Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 16

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 16

. ʻʻSelamat datang ke Pulang Langkawi.
The plane has now landed.
Please remain seated until the seat belt sign has been turned off.
Please do not use any electronic devices until the plane has come to a complete stop.
On behalf of the captain and crew, we would like to thank you for flying with Malaysia AirlinesʼʼPesawat Boeing 737-800 milik Malaysia Airlines itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 8:30 pagi.
Perjalanan kali ini sangat selesa, kerana Norhana berada tempat duduk hadapan bersama dengan penumpang-penumpang Business Class yang lain.
Norhana tersenyum sendiri mengenangkan pengalaman menaiki pesawat TUDM DHC-4 Caribou dua tahun yang lalu.
Dua jam dia terpaksa mengharungi bunyi bising, tempat duduk keras dan bergegar, dalaman yang panas dan berpeluh, semua itu merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Tetapi satu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan kembali semula ke dalam fikirannya tatkala tayar-tayar pesawat 737 itu mencecah landasan.
Dirinya kembali ke pulau ini membawa bersamanya seribu satu kenangan.
Dari kaca tingkap pesawat, Norhana menghela nafas panjang sambil melihat susunan pesawat-pesawat tentera di lapangan terbang itu.
Salah satu darinya adalah deretan pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon milik tentera udara Amerika Syarikat.
Norhana sebenarnya telahpun meneliti aturcara pertunjukan udara untuk tahun ini.
Lima pesawat F-16 yang dihantar adalah dari skuadron 57th Wing Operations Group, atau nama singkatannya ʻThunderbirdsʼ dari Nellis Air Force Base, Nevada.
Skuadron itu adalah dari kumpulan yang berbeza berbanding yang datang dua tahun lepas.
Pada tahun tersebut, tentera udara Amerika Syarikat hanya menghantar satu pesawat F-16 dari 20th Fighter Wing AFB South Carolina.
Itu juga bermaksud, juruterbang dan kakitangan-kakitangan sokongan yang datang ke pemeran LIMA tahun ini tidak sama orang dan kumpulannya berbanding dua tahun yang lalu.
Disebabkan maklumat itulah, Norhana berani untuk menjejakkan kaki semula ke pulau Langkawi pada tahun ini.
Walaupun ada kenangan indah dan manis yang akan disimpan di dalam hatinya selama-lamanya, dua tahun yang lalu juga memperlihatkan satu pergolakan emosi dan perasaan yang sangat melankoli pada dirinya.
Pada ketika itu, Norhana telah menidakkan cinta dari seorang lelaki.
Dia melarikan diri meninggalkan cinta itu pergi.
Keputusan yang telah dibuat bersama dengan linangan air mata.
Norhana tidak dapat berkongsi nestapa yang melanda hatinya dengan sesiapa pun.
Tidak dengan kawan, tidak dengan keluarga, lebih-lebih lagi tidak dengan suami sendiri.
Perasaan yang dirasainya dua tahun dahulu terpaksa dipendam dalam-dalam, disimpan di dalam hati, dibawa sampai ke mati.
Dua tahun itu jugalah masa yang Norhana perlukan untuk mengubati kelukaan di hati.
Pernah berkali-kali dia mempersoalkan keputusannya pada ketika itu.
Adakah keputusannya itu betul? Adakah keputusannya itu kejam? Adakah keputusannya itulah yang sepatutnya dia lakukan untuk dirinya, ataupun sebaliknya?Dua tahun kini sudah berlalu.
Yang telah ditinggalkan, biarlah kekal ditinggal.
Kini Norhana sudah boleh yakin untuk menjejakkan kaki ke pulau bersejarah ini tanpa merasa lagi apa-apa sesalan di atas perbuatannya dulu.
Ting!Bunyi isyarat lampu tali pinggang dipadamkan, menandakan penumpang-penumpang sudah boleh bangun dari tempat duduk masing-masing.
Norhana bangun dari tempat duduknya.
Beg kecil beroda diturunkan dari kompartmen atas kepala, satu senyuman terima kasih diberikan kepada seorang peramugara yang menunggu ditepi pintu, kasut tinggi melangkah setapak demi setapak anak-anak tangga ke perkarangan landasan.
Walaupun hati sedikit sebanyak telahpun pulih, mata Norhana masih lagi memandang dari jauh deretan pesawat-pesawat F-16 yang tersusun rapi.
Mereka dikelilingi juruteknik-juruteknik dan juga kelihatan juruterbang ada juga bersama mereka.
Ada juga di kalangan mereka wanita-wanita berpakaian awam.
A sudah tentu mereka ini isteri-isteri kepada juruterbang-juruterbang itu.
Norhana masih dapat mengecam pada pas yang mereka sarungkan di leher.
Pas untuk para isteri.
Norhana pernah satu ketika memakai pas seperti itu.

Sumber:Internet