dia masih kuatkan semangatnya.
Dia melihat telefonnya tak pernah sehari pon dia tidak mengirimkan pesanan pada suaminya itu di aplikasi whatsapp hanya untuk mengubat rindu walaupon dia tahu hanya greytick yang dia dapat lihat tanpa jawapan.
Zara menaip untuk dikirimkan kepada Zach.
"sayang rindu abang, sangat" itu kiriman yang dibuat oleh Zara pada Zach walaupon tidak berbalas.
Dia mengeluh kecil angin kuat mencium pipi mulusnya.
Dia duduk di pasir putih itu.
"bila lagi saya nak datang sini dengan awak Zach" kata Zara.
Dia lapkan air matanya dengan tisu yang dia pegang.
Kerana angin yang kuat tisu itu terbang "eh eh" Zara cuba menangkapnya.
dan akhirnya dia tangkap.
Dia senyum bila dapat tisu yang terbang itu.
Pandangannya beralih pada hadapannya.
Kelihatan seorang lelaki berpakaian serba gelap mencuri perhatiannya.
Dia merenung pergerakkan lelaki itu seperti mahu tembus sahaja.
Langkah yang diatur oleh lelaki itu menjadi pemerhatiannya, semakin lama semakin dekat.
Zara menggelengkan kepalanya "tak mungkin" ujar Zara perlahan.
Sebelum telefonnya dilihat semua.
Chat yang dia pesan pada Zach dibaca, semuanya bluetick.
Zara terkejut kakinya seperti mahu lemah dan jatuh.
"Zach" kata Zara apabila Zach tak jauh 10 M daripadanya.
Zara melihat pandangan tajam milik Zach.
Dia kenal pandangan itu.
Dia berlari kearah Zach dengan cepat dan dia seperti mahu tersungkuh Zach pantas menangkapnya.
"sayang, are you okay ?" soal Zach.
Zara pandang wajah Zach, Pipi lelaki itu dipegang untuk memastikan sama ada dia cuma berkhayal atau kenyataan.
"ni betul ke Zach ?" soal Zara sambil memegang kedua-dua pipi Zach.
"ye sayang, ni abang" kata Zach.
Zara senyum lalu dia memeluk kemas leher Zach seperti tiada hari esok, bau maskulin lelaki itu sangat dia kenali kuat pelukannya pada suaminya itu.
"hey, abangkan dah janji nak jaga sayang, abang tak kan tinggalkan sayang" kata Zach mengusap badan Zara yang memeluknya.
Sumber:Internet