Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 2

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 2

. Dari satu sudut ruang tamu, Laila hanya duduk memerhati tiga manusia yang sedang tersenyum girang.
Hari ini Salem pulang dengan membawa satu paper bag yang terdapat beberapa pasang pakaian baru.
Sudah semestinya pakaian itu adalah untuk Tiara.
Manakala Laila hanya akan mendapat baju-baju lama Tiara.
Walaupun begitu, Laila tetap rasa beruntung kerana dia tahu, selepas ini mesti Tiara akan memberikan beberapa pasang baju lama kepadanya.
Ini bermakna koleksinya juga bertambah.
Laila sentiasa mengkagumi kakaknya, Tiara.
Dia sering berangan-angan ingin menjadi hebat dan secantik kakaknya.
Ya, Tiara sentiasa pandai bergaya dan melaram.
Malahan dia tercalon dalam kalangan gadis cantik di kampung mereka.
Nama Tiara sentiasa meniti di bibir anak-anak muda.
Tidak ketinggalan juga para ibu bapa yang ingin bermenantukan Tiara.
Itu yang membuatkan Salem dan Hajar semakin berbangga dengan Tiara.
Tetapi tiada satu pun anak muda kampung tersebut yang menarik perhatian Salem dan Hajar.
Bagi mereka, orang miskin dan berkerja biasa-biasa tidak layak untuk Tiara.
Tiara harus dijodohkan dengan orang yang memiliki pendapatan yang kukuh agar anak mereka senang kelak.
Pada usia 19 tahun, Tiara melanjutkan pelajaran ke universiti awam di dalam Malaysia.
Itu pun dengan syarat universiti itu mesti dekat dengan rumah mereka agar senang untuk Tiara ulang-alik dari rumah dan mudah untuk Salem dan Hajar memantau gerak-geri Tiara.
Mungkin Tiara harus mencari jodoh di luar sana oleh itu, dia harus diberikan pendidikan yang sewajarnya.
Manakala Laila hanya duduk di rumah.
Walaupun keputusan SPM Laila agak memberangsangkan, tetapi dia tidak dibenarkan untuk sambung pelajaran kerena kos yang mahal.
Mereka hanya mampu menampung Tiara seorang sahaja.
Laila tersenyum melihat Tiara yang ketawa girang sambil menggayakan baju baru yang dibeli Salem.
Ya dia akui kakaknya memang cantik.
Walaupun Laila bukanlah anak kesayangan tapi tidak pernah Salem atau Hajar mengasarinya.
Cuma segala perhatian diberikan kepada Tiara.
"Nanti boleh la Tiara pakai baju baru ni pergi kelas.
" Ujar Tiara girang.
"Boleh, abah memang beli untuk kamu pakai la..  Takkan nak suruh mak kamu pakai, buang tebiat orang tengok nanti.
" Seloroh Salem.
"Abang ni..." Hajar memukul lengan Salem manja.
Wajahnya tersenyum melihat Tiara yang bergembira.
"Assalamualaikum.
" Kedengaran suara salam dari halaman rumah.
Hajar dan Salem berpandangan sebelum menjawab salam.
Siapa pulak yang datang rumah mereka petang ni?Salem bangun lalu menapak ke pintu hadapan rumah.
Matanya memandang beberapa orang yang berdiri di halaman rumahnya sambil tersenyum ramah.
Matanya memandang wajah satu persatu, lengkap dengan satu dulang hantaran di tangan.
"Kami datang membawa hajat.
" Ujar lelaki yang berkopiah putih.
Nampaknya dialah yang mejadi ketua rombongan kecil itu.
Salem memandang ke dalam rumah.
Tangannya memberi insyarat agak anak-anak gadisnya masuk ke bilik masing-masing.
Cepat-cepat Hajar mengemas paper bag dan menolak anak-anaknya masuk ke dalam bilik.
"Jemputlah naik.
" Pelawa Salem.
Hajar yang baru keluar dari bilik, melemparkan senyuman kepada tetamu.
Dalam hatinya, dia mengira bilangan tetamu.
Sampai lima orang, ramainya.
Pelik pulak tiba-tiba rumah mereka dikunjungi tetamu seramai itu.
Tetapi disalamnya tetamu yang hadir.
Lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Salem.
"Apa hajatnya yang kamu semua datang ke mari?" Ujar Salem.
Dadanya berdetak-detak seperti dapat mengagak apa hajat tersebut.
"Saya perkenalkan diri dahulu.
Saya Karim dan kami datang ke sini membawa hajat orang lain untuk merisik puteri kamu.
" Ujar lelaki berkopiah.

Sumber:Internet