Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 1

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 1

. Seorang gadis jelita sedang duduk bersandar di atas sebuah kerusi pantai di Pelangi Beach & Spa Resort, Langkawi.
Dengan sebuah komputer riba di pangkuannya, gadis itu sedang memakai beach dress serba putih, tidak berlengan, kain panjang sampai ke hujung kaki, belahan tepi sebelah kiri sampai ke peha.
Potongan dada rendah, menampakkan aluran payudaranya dengan jelas.
Kulitnya putih kemerahan, gebu dan licin sempurna.
Berkaca mata hitam yang besar, memakai topi mengkuang walaupun kerusi pantainya itu telahpun dilindungi oleh sebuah payung buluh yang rendang.
Sambil gadis jelita itu memandang jauh ke pantai, seorang pelayan wanita datang membawa dulang dengan segelas air berais di atasnya.
ʻʻYour iced lychee tea, missʼʼ kata pelayan itu sambil meletakkan gelas air itu di atas sebuah meja rendah di tepi kerusi pantai gadis tadi.
ʻʻTerima kasihʼʼ balas gadis berkacukan darah dari Amerika Syarikat itu.
Walaupun dia berasal dari bangsa negara barat, tetapi gadis berusia 23 tahun ini fasih berbahasa melayu, tuturannya sedikit pun tidak berbunyi pelat.
Pelayan tadi pun meminta diri dan kembali masuk ke dalam resort untuk meneruskan kerjanya.
Gadis berkulit putih itu pun menghirup air teh laici dari gelas yang diambil dari meja tepi tadi.
Habis setengah gelas dia habiskan untuk membasahkan tekak.
Hawa panas petang Pantai Cenang semakin surut memandangkan matahari sudah hampir tergelincir di ufuk barat, jauh mata memandang di hujung laut Selat Melaka.
ʻʻMel!ʼʼ satu suara gadis lain memanggil namanya.
ʻʻThere you are! I have been looking everywhere for you!ʼʼ kata gadis itu lagi.
ʻʻWei... cakap melayu boleh tak? Bosan lah aku dengar American accent tak jadi kau niʼʼ balas Mel kepada rakannya berbangsa melayu yang bernama Tasya.
ʻʻHa ha ha! Kau ni kelakar lahʼʼ kata Tasya.
ʻʻKau tu kulit putih.
Tapi cakap melayu mengalahkan aku ni yang kulit kuning langsatʼʼʻʻKulit kuning langsat macam kau tu lah yang menjadi pembuka cerita yang aku tulis niʼʼ kata Mel sambil mencabut cermin mata gelapnya, menampakkan anak matanya yang berwarna hazel bertatahkan iris yang berwarna biru terang.
ʻʻKau masih menulis karya kau tu ke, Mel?ʼʼ tanya Tasya tatkala melihat Mel masih dengan komputer riba Apple MacBook Air M2 dipangkuannya.
Yang anehnya, skrin komputer riba itu putih tidak bertulis apa-apa lagi.
ʻʻBukan karya lah, Sya.
Ni kisah benar ni, okayyʼʼ balas Mel.
ʻʻKisah benar? Biar betul? Kau nak tulis pasal Mahsuri ke?ʼʼ tanya Tasya.
Mel tergelak perlahan.
ʻʻBukan, Sya.
Ni bukan kisah Mahsuri lahʼʼ katanya sambil matanya masih jauh melihat matahari semakin terbenam.
Langit biru bertukar menjadi senja.
Mel membuka topi mengkuang yang berada di atas kepalanya.
Rambutnya berwarna perang keemasan panjang terjurai, ikal mayang melepasi bahu.
ʻʻIni kisah cinta yang lebih indah dari Mahsuriʼʼ katanya perlahan, hampir berbisik.
Sambil mula menaip di komputer ribanya, Mel menyambung lagi, ʻʻIni kisah cinta antara dua benua, kisah cinta antara seorang wanita yang berdiri di bumi nyata dengan seorang lelaki yang terbang bebas di langitʻʻ...dsinilah bermulanya sebuah kisah cinta yang abadi... pertemuan sebuah cinta di pulau LangkawiʼʼWatak Utama Norhana YusoffSeorang eksekutif perakauan berumur awal 30an, sudah bersuami dan beranak dua, bertemu cinta dengan seorang juruterbang tentera udara Amerika Syarikat semasa pertunjukan LIMA di Langkawi.
Steve HunterSeorang juruterbang tentera udara Amerika Syarikat berumur lewat 20an.
Semasa bertugas di pertunjukan LIMA di Langkawi, beliau telah jatuh cinta dengan seorang wanita Melayu yang sudah bersuami.
AMARAN DAN PENAFIANKarya ini adalah sebuah karya yang berunsur erotika, mengandungi adegan seks dan lucah yang sengaja disensasikan.
Ia juga memaparkan unsur-unsur yang tidak bermoral dan haram disisi agama seperti penzinaan dan hubungan terlarang.
Sekiranya genre karya ini tidak bersesuaian dengan citarasa atau kehendak anda, maka anda perlulah meninggalkan pembacaan karya ini dengan segera.
Dengan meneruskan membaca karya ini, anda bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perasaan emosi, melankoli, mahupun perbuatan-perbuatan seksual yang anda lakukan.
Penulis dan Penerbit tidak akan sekali-kali bertanggungjawab ke atas sebarang salahlaku pembaca yang melanggar hukum agama atau melakukan sebarang dosa.
Gambar adalah sekadar untuk hiasan sahaja.
Individu yang tertera di dalam gambar tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan watak-watak yang dipaparkan di dalam cerita ini.
Novel ini adalah fiksyen dan bertujuan untuk hiburan semata-mata.
Ianya tiada kaitan sama sekali dengan ATM, TUDM dan USAF.
Diilhamkan dari sebuah kisah yang pernah dicoretkan menerusi cerpen pendek bertajuk ʻʻLIMA ʼ99ʼʼ Diceritakan semula oleh Seri Dewi Suria.
Disunting oleh bluduel
Sumber:Internet