Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Shah 9

. “Kau merepek apa ni?” Lisa menolak perlahan tubuh Shah.
Dia berasa kurang enak apabila melihat kesungguhan pada riak di wajah suaminya itu.
“I fall in love with you, Lis.
” “Since when?” “Sejak aku jabat tangan tok kadi.
” “Tipu!” “Okay, sejak kali pertama kita make love.
” “Nonsense!” Lisa ketawa.
Namun ada kejanggalan dalam tawa itu.
“Dah sampai masanya untuk kita bina rumahtangga yang normal macam orang lain Lis.
Sampai bila kita nak bergelumang dosa? Aku, Hafiz, kau dan Vee, sama-sama tau apa yang kita buat ni salah.
Okay, Vee non muslim.
Tapi aku yakin agama dia pun melarang perbuatan keji kita ni.
Bertahun-tahun kita hidup macam ni, pernah tak kau terfikir suati hari nanti Allah datangkan bala Dia kat negara kita ni.
Hanya disebabkan perbuatan segelintir manusia macam kita, satu Malaysia jadi mangsa.
Kalau kau masih hidup waktu tu, kau rasa kau boleh hidup dengan tenang tak?” Shah melepaskan tubuh Lisa dan bersandar di kepala katil.
Dia menghela nafas.
Berat.
Lisa ikut duduk bersandar di kepala katil.
Sebiji bantal dipeluk bagi menutup tubuhnya yang tidak berbaju.
“Shah, kita dah janji kan… Kau dah lupa ke, lepas aku lahirkan anak ni, kita bercerai?” “Aku tak pernah lupa, Lis.
Tapi lepas apa yang jadi pada aku sekarang ni, aku rasa Allah sebenarnya bagi petunjuk pada kita, untuk rumahtangga kita, Lis.
” “See… Aku dah agak.
Kau sebenarnya kecewa sebab Hafiz tinggalkan kau, kan? Kau bukannya jatuh cinta dengan aku.
Kau jadi macam ni sebab kau kecewa dengan apa yang Hafiz dah buat pada kau.
” “Lis, kerasnya hati kau.
Takkan kau tak rasa apa-apa tiap kali kita make love?” Lisa sekadar menggelengkan kepala.
“Kita sama-sama tau, apa yang kita buat semata-mata untuk buatkan aku pregnant.
” Berjaya juga dia memberi alasan.
“Just like that?” “Yeah, just like that.
" Ada getaran dalam nada suaranya.
“Bullshit…” “Aku sayang kau Shah.
Tapi, aku cintakan Vee.
Maaf, kata-kata kau tak mampu menjentik tangkai hati aku.
Tunaikan janji kau.
Lepas tiga bulan aku lahirkan anak kita, kau lafaz talak satu pada aku.
Ingat, itu janji kita.
” “Kalau betul kau kata apa yang kita buat selama ini semata-mata untuk buat kau pregnant, kenapa lepas kau dah pregnant, kita masih make love?” “Okay Shah, from now on,no more make love! Aku pindah bilik sebelah" Dia mencapai baby T dan menyarung ke tubuh.
Berura-ura untuk turun dari katil, namun tangan Shah terlebih dahulu meraih tangannya.
Diam.
Statik.
Bisu.
“I love you, Alisa Zafira.
” Terhenti degupan jantungnya saat ayat itu terlafaz dari bibir Shah.
Tak semena-mena ada air hangat mengalir di pipi.
“What took you so long to confess, Shah?” Dia menumbuk dada Shah perlahan.
“Since when, Lis?”
Sumber:Internet