Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 33

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 33

. Nasir terduduk di atas sebuah kerusi diluar wad bersalin Hospital Shah Alam.
Dalam duduknya, dia bersandar kehadapan, kedua tangan menggenggam sesama sendiri, direhatkan pada lulut yang sedikit bergegar.
Matanya merah, anak matanya berlari-lari ke kiri dan ke kanan.
Keningnya berkerut, urat-urat darah nampak dengan jelas, semerah mukanya juga.
Sepatutnya Nasir adalah seorang suami yang paling gembira hari itu.
Isterinya Norhana baru sahaja melahirkan anak yang ketiga setengah jam yang lalu.
Sepatutnya dia berucap syukur, berterima kasih di atas rezeki yang diberikan.
Umat Nabi Muhammad telah berjaya ditambah dengan seorang lagi kelahiran.
Sepatutnya hari gembira itu diraikan, dikhabarkan kepada sahabat handai dan sanak keluarga, dikongsi kepada semua yang mengenalinya.
Sebagai seorang lelaki, Nasir sepatutnya merasa bangga.
Tetapi jiwanya rasa sebaliknya.
Marah? Sakit? Keliru? Pelbagai soalan bermain di dalam kepala.
Hati masih cuba bersangka baik.
Tapi hati yang masih sedang mencuba itu dihalang oleh pelbagai alasan.
Pelbagai cerita.
Pelbagai bisikan.
Bisikan-bisikan yang telahpun didengarinya sejak tiga tahun dahulu lagi.
Banyak cerita yang telah didengarinya dari banyak mulut yang bercerita.
Tetapi pada ketika itu, ianya hanyalah cerita-cerita yang hanya didengari pada sebelah telinga sahaja.
Cerita-cerita yang disisihkan sebagai cerita dongeng.
Cerita buatan orang.
Cerita yang digembar-gemburkan.
Tetapi dengan lahirnya anak ketiga ini, mungkin cerita-cerita itu sebenarnya ada benarnya juga.
ʻʻEncik Nasir?ʼʼ tiba-tiba suara seorang jururawat wanita menegurnya.
Tersentak dia dari kelemasan ribuan fikiran.
Nasir memandang jururawat itu.
Cuba untuk senyum.
Cuba untuk menunjukkan muka yang tenang.
Cuba.
ʻʻYa?ʼʼ suaranya sukar untuk keluar.
ʻʻEncik Nasir belum qamatkan anak perempuan Encik Nasir lagiʼʼ jururawat itu mengingatkannya lagi.
Qamat.
Tanggungjawab seorang ayah menyebut nama Allah, nama Rasulnya, dan panggilan-panggilan untuk solat dan menuju kejayaan kepada telinga anak perempuan yang baru lahir.
Agar kalimah itu menjadi satu-satunya kalimah yang pertama kali didengarinya tatkala setiap nyawa baru berpindah dari alam kandungan ke alam dunia.
Berderu darah yang mengalir dalam hati Nasir.
Tangannya menggeletar.
Nasir cuba berdiri.
Kakinya masih menggeletar.
Hampir terjatuh dia kembali.
Sukar untuk dia berdiri.
Sukar sekali.
Tapak tangan disokongkan pada dinding.
Angguk sekali kepada jururawat tadi, walaupun hati masih berat seberat dunia.
Nasir masuk ke dalam bilik wad isterinya, Norhana.
Menutup pintu dibelakangnya membiarkan jururawat tadi di luar.
Di dalam bilik kelas pertama itu, hanya ada satu katil di dalamnya.
Norhana terbaring dalam posisi mengereng, kepalanya menghadap anak perempuannya yang baru dilahirkan.
Bayi itu sedang baring dalam kerengga plastik di atas troli sebelah katil ibunya, tubuh bayi itu dibalut dengan selimut putih, sedang cuba bergerak-gerak dengan mata terbuka pertama kali melihat dunia.
Mata Norhana berlinangan.
Dia masih menangis.
Senyap, tiada suara.
Hanya air mata yang mengalir keluar sambil tidak lekang dia merenung bayi lahirannya itu.
Nasir menghampiri katil Norhana.
Kakinya mengesot perlahan.
Dia melihat bayi itu disebelah ibunya.
Itu kali kedua dia melihatnya.
Dia mengharap kali pertama tadi dia bermimpi.
Rupanya bila melihatnya kali kedua, dia tahu yang matanya tidak kabur.
Bayi itu berkulit putih.
Putih bukan putih kulit orang asia.
Bukan putih kulit orang cina.
Tetapi ianya putih kemerahan.
Rambut halus dikepala berwarna perang keemasan.
Hidungnya mancung, matanya berwarna hazel dengan iris berwarna biru terang.
Rupa bayi itu tidak langsung seperti muka rumpun melayu.

Sumber:Internet