Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 2

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 2

. Kompleks Dayabumi.
Bangunan putih itu tersergam indah, tinggi berdiri menjadi mercu tanda kebanggaan ibukota Kuala Lumpur.
Dimiliki penuh oleh UDA Holdings Berhad, menara 35 tingkat itu telah menempatkan pelbagai jabatan awam dan syarikat swasta sejak ianya dirasmikan.
Salah satu darinya ialah Kesawa Project Management Sdn Bhd, atau singkatannya KPM SB.
Ianya adalah sebuah syarikat kecil yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Kenneth Lee.
Seorang graduan Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Pengurusan Projek, lelaki berbangsa Baba Cina Melaka itu menubuhkan syarikat kecil itu dengan wang simpanannya sendiri.
Berbekalkan dengan ilmu pengkhususan pentadbiran dan pengurusan, Kenneth bermula sebagai kontraktor kecil untuk LIMA 1991 di Langkawi, enam tahun yang lalu.
Bertahun beliau bekerja keras membangunkan KPM dengan titik peluh sendiri.
Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Akhirnya, segala usahanya membuahkan hasil apabila beliau mendapat kontrak bersama LeสผProton Exhibition Services Sdn Bhd pada tahun 1994.
Sejak dari itu, KPM berkembang dari hanya dua pekerja sehinggalah ia kini mempunyai sebelas orang kakitangan, termasuk dirinya sendiri.
Tetapi Kenneth tidak ada di Dayabumi pada hari itu.
Ini adalah kerana Kenneth dan enam lagi eksekutif di bawahnya telahpun bertolak ke Langkawi seawal pagi tadi.
Dengan ketiadaan pengarah urusan dan eksekutif yang lain, ruang pejabat KPM pada pagi itu kelihatan sunyi dan sepi, berbeza dengan hari-hari sebelumnya.
Selalunya, pagi-pagi lagi suasana di syarikat itu pasti riuh rendah dengan kesibukkan pekerja-pekerja menyiapkan peralatan dan perkakasan untuk di bawa ke Langkawi sempena pameran terulung yang bakal di adakan pada tahun itu pula.
Yang berada di syarikat pada waktu itu hanyalah seorang penyambut tetamu, setiausaha syarikat, dan seorang kerani.
Manakala pengurus kanan yang tinggal pula ialah Norhana Yusoff, seorang pegawai bahagian perakaunan.
Wanita berkulit kuning langsat ini tidak diperlukan untuk turut serta bersama dengan rakan-rakan sekerjanya yang lain kerana syarikat tidak boleh dibiarkan kosong tanpa pekerja.
Lagipun, sebagai seorang akauntan, Norhana tidak diperlukan di Langkawi.
Yang kesana kesemuanya adalah eksekutif bahagian pemasaran dan promosi.
Tapi Norhana tidak merungut kerana tidak dapat ikut serta.
Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, Norhana giat menolong rakan-rakan sekerja yang lain menyiapkan perkakasan dan risalah walaupun itu bukan bidang tugasnya.
Berkotak-kotak bahan pemeran, dari exhibition stand, perhiasan booth, lampu, skrin, projektor dan komputer riba disusun dengan kemas dan rapi.
Begitu juga dengan tempahan van dan bas, tiket kapal terbang, bagasi lebihan, hotel, kereta sewa telah juga ditempah seawal mungkin untuk memastikan kesemua rakan-rakan sekerjanya dapat menjalankan tugas dengan lancar di Langkawi nanti.
Maklumlah, setiap dua tahun, kesemua syarikat-syarikat yang terlibat di pameran antarabangsa itu perlu membuat persediaan seawal mungkin untuk mengelakkan ketiadaan tempat.
Semua hal-hal berkaitan dengan pameran telah dirancang dengan rapi oleh Norhana.
Setiap hari, mereka semua bekerja lebih masa sehingga ke larut malam untuk menyiapkan tugas masing-masing.
Tetapi pada hari tersebut, Norhana sudah boleh berehat, kerana tiada sesiapa lagi yang boleh mengganggunya.
Malah, Norhana boleh berlagak seperti seorang Big Boss pada hari tersebut, kerana beliaulah eksekutif yang paling kanan selepas pengarah urusan.
Norhana dan Kenneth sebenarnya adalah rakan siswazah sewaktu mereka belajar di Universiti Malaya dahulu lagi.
Walaupun Norhana mengambil jurusan Perakuanan adalah dari fakulti berlainan daripada Kenneth, tetapi mereka mula mengenali satu sama lain menerusi Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM).
Sejak Kenneth menubuhkan KPM selepas mereka menamatkan pengajian, Norhana lah orang pertama yang ditawarkan peluang untuk berkerja sama sebagai akauntan syarikat kecil itu.
Persahabatan mereka akrab, tidak seperti seorang majikan dan seorang pekerja, sebaliknya seperti dua orang rakan baik.

Sumber:Internet