Gelap

Pertemuan Cinta Di Langkawi 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Pertemuan Cinta Di Langkawi 6

. Mata mereka bertemu.
Masa tiba-tiba seperti terhenti buat seketika.
Dunia menjadi senyap walaupun mereka dikelilingi oleh ratusan orang berpusu-pusu kesana kemari di dalam dewan tentera itu.
Di hadapan Norhana ialah seorang lelaki yang sedang melutut sebelah kaki.
Berkulit putih.
Kacak orangnya.
Tubuh badannya sederhana tegap.
Rambut berwarna hitam, kemas bersikat.
Anak mata berwarna hazel, dikelilingi dengan iris berwarna biru terang.
Raut mukanya manis disebalik senyumannya yang nipis.
Kulitnya cerah dari bangsa kaukasia.
Dia bertutur dengan loghat Bahasa Inggeris dari Amerika.
Memakai baju jumpsuit hijau dengan bendera Amerika Syarikat di lengan tangan.
Tidak berjanggut atau bermisai, muka bercukur licin selaras dengan imej seorang pegawai tentera.
Umur masih muda, sekitar dalam lewat 20an atau awal 30an.
Bauan wangi dari tubuhnya, pastinya memakai after shave yang berjenama.
Berbeza sekali pernampilan beliau berbanding dengan Norhana pada ketika itu.
Wajah kusut masai, sama seperti bajunya yang seperti sudah kusam akibat duduk lama di pesawat tentera udara pagi tadi.
Tudung tak terurus.
Anak-anak rambut terjurai keluar dari celah kain tudung.
Muka berkilat dengan peluh.
Di celah ketiaknya sudah nampak tompokan basah.
Tiada sebarang make-up pun di wajahnya.
ʻʻIʼm sorry to trouble youʼʼ kata Norhana dengan sopan.
Suaranya perlahan kedengaran.
Berbeza dengan suara yang dituturkan kepada rakan sekerjanya Sufinah menerusi telefon tadi, kasar dan penuh emosi.
Norhana kini telah kembali sedikit tenang dan tenteram tatkala kehadiran seorang lelaki budiman dengan penampilan yang begitu kemas sedang menolongnya.
ʻʻNo trouble at allʼʼ balas lelaki yang bertutur dalam loghat Amerika itu sambil menyusun rapi pula kotak-kotak di atas troli.
Setelah berpuas hati kesemua kotak-kotak disusun kemas, lelaki itu kemudian memandang Norhana semula, satu senyuman manis diberikan, ʻʻHere you go... Are you okay, maʼam?ʼʼʻʻYes... I... Iʼm fineʼʼ Norhana berkata sambil membalas senyuman lelaki tersebut.
Sejuk sedikit hatinya tatkala menerima senyuman dari seseorang.
Berbeza dengan pegawal keselamatan tadi yang asyik nak mencari kesalahan.
Norhana dan lelaki itu kemudian kembali berdiri dari posisi melutut tadi.
Tinggi lelaki Amerika itu.
Lebih kurang 5 kaki 10 inci lampainya.
Menyedari mukanya yang berkilat dibasahi peluh, Norhana yang sedikit malu dengan penampilannya yang kusam itu cuba untuk mencari tisu dari beg tangannya.
Tapi malangnya, tiada satu pek tisu pun ada di dalam beg tangannya.
Norhana terkocoh kocoh menyelongkar beg sendiri.
Titisan peluh sudah mula mengalir menitis dari hujung hidungnya.
ʻʻHereʼʼ kata lelaki itu, menghulurkan sehelai satu tangan putih yang berlipat kemas, ʻʻTake mineʼʼʻʻItʼs okayʼʼ kata Norhana sambil tersenyum menolak pelawaan lelaki itu.
Mukanya basah berkilat.
ʻʻIʼll try and get one from the shopsʼʼLelaki itu hanya tersenyum.
Tangan masih menghulurkan saputangan.
ʻʻPlease, take mine.
Youʼre literally drenchedʼʼBenar kata lelaki itu.
Penampilan Norhana agak menjengkelkan.
Cuaca panas membahang di waktu tengahari di Langkawi menyebabkan wajahnya berpeluh.
Malu penampilannya di hadapan lelaki itu.
Nak tak nak, Norhana mengambil juga saputangan putih itu dari tangan Steve.
ʻʻThank youʼʼ balas Norhana sambil mengelap peluh di muka.
Anak-anak rambut diselitkan masuk kembali ke dalam tudung kepala.
Lelaki itu memandang Norhana yang sedang mengelap peluh itu dengan penuh perhatian.
Hatinya sedikit risau, ʻʻYou sure youʼre okay?ʼʼ tanyanya perlahan.

Sumber:Internet