Gelap

Perkara Kita 2

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Perkara Kita 2

. Sicily : Januari 1915Peperangan yang sedang berlaku di Eropah mula merebak.
Ramai anak-anak muda di seluruh Itali mula dikerah untuk menyertai tentera untuk menyertai negara perikatan diketuai Britain, Peranchis dan Russia melawan sekutu asalnya Jerman dan Austria.
Kesannya turut dirasai di Sicily, sebuah pulau di hujung Itali yang menjadi tempat tinggal Lucius selama lebih 100 tahun.
Dari satu kampung ke satu kampung dia berpindah, memberikan khidmat kepada mana-mana kumpulan yang memerlukan khidmatnya.
Lucius tidak terikat dengan mana-mana kumpulan kerana dia ingin bebas.
Hanya ketua-ketua kumpulan sahaja yang pernah menemuinya kerana dia tidak mahu mereka menggunakan orang tengah bila memerlukan khidmatnya.
Sebenarnya, baru dua bulan dia berkhidmat dengan Alphonse, capo di tutti capi atau ketua segala ketua kumpulan-kumpulan berpusat di Catania.
Setakat ini, hanya sekali dia ditugaskan melakukan 'pembersihan', iaitu membunuh kesemua anggota tertinggi sebuah kumpulan kecil yang baru naik kerana disyaki cuba merampas kuasa dari Alphonse.
Lucius tidak perlu berusaha keras.
Dia hanya perlu mengetahui masa dan tempat dimana mereka berkumpul diwaktu malam.
Dia juga tidak bimbang akan senjata yang mereka miliki.
Peluru, walaupun menyakitkan, tidak akan membunuhnya.
Lucius tidak boleh dibunuh, kerana sememangnya dia telah mati.
Semenjak menerima kurniaan dari Mirabelle lebih seribu tahun yang lalu, tubuh dan jasad Lucius masih lagi seperti dahulu jika dilihat dari mata kasar.
Dia masih seperti manusia biasa yang lain, cuma fizikalnya seperti tidak dimamah usia.
Berbeza dengan manusia lain, jantungnya tidak lagi berdenyut.
Lucius juga tidak lagi memerlukan makanan dan minuman seperti manusia lainnya walaupun dia senantiasa merasakan lapar dan dahaga.
Namun Mirabelle, sebagaimana yang dijanjikannya, telah mengajar Lucius bagaimana hendak menghilangkan lapar dan dahaganya.
Agak sukar mulanya dia menjalani kehidupan yang baru.
Cahaya matahari bagai menusuk-nusuk tubuhnya, membuatkan tubuhnya kepanasan.
Dia lebih suka waktu malam kerana mendapati pandangannya lebih jelas, tidak kabur seperti diwaktu siang kerana cahaya yang menembusi anak matanya adalah lebih banyak daripada manusia biasa.
Mirabelle juga mengajarnya memburu makanan pada malam hari dan bagaimana hendak menyembunyikan jejak.
Mirabelle juga memberitahu Lucius bahawa tidak ada manusia lain yang tahu akan kewujudan orang-orang seperti mereka walaupun terdapat cerita-cerita dongeng terutamanya dari tempat diantara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates tentang makhluk seperti. mereka.
Ada juga lagenda-lagenda yang biasa didengari Lucius semasa kecil dari bangsa Rom dan Greek sendiri tentang makhluk yang dicipta dari api, yang bersifat seperti apa yang dialaminya, namun dia hanya mengganggap bahawa itu semua adalah sekadar cerita untuk menakutkan kanak-kanak.
Namun begitu, makhluk-makhluk seperti dalam semua cerita ini hanya mempunyai satu persamaan dengan dirinya dan Mirabelle, iaitu mereka memerlukan darah segar untuk diminum supaya tubuh mereka tidak mereput dan menjadi lemah.
Pada awalnya, hampir setiap malam dia memerlukan darah yang segar, biasanya dengan meminum darah kambing dan biri-biri atau mana-mana binatang ternakan yang berjaya dicuri.
Mirabelle juga mengajarnya cara-cara menghapuskan kesan supaya kehadiran mereka tidak dapat diketahui.
Pada malam-malam yang awal mereka hanya menyembunyikan diri di kampung-kampung berhampiran Ravenna.
Apabila Lucius sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu, mereka berdua mula mengembara ke arah selatan menyelusuri semenanjung Itali yang kini dipenuhi dengan kaum-kaum barbarik yang menghuni bandar-bandar besar.
Bandar-bandar di utara seperti Aquileia dan Mediolanum memang sudah lama jatuh ketangan bangsa Gothik.
Lain-lain bandar-bandar besar dalam empayar Rom juga telah lama jatuh ketangan bangsa-bangsa barbarik lain seperti Visigoth, Vandal dan lain-lain.

Sumber:Internet