. Hari ini sudahpun masuk hari ketiga keretaku tersadai di bengkel.
Sepatutnya sudah siap hari ini.
Aku sedikit resah menunggu panggilan dari Faizal.
Mana tahu ada hal yang menyebabkan kereta aku tertangguh lagi,susah aku nanti untuk keluar mencari kerja.
Saat aku mundar mandir seorang diri di dalam rumah, tiba-tiba telefon bimbit aku berdering.
Aku yakin itu adalah panggilan dari Faizal.
Terukir senyuman di wajah aku.
Panggilan Faizal segera aku jawab dan beliau memberitahu keretaku sudah siap dibaiki.
Hatiku melonjak kegembiraan, bersyukur kerana semua urusan aku dipermuda memaklumkan dirinya dalamperjalanan untuk mengambil aku di rumah .
Aku pula kebetulan sedang bersiap-siap setelah pengasuh datang mengambil Saad tadi.
Entah kenapa hari ini akurasa teruja untuk memakai jubah dan tudung purdah berwarna merah jambu.
Bajuku yang berwarna tidak banyak aku miliki.
Majoriti pakaianku berwarna gelap dan hitam, kerana suamiku lebih suka aku memakai pakaian berwarna hitam.
Warna merah jambu dan maroon pula adalah warna kesukaanku,namun itupun sempat aku pakai sebelum berkahwin.
Mujurlah walaupun sudah ada anak, saiz tubuhku masih tetap sama sewaktu aku bujang remaja da badanku sedikit naik,namun sekadar 2-3kg nampak langsung perubahan pada susuk tubuhku.
Jadi boleh lagi pakai baju zaman bujang sebelum aku kahwin.
Kakiku dipercepatkan melangkah ke arah kereta Faizal yang baru sahaja sampai dan menunggu aku di seberang jalan.
Tingkap kereta disebelah penumpang diturunkan.
"Wah... cantiknya Ustazah hari ini," puji Faizal.
"Apa yang cantik? Sama je kan,awak nampak mata saya je kan? " soalku kembali.
"He baju Ustazah hari ni..." puji lelaki itu lagi sambil tersengih menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.
Mungkin dia pakai bracer sebelum ini,fikirku.
Aku terus masuk ke dalam kereta Nissan Skyline GT-R R35 itu dan menuju ke bengkel itu.
"Ustazah ni dah kahwin ke belum?" soal Faizal sambil memandu.
Aku tidak sangka soalan cepumas keluar daripada mulut Faizal menyebabkan aku berasa sedikit gementar untuk menjawab.
"Errr... sudah," jawabku lemah.
"Aduh... melepas I..." ujar Faizal tersengih sambil menepuk stereng keretanya.
Tiba-tuba dia tanya soalan demikian.
Aku pula berdebar-debar setelah aku memberitahu status aku yang sudah kahwin.
Risau nanti dia berubah fikiran,lagi teruk kalau dia cancel taknak bayar harga baikpulih kerosakan keretaku.
Kalau aku belum kahwin pun, takkan lah aku nak terima dia jadi suami aku rambut perangnya ala-ala artis K-Pop,entah sembahyang atau tak aku pun tak tahu.
Akhirnya kami tiba di bengkel kereta itu.
Nampaknya keretaku telahpun siap dibaiki mengikut masa yang dijanjikan.
Aku nampak Faizal masuk dan bersembang dengan mekanik cina i apa yang dibualkan aku tak tahu tetapi aku nampak Faizal swipe kad kreditnya ketika membayar harga baiki keretaku.
Aku tak faham apa yang dia cakap dengan tauke bengkel kerana mereka bercakap dalam bahasa Cina.
Tapi aku yakin, bayaran melalui kad kredit itu telah selesai.
Aku segera masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin keretaku.
Alhamdulillah semuanya baik.
Terasa sangat lega dihatiku kerana kereta inilah yang aku harapkan untuk mencari kerja kosong nanti.
Faizal : "Us sebelum balik, jom kita makan-makan dulu nak?" Aku : "Makan?"
Sumber:Internet