Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 37

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 37

. Norhana duduk termenung di bawah langit petang Pantai Saujana yang terletak bersebelahan dengan Avillion Beach Resort yang didiaminya malam tadi.
Punggung berehat di atas pasir, kedua-dua kaki menegak lutut sambil dipegang oleh kedua tangan, tapak kaki menjejak pantai.
Kain tudung shawlnya beralun-alun ditiup bayu laut menampakkan rambutnya di atas kepala.
Raut mukanya sayu mengenang kemelut hidupnya.
Norhana mengeluh dalam senyap sambil mengimbas kembali kenangan-kenangan yang dialaminya sejak empat tahun yang lalu.
Dari mula dia bertemu muka dengan seorang lelaki yang bernama Steve Hunter, sehinggalah penyatuan percintaan terlarang mereka yang membenihkan sebentuk nyawa yang lahir ke dunia ini.
Memang tidak dapat dinafi, indahnya saat hanyut bercinta.
Percantuman dua tubuh menjadi satu begitu sempurna sekali, tidak pernah dirasai seindah seperti itu dalam hidupnya.
Tetapi harga keindahan itu tinggi taruhannya.
Ianya ditaruhkan dengan harga maruah keluarganya.
Dan juga dengan nilai tergadainya sebuah perkahwinan.
Tetapi taruhan paling tinggi sekali ialah ianya di bayar dengan sebuah hati yang telah dilukainya.
Hati suaminya, Nasir.
Norhana masih ingat lagi raut wajah suaminya sewaktu dia melahirkan Aleya.
Sayu dia mengenangkan wajah lelaki yang tidak berdosa itu pada ketika itu.
Bukannya wajah seorang ayah yang bangga dengan kelahiran seorang puteri comel penyeri baru sebuah rumahtangga.
Tetapi wajah yang terluka kerana puteri yang dilahirkan bukan dari benih darah dagingnya sendiri.
Sejak dari itu, hubungan Norhana dan Nasir terus parah meninggalkan luka yang sangat mendalam.
Mungkin, luka yang telah ditoreh di hati suaminya itu tidak akan sembuh buat selama-lamanya.
Mengenangkan apa yang telah dilakukannya itu, adakah Norhana terasa menyesal kerana bertemu dengan Steve? Adakah dia menyesal kerana dia telah memilih jalan ini.
Adakah sepatutnya dia lebih pandai menjaga kehormatan diri daripada tidak dicintai oleh lelaki selain suaminya sendiri.
Tetapi adakah dia juga sepatutnya menidakkan kehendak hatinya sendiri dari belenggu hangatnya sebuah cinta yang dirasai dengan kehadiran lelaki baru itu di dalam hidupnya?Tetapi hendak mengenang perkara yang. telah berlaku tidak ada gunanya.
Norhana telah membuat pilihan.
Pilihan yang telah mengorbankan rumahtangga yang telah dibina bersama suaminya sendiri .
Tetapi yang lebih parah lagi ialah keputusan suaminya untuk memisahkan kedua-dua anak lelaki yang telah dilahirkan olehnya.
Pagi tadi Norhana bagun dari tidur yang nyaman.
Semalaman dia berada di dalam pelukan suaminya setelah mereka berdua melayari bahtera cinta bersama malam tadi.
Sangkanya keindahan itu kekal sampai ke pagi.
Sangkanya dosa-dosanya telah diampun suaminya dan kehidupannya telah kembali seperti sediakala.
Sayang sekali, pabila waktu pagi menjelang tiba, Norhana dapati dirinya keseorangan.
Sang suami tiada disisi.
Pada ketika itu barulah dia teringat, sentuhan Nasir malam tadi merupakan pembayaran nafkah terakhir dari suaminya.
Bukan itu sahaja kehilangan buat dirinya.
Suaminya Nasir telah menyuruhnya menjelaskan kepada kedua-dua anaknya sendiri kenapa dia selepas ini dia tidak akan menjadi ibu mereka lagi.
Arahan yang begitu berat buat seorang ibu kepada anak-anaknya sendiri.
Norhana sendiri masih tiada keberanian bersemuka menerangkan kenyataan yang memalukan darjatnya sebagai seorang ibu kepada dua anak lelakinya itu.
Dengan hati yang berat, Norhana bangun dari katil.
Kakinya melangkah perlahan ke bilik air.
Badan dimandi dan disabun dengan niat mengangkat hadas besar.
Kemudian dikeringkan dan dilap dengan tuala.
Sebelum baju kurung disarungkan ke badan.

Sumber:Internet