. 5 tahun selepas Aku keluar dari perut kereta.
Mata yang memandang tidak aku endahkan.
Aku segera mendapatkan gerangan yang sudah lama tidak aku temui.
"Adik!" Aku tersenyum.
Maria lekas memelukku.
"Dah sampai?" soal Manja pula.
Aku mengangguk.
"Manisnya," puji Manja.
Selama lima tahun aku di negeri orang, ikatan persaudaraan aku dan kakak-kakaku semakin rapat, bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus.
"Ada apa ni?" tanya ku.
Melihat beberapa orang di dalan rumah buat aku tertanya-tanya.
"Ada majlis sikit," jawab Maria.
"Majlis apa?" Masing-masing diam sambil tersenyum.
Mereka mengajak aku duduk di sofa.
"Ini ke orangnya?" Perempuan separa baya menunjuk aku.
Maria hanya mengangguk.
"Apa ni?" tanya ku lagi.
"Adik, dah sampai masa," Maria menerangkan.
"Masa?" soalku.
"Ikat tali pertunangan," jawab Maria.
Aku terkejut.
Aku baru sampai sini terus kena tunang?"Siapa orangnya?" tanyaku.
"Adalah, orang yang adik tak akan tolak," jawab Maria lagi.
Aku diam.
Cincin belah rotan disarungkan ke jari manisku.
Melihat wajah perempuan yang menyarungkan cincin ini, tidak sampai hati aku ingin menolak.
Wajahnya kelihatan seronok.
Aku membayangkan wajah arwah ibuku.
Mesti dia juga gembira, kan? Seusai majlis, aku menghantar keluarga yang bakal menjadi keluarga mertuaku dengan pandangan mata.
"Siapa orangnya?" tanyaku lagi.
"Kita tak boleh bagi tahu," jawab Manja.
"Habis tu macam mana aku nak kahwin dengan orang yang aku tak tahu?" tanya aku lagi tak puas hati.
"Kau tahu, mungkin kau terlupa," jawab Manja.
"Siapa? Elhan? Tak mungkin!" aku berteka-teki sendiri.
Aku berehat di dalam bilik.
Rindu rasanya dengan suasana bilik ini.
Bilik ini yang dahulunya ruang aku melepaskan segala perasan ketika bergaduh dengan ibu dan ayahku, ketika aku putus cinta dengan Elhan, tak kurang juga aku melepaskan semua perasaan aku ketika kehilangan Qayyum.
Lima tahun aku berhijrah di negeri kawasan utara, menjadikan aku lebih tenang, tidak melatah dan lebih baik daripada dahulu.
Mungkin aku dikelilingi jiran yang baik-baik, pekerja yang baik-baik.
Oh! Aku juga membuka perniagaan jualan makanan kecil-kecilan.
Cukup aku mempunya empat pekerja yang boleh dipercayai, memberikan aku ruang untuk kembali ke tanah airku di selatan.
TOK! TOK! Pintu diketuk.
Aku membuka.
"Ada orang nak jumpa," Ujar Manja.
Aku siap siap membetulkan pakaianku dan mencapai tudungku, aku keluar.
Lelaki ini yang dahulunya kemas dan segak, kini menjadi sangat kusut.
Rambutnya yang panjang diikat, misai dan janggut yang tidak dicukur cukup membuat aku terkejut.
"Assalamualaikum," sapa aku.
Elhan memandang aku terkejut.
"Medina?" Aku mengangguk.
Elhan segera ingin memelukku.
Tetapi aku menghalang.
"Sorry," ujar Elhan.
Aku menggeleng tidak mengapa.
"Awak cantik sangat macam ni.
Banyak perubahan sepanjang lima tahun kan? Dah jaga aurat" Puji Elhan, aku tersenyum saja.
"Terima kasih,""Lima tahun menghilang, pergi mana?" tanya Elhan.
"Berhijrah di negeri orang," jawabku.
"Kenapa tak bagitahu saya? Saya datang esoknya selepas malam kita keluar tu, akak awak cakap awak dah tak ada.
Pergi mana semua dia orang tak bagitahu.
Kenapa? Kenapa nak larikan diri daripada saya?" bertubi-tubi soalan diberikan.
"Saya minta maaf," perlahan suaraku.
"Minta maaf je?" Soal Elhan tak puas hati.
Aku tersenyum.
"Saya minta maaf," Elhan mengusap rambutnya.
"So, sampai bila awak kat sini?" soal Elhan.
"Mungkin satu atau dua minggu," jawabku.
"So, dalam satu minggu ni, kita kahwin," ujar Elhan.
Matanya yang redup membuat aku serba salah.
"El saya.." aku mula tergagap.
"Kenapa? Awak tak ready lagi? Dah lima tahun awak tak ready lagi?" tanya Elhan.
"Bu.. bukan.
Bukan keluarga awak ke yang datang meminang saya?" tanyaku perlahan.
"Mana ada! Sekejap, jangan cakap awak.. awak dah ada orang yang masuk meminang," kedengaran suara Elhan yang agak kecewa.
Aku mengangguk.
"Kakak saya cakap orang yang meminang saya adalah orang yang saya tak akan tolak.
Jadi saya fikir awak.
Se.. sebab tu saya tak tolak," terang aku.
"Kalau betul keluarga saya, awak tak akan tolak? Bukan awak tak ada perasaan dekat saya?" Elhan mula berteka-teki.
"Perasaan tu masih ada.
Lima tahun saya jauh dengan awak, perasaan tu tak hilang, Elhan! Cuma saya fikir keluarga awak yang meminang saya tadi, ja.. jadi saya terima," ujarku perlahan.
"Awak dah jadi tunangan orang lain, tak apalah.
Mungkin awak bukan jodoh saya.
Terima kasih dan selamat tinggal, Medina," ujar Elhan perlahan.
Aku mula sebak.
Aku pulang ke sini sebab aku nak jumpa kau, Elhan! Jerit aku didalam hati.
..................... Hari ini hari perkahwinan aku, tidak ku sangka, ikatan pertunangan ini hanya memakan masa satu bulan.
Aku mula bersedih hati.
"Kenapa sedih ni?" tanya Maria.
Aku menggeleng.
"Dah cantik-cantik, sedih pula," Celah Manja.
Aku hanya tersenyum tawar.
"Siapa pengantin lelaki?" tanyaku.
Manja dan Maria hanya diam.
"Tak lama dah nak tahu siapa pengantin lelaki nya dik," Jawab Maria.
Aku mengangguk.
Entah lah, hati aku jadi gundah-gulana.
Seperti ingin lari dari majlis perkahwinan ini.
Sudahlah gerangannya tidak aku kenal, tempoh yang diberikan juga hanya sekejap.
Elhan? Setelah tempoh hari aku tidak lagi berjumpa dengannya.
Bukan kerana aku tak mahu, tetapi dengan status tunangan ini, menyekat keinginan aku.
Ahh! Aku mula berdebar.
Kompang yang berbunyi membuat aku lagi tidak senang duduk.
Aku dibawa keluar dan duduk di disaming kakak-kakakku.
Aku hanya menundukkan pandangan.
Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri seseorang.
Namun sepanjang akad nikah, aku tidak mampu memberi sepenuh perhatian.
Fikiranku mula melayang jauh.
Sudahnya aku tidak mendengar pun nama pengantin lelaki itu.
Aku menjeling kiri dan kananku seakan memberi ruang kepada pengantin lelaki untuk mendekati aku.
Aku merasakan ada seseorang yang duduk di hadapan aku.
"Assalamualaikum," ujar gerangan itu.
Aku hanya menundukkan pandangan.
"Saya nak sarung cincin ni," ujar gerangan itu lagi.
Aku mengangguk.
Aku meghulurkan jari aku.
Lelaki itu tergelak.
Dia menyarungkan cincin lalu mencium tanganku.
Aku yang terkejut segera mengangkat muka.
Aku terpana.
"Terima kasih kerana sudi menjadi suri hidup saya.
Saya janji akan jaga awak dan sayang awak sepenuh hati saya untuk seumur hidup saya," ujar lelaki itu.
Air mata mula mengalir, aku tersenyum melihat wajahnya.
Aku pantas memeluknya tanpa mempedulikan tetamu yang melihat.
"Terima kasih, saya janji saya akan setia dan sayang awak untuk seumur hidup saya.
Terima kasih sebab sudi terima segala baik buruk saya, Elhan!" ujarku.
Seperti mimpi! Elhan rupanya gerangan itu.
Pandai masing-masing menutup mulut.
Elhan tahu kisah silamku, Elhan tahu segala perbuatan kotor ku, namun Elhan juga yang sudi menerima ku.
Semoga ikatan ini tidak mampu dipisahkan selain mati.
TAMAT.
Sumber:Internet