. Aku masih membaca surat yang kuterima itu, entah kali ke berapa pun aku tak tau, aku bukan tak tau kandungan surat itu, tapi yang menjadi aku risau ialah aku kena pergi bengkel itu berdua, dan orang itu ialah Cikgu Sham.
Bagaimana aku nak menjalani sesi itu, dua hari pulak tu.
Dah la aku dengan dia tak berapa nak ngam sejak peristiwa itu.
Walaupun pada mata kasar, aku nampak Cikgu Sham macam OK, tapi aku tak tau apa yang ada dalam hatinya.
Adakah dia masih marah dan bengang dengan aku.
Semuanya berlegar-legar di fikiranku, membuatkan aku buntu memikirkan.
Dia pulak macam OK, waktu terserempak bersembang, nampak macam OK.
Entah la, apa nak jadi, aku redha je la.
Yang aku pasti, surat itu juga ada diCC padanya juga.
Memang terang-terang Pengetua endose 'sila hadir' Sudah beberapa kali aku terserempak, dan bertegur sapa dengannya, tak nampak pun tanda-tanda dia masih marah, cuma dia seperti cuba mengelakkan diri dariku.
Masa di parking, elok je dia tegur sembang, pastu masa di rumah Cikgu Suriani, elok je dia sengih senyum bertegur sapa.
Aku tak tau apa yang berlaku sebenarnya.
Tapi, aku pegang pada kata-kata Cikgu Siti.
Aku yakin.
"TING!!"Kedengaran bunyi notification telefon, aku mencapai, aku buka dan aku hempas ke katil.
Geram, menyampah, marah, semua berkecamuk dalam fikiranku.
Tak abis-abis lagi, masih dia tak puas hati dengan aku.
Ada je nak bagi aku marah.
Aku istighfar panjang, aku tarik nafas panjang, aku duduk, aku tenangkan diri.
Biarlah anjing menyalak bukit.
Dia ingat aku tak tau, walaupun berbelas nombor telefon dia guna, tapi aku tau siapakah gerangan yang menghantar pesanan itu.
Nak kata gila talak, bukan begini caranya.
Ini kes lain, kes melepas geram, melepas dendam, melepas kemarahan pada aku, setelah apa yang berlaku ke atas hubungan kami.
Aku dijadikan tempat ammarahnya dilepaskan, kononnya apa yang berlaku adalah berpunca dari aku.
Dia masih tidak dapat menerima hakikat.
Biarlah dia, aku ikut kata Cikgu Siti, aku akur kata ibu bapaku, setakat kata-kata, voicenote dan text, tidak menjadi kudis, abaikan, dan delete.
Anggap sahaja seperti langau yang kelaparan, anggap sahaja seperti angin yang berlalu pergi.
Tak perlu aku nak ambil kisah dengan perbuatannya itu, asalkan dia tidak bertindak sehingga boleh mengancam keselamatanku, dan kerjayaku.
***************"Cikgu tegurku selepas selesai perhimpunan harian, sewaktu pelajar bergerak ke kelas masing-masing.
Aku memberanikan diri, aku harus mendapat kepastian.
"Ye Cikgu Bella" jawabnya menanti kata-kata aku seterusnya.
"Cikgu Sham dapat tak, surat, pi bengkel seni" tanyaku sedikit tergagap.
"Dapat" jawabnya sepatah.
"Kita kena pi dua" sambungnya lagi"Haaa, tu la, tapi kat surat tu dia ada suruh install apa dengan Photoshop" sambungku lagi"A'aa, sebab nanti kena belajaq guna benda tu""Saya tak dak benda tu dalam laptop" "Takpa, nanti saya install kan, bawak pi lab kalau free nanti" katanya lagi.
Sumber:Internet