Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 14

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 14

. Semalaman Norhana tidak dapat tidur dengan nyenyak, tubuhnya masih berbaring di atas katil disebelah rakannya Sufinah yang telah lama dibuai mimpi.
Ini adalah kerana fikirannya masih lagi dihantui dengan ingatan-intagan bersama dengan Steve sejak seminggu yang lalu.
Bermula dengan hanya sekadar bantuan dari seorang lelaki budiman sewaktu dia tiba di Langkawi, Norhana tidak sama sekali menyangka yang hubungannya bersama lelaki tampan itu semakin lama menjadi semakin mesra.
Sehinggalah dia dibelengguni dengan kata-kata dari Steve yang diucapkan kepadanya malam tadi.
ʻʻNor Iʼm falling in love with you...ʼʼ ʻʻ cin awak...ʼʼNorhana mengetap matanya ketat-ketat.
Bantal diserkup pada kepala sendiri.
Ditekan kuat-kuat.
Aaaagghhh! dia menjerit dalam senyap, suaranya hilang ditelan bantal.
Kata-kita cinta yang dilafazkan oleh Steve kepadanya itu sentiasa terngiang di mindanya, diulang berulang kali tanpa diundang, menyelubungi seluruh hati dan perasaan dirinya.
Tidak pernah Norhana merasakan betapa beratnya tekanan emosi seperti apa yang dialaminya sekarang.
Tetapi bukan kata-kata cinta itu sahaja yang membuatkan hatinya tidak keharuan.
Yang paling menggamit hati dan jiwa Norhana ialah mereka berdua berkongsi kucupan yang begitu romantis dan manis sekali malam tadi.
Lembut sentuhan bibir ke bibir, menyusuk terasa hingga ke seluruh nyawa.
Kerana bukan sahaja bibir yang bertemu bibir, tetapi pada ketika itu, dua hati telah bersatu.
Buat seketika, Norhana merestui perbuatan Steve itu.
Malah, dia sendiri telah membalas kucupan lembut itu kembali.
Buat mereka khayal dalam kehendak hati dan jiwa.
Bohonglah kalau Norhana tidak merasai perasaan yang sama.
Bohonglah sangat.
Tetapi akal, prinsip dirinya dan larangan agama menyebabkan Norhana menolak mentah-mentah perasaan yang dirasainya itu.
Hanya kerana dirinya yang telahpun dimiliki oleh seorang lelaki lain yang halal dan sah.
Suaminya, Nasir.
Tetapi perasaan di dalam hati tidak dapat ditutup dan buang seperti suis lampu yang dipetik padam.
Tatkala ianya hadir, ianya akan tinggal berkekalan.
Tetapi Norhana nekad untuk mengawal tingkahlaku dan nafsu selagi mana akalnya dapat berfikiran dengan waras.
Tetapi pertempuran di antara akal dan hati masih lagi belum selesai.
Separuh jiwanya menyesal kerana akal telah menidakkan keperluan hatinya yang telah lama tidak dipedulikan.
Baru mucul satu harapan untuk sang hati mengecapi kebahagiaan, sang akal dengan pantas mencantas harapan itu.
Akibatnya, Norhana menjadi semakin rungsing dan hiba.
Pergolakan antara akal dan hati memang sukar untuk menentukan pemenangnya.
Buat masa ini, akal masih memang.
Walaupun hatinya sedang menangis, jiwanya rasa terluka, tetapi akal tetap memang jua.
Sehinggalah malam bertukar menjadi subuh, hati dan jiwa Norhana akhirnya mengalah juga.
Tiba awal subuh pagi, Norhana sudah pun bangun.
Tidak mahu lagi melayan perasaannya, Norhana terus mengemas baju-bajunya di dalam beg pakaian.
Dia telah buat keputusan.
Akal telah menang.
Tenanglah dikau wahai hati.
Sakit pedih dirasa kini.
Norhana ingin pulang ke pangkuan suami dan anak-anaknya.
Tulah ubatnya bagi sebuah hati yang sedang berduka.
Tiket Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur telahpun diterima dari pengarah urusan syarikat kerjanya.
Ianya dihulurkan kepada Sufinah malam tadi.
Kini tiket itu sudah berada di dalam tangan.
Norhana mengucap syukur, boss-nya itu mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.
Sebaliknya, dia yang juga membawa keluarganya untuk datang sekali menyaksikan pameran LIMA itu, mengambil keputusan untuk menyambung cuti rehat agar dapat meluangkan masa beberapa hari dengan keluarga.
Maka tiket yang sudah ditempah pada pagi itu telahpun ditukar nama kepada nama Norhana.
Norhana berterima kasih kepada majikannya kerana dia tidak perlu pulang dengan pesawat TUDM lagi.

Sumber:Internet