Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 29

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 29

. Norhana bersiap-siap dengan memakai blazer putih bersesuaian dengan seluar dan beg tangan hitam.
Bedak foundation dan make-up menghiasi kulitnya yang gebu dan licin.
Walaupun sudah berumur 36 tahun dan beranak tiga, keayuan Norhana masih menyerlah, langsung tidak menunjukkan usianya.
Sebelum meninggalkan Residental Suite tempat dia menginap di Awana Porto Malai, sempat dahulu Norhana mencium-cium seluruh wajah anak perempuannya yang sedang bermain air di dalam tab mandi sambil diawasi oleh pengasuhnya Jamilah.
ʻʻNor dah pam satu lagi botol susu untuk Aleya.
Nanti Kak Milah tolong bagi Aleya minum ya? Nor mungkin keluar kerja sampai malam hari ni, jadi kak Milah nanti order jer room service ya?ʼʼʻʻIs tak de lah kak Milah nak duduk berkurung dalam bilik ni jer, Nor.
Sat lagi, Kak Milah bawak lah Aleya jalan-jalan naik strollerʼʼ balas Jamilah.
ʻʻOkay lah kalau macam tu.
Make sure Kak Milah makan dekat restoran Awana ya? Sebab Nor dah charge to the roomʼʼ pesan Norhana.
ʻʻMakanan kat sini tak sedap lah, Nor.
Kak Milah lagi suka makan dekat kedai melayu kita.
Pasal makan Nor jangan risau.
Kak Milah ni lagi lama tahu ceruk-ceruk dekat pulau Langkawi niʼʼ kata Jamilah pula.
Norhana tersenyum.
Dia tahu Jamilah seorang yang sangat berdikari.
ʻʻOkaylah, Kak Milah.
Saya pergi kerja dulu.
Assalamualaikumʼʼ kata Norhana meminta diri.
ʻʻYa lah.
Waalaikum salamʼʼ balas salam Jamilah.
Norhana kemudian melambai si-kecil itu sebelum pergi, tetapi anak perempuannya itu masih ralik bermain dengan air-air dan mainan patungnya di dalam tub mandi.
Norhana kemudian menyarung kasut tinggi dan kemudian melangkah keluar menuju ke ruang pemeran Awana Porto Malai.
Ruang pameran maritim diadakan di Grand Ballroom Porto Malai.
Apabila Norhana masuk sahaja ke ruang Grand Ballroom itu, kenangan manis dia makan malam disini dua tahun dulu menggamit semula memorinya.
Kini, dewan besar itu telah diubahsuai untuk dijadikan kawasan pameran.
Pelbagai syarikat memaparkan model, tayangan slaid dan video kapal-kapal mereka.
Sebelum ini banyak kapal-kapal tentera yang dipaparkan.
Pada tahun ini, pengusaha dan pembina kapal-kapal awam juga dijemput, kerana pasaran kapal-kapal awam untuk syarikat korporat dan hartawan semakin meningkat.
Banyak jenis kapal awam bermotor yang dipamerkan.
Dari model cabin cruiser seperti Sunseeker Portofino - sesuai untuk pasangan ataupun keluarga yang kecil, sehinggalah luxury motor yacht seperti Freedom Benetti yang boleh memuatkan berpuluh tetamu.
Harga jualan dari RM500,000 sehinggalah ada yang mencecah RM500 juta dan ke atas.
Norhana bertemu dengan Arthur Lynch, salah seorang broker kapal-kapal awam.
Setelah bersalaman dan memperkenalkan diri, Arthur membawa Norhana sekeliling tapak pameran.
Setiap satu dari kapal-kapal yang dipamerkan diberi penerangan menyeluruh.
Setelah hampir sejam di tapak pameran, Arthur kemudian membawa Norhana ke jeti pula dimana kapal-kapal itu berlabuh.
Arthur menunjukkan Norhana Sunseeker Portofino yang diberi nama ʻCinta Mahsuriʼ.
Cabin cruiser sepanjang 16m itu mempunyai satu bilik tidur.
Biliknya dihias dengan katil bersaiz king, dan bilik mandi shower dan tandas.
Ianya dihiasi dengan dinding dan siling kayu yang moden, lampu-lampu bulat disemat ke dalam permukaan dinding.
Selain dari bilik tidur itu, ianya juga terdapat ruang rehat dan ruang makan di tingkat bawah.
Di tingkat atas pula ialah tempat pemandu, dan dua ruang santai.
Satu berbumbung di belakang tempat pemandu, satu lagi di hadapan bot bagi mereka yang ingin menikmati sinaran cahaya matahari.

Sumber:Internet