Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 12

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 12

. Majlis pembukaan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition atau nama singkatannya, LIMA ʼ97 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad, di dalam satu acara yang gilang-gemilang.
Program majlis LIMA ʼ97 dijadualkan selama empat hari lamanya.
Dua hari pertama dibuka kepada agensi kerajaan dan swasta untuk memeterai perjanjian dan urusniaga pembekalan perkapalan dan aero-angkasa.
Hanya pada hari ketiga dan keempat barulah pameran itu dibuka kepada orang awam pula.
Norhana yang telah bermalam bersama dengan rakan sekerjanya Sufinah di Langkawi Seaview Hotel yang terletak di pekan Kuah, turut serta bersama kakitangan-kakitangan syarikat KPM SB di majlis perasmian tersebut.
Berpakaian formal, Norhana memakai blouse berwarna biru muda berserta blazer, seluar hitam, kasut tinggi dan tudung shawl dililit pada kepala.
Wajah didandan dengan bedak foundation dan bibirnya dicalit gincu merah.
Walaupun Norhana tidak bertugas menjaga booth syarikatnya di Mahsuri Exhibition Centre itu, tetapi dia tetap rajin menyumbangkan tenaga dan masa untuk beramah mesra dengan tetamu dan pelanggan yang hadir ke booth tersebut.
Tetapi sepanjang pagi itu, Norhana seperti tidak memberikan tumpuan kepada perjalanan program.
Fikirannya seperti melayang-layang teringatkan sesuatu.
Sekali-sekala, Norhana akan menoleh ke arah tingkap besar MEC untuk melihat keadaan di luar lapangan terbang itu.
Matanya melihat pesawat-pesawat yang bersusun kemas di luar lapangan terbang.
Tangan seperti buat kerja, tapi mata melilau mencuri-curi pandang ke arah yang sama.
Kejap-kejap pandang luar.
Kejap-kejap pandang luar.
ʻʻWei!ʼʼNorhana tersentak dari lamunan siang harinya.
Terus dia menoleh ke arah suara itu.
Sufinah, rakan sekerjanya berada disebelahnya.
Sejak bila dia berada di situ, Norhana sendiri pun tidak pasti.
ʻʻKau dengar tak apa yang aku cakap tadi?ʼʼ tanya Sufinah.
Norhana menggleng kepalanya sekali.
Sedikit keliru.
Apa yang Sufinah cakap tadi?Sufinah menghela nafas.
ʻʻAda kot tiga kali aku panggil nama kau.
Kau ni buat pekak jer ya.
Fikiran kau tu dah melayang sampai ke langit tingkat keberapa tu?ʼʼNorhana mengebilkan matanya satu-dua kali.
ʻʻOh sorry Sue.
Aku tak perasan kau ada tadi.
Aku... dok tengok fighter-fighter jet kat luar tu jer...ʼʼSufinah menepuk lengan Norhana.
Satu senyuman kecil diberikan.
ʻʻTentu kan teringatkan laki dan anak-anak kau kat rumah kan? Mesti diaorang suka tengok fighter jet terbang kalau diaorang ada dekat siniʼʼ kata Sufinah perlahan sambil turut melihat susunan pesawat-pesawat pejuang di luar. MEC.
Norhana sekadar mengangguk sahaja.
Sama betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Sufinah itu, hanya hati dia sahaja yang dapat menjawabnya.
ʻʻKau cari aku tadi sebab apa, Sue?ʼʼ tanya Norhana.
Sufinah menghulurkan jadual aturcara LIMA ʼ97 kepada Norhana.
Norhana mengambilnya.
ʻʻAku dapat break setengah jam.
Rosli jaga tempat aku.
Aku ingat nak ajak kau tengok show dekat luarʼʼ kata Sufinah.
ʻʻShow? Show apa tu?ʼʼ tanya Norhana, mindanya masih belum seratus-peratus kembali ke dunia nyata.
ʻʻRed Arrows lah, biul.
Cuba tengok schedule.
Sat lagi diaorang nak start.
Jom?ʼʼ pelawa Sufinah sambil menarik tangan Norhana sebelum sempat rakannya itu berkata iya ataupun tidak.

Sumber:Internet