Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 14

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 14

. Laila yang sedang menonton tv di ruang tamu terganggu bila dia terdengar bunyi bising di halaman rumah.
Kepalanya terjenguk-jenguk ke jendela.
Mungkin perasaan dia sahaja.
Dia kembali meneruskan tontonannya.
Tidak sampai seminit, kedengaran lagi bunyi bising di luar rumah.
Bergegas Laila bangun menuju ke jendela.
Matanya mengintai ke luar rumah.
Cuba mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.
Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 40 an terbongkok-bongkok di tepi pasu bunga mengadap ke pagar.
Seperti sedang mencari sesuatu.
Wajah lelaki itu terlindung dengan cap lusuh yang dipakainya.
Sukar untuk Laila mengenal pasti lelaki tersebut.
Dada Laila mula berdebar-debar.
Tidak pernah dia melihat lelaki itu dan apa yang lelaki itu buat di halaman rumah Tuan Mizan? Datang hantar 'barang' ke? Mungkin ada orang yang iri hati dengan kesenangan Tuan Mizan.
Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran Laila.
Tindak tanduk lelaki itu sangat mencurigakan.
Pantas Laila mencapai telefon bimbitnya.
Nama Tuan Mizan dicarinya.
Baru sahaja dia ingin menghubungi Tuan Mizan, jarinya terhenti bila dia terdengar bunyi pintu belakang rumah dibuka.
Setahunya, pintu belakang itu memang dia akan pastikan sentiasa berkunci.
Bagaimana mereka boleh buka?Laila memandang sekilas ke halaman rumah, lelaki itu masih ada di situ.
Dan siapa pula yang membuka pintu belakang?Peluh dingin mula merecik di dahi.
Dada yang berdebar semakin berdenyut kencang.
Remote tv dicapai lalu dimatikan.
Pantas Laila berlari masuk ke dalam biliknya dan pintu dikunci dari dalam.
Jarinya menggigil mendail nombor Tuan Mizan.
Ah masa nilah jarinya tidak memberi kerjasama.
Laila mundar mandi ke kiri dan kanan menunggu Tuan Mizan menjawab panggilannya.
"Ya Alla Angkatlah!" Rungut Laila.
Terasa begitu lama masa yang diambil untuk Tuan Mizan menjawab panggilannya.
"Ya Laila.
" Laila menarik nafas lega sebaik sahaja dia mendengar suara Tuan Mizan di hujung talian.
"Abang.
Abang, ada orang datang rumah.
" Ujar Laila separuh berbisik.
Jarinya digigit resah.
"Siapa yang datang?" Soal Tuan Mizan pelik.
Bukan dia pelik ada orang mencarinya di rumah tetapi pelik mendengar nada suara Laila yang separuh berbisik.
"Laila tak tahu.
Orang lelaki.
Dia ada kat depan rumah.
Lepas tu Laila dengar ada orang masuk ikut pintu belakang.
Laila takut.
" Sambung Laila.
Suaranya sudah serak ingin menangis.
"Laila kat mana sekarang ni?" Soal Tuan Mizan cemas.
"Laila sembunyi dalam bilik.
Laila dah kunci pintu.
Tapi Laila takut.
""Okay Laila duduk dalam bilik diam-diam.
Aku balik sekarang.
"Talian dimatikan.
Laila menggenggam telefonnya rapat ke dada.
Sekurang-kurangnya dia tahu Tuan Mizan dalam perjalanan pulang ke rumah.
Laila tersentak bila tiba-tiba tombol pintunya dipulas dari luar.
Pantas mulutnya ditutup dengan tangan agar tidak terlepas suara jeritannya.
Cepat-cepat Laila berlari dan duduk memeluk lutut di sebalik katil.
Air matanya yang bertakung dari tadi mula merembes keluar.
"Kunci.
" Sayup-sayup kedengaran suara di sebalik pintu.
Laila tersedu-sedu menyeka air hidung dan air mata.
Menanti kepulangan Tuan Mizan terasa sangat lambat.
Hampir setiap saat Laila melihat jam di telefonnya.
Di dalam hati tak henti-henti dia berdoa agar Tuan Mizan cepat sampai.
Hampir lima belas minit Laila berdiam diri di dalam bilik bila dia mendengar kekecohan di luar.
Hati yang tidak tenteram semakin berdegup kencang.
Matanya memandang ke pintu bilik tanpa berkelip.
Cuba bersiap sedia sekiranya ada yang berjaya menceroboh memasuki biliknya.

Sumber:Internet