Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 28

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 28

. Sejak dari peristiwa hari tu, Laila sudah jarang ke rumah Hajar.
Bila ditanya, ada saja alasan yang diberikan.
Biarlah dia menghabiskan masanya di rumah Tuan Mizan sahaja.
Tuan Mizan pula tidak bertanya lebih mengenai keputusannya.
Sesekali saja dia akan mengikut Tuan Mizan melakukan urusan kerja.
Itu pun kalau sanggup menadah telinga menahan usikan daripada pekerja-perkerjanya.
Laila membelek novel-novel yang tersusun rapi di dalam bilik Tasya.
Masa yang terluang di rumah banyak dihabiskan dengan membaca novel.
Dalam banyak-banyak novel di situ, dia tertarik dengan karya penulisan dari ANJELL.
Novel itu dicapai lalu dia melangkah menghampiri Tuan Mizan yang sedang duduk menonton televisyen.
Punggungnya dilabuhkan seraya membuka halaman yang pertama.
Jalan cerita yang dikarang berjaya membuatkan dia hanyut dalam dunia fantasi yang indah.
Semuanya manis-manis sehinggakan dia terlupa pada garis waktu di dunia nyata.
"Laila...." Mata Laila masih tertumpu pada dada novel.
"Laila.
" Tuan Mizan menyeru nama Laila sekali lagi.
Tetapi masih tiada respond daripada Laila.
"Laila...." Tuan Mizan menarik novel di tangan Laila.
Laila yang sedikit tersentak, memandang wajah Tuan Mizan yang hanya beberapa inci dari wajahnya.
"Seronok sangat ke novel ni sampai aku panggil pun tak dengar?""Maaf.
Laila tak perasan pula.
Kenapa abang panggil Laila?" Laila membetulkan duduknya di atas kerusi.
Tuan Mizan membaca tajuk novel, "Dia Tetap Sempurna.
Hero dalam cerita ni handsome ke?"Laila tersenyum lebar.
Sudahlah hatinya berbunga-bunga membaca novel itu, ditambah pula dengan soalan comel Tuan Mizan, semakin lebar senyumannya.
"Manalah Laila tahu.
Dalam tu tak ada gambar muka hero atau heroin.
Semuanya pakai imaginasi pembaca sendiri.
"Tuan Mizan merenung wajah Laila.
"Jadi Laila imaging dia handsome ke?"Terkulat-kulat Laila ingin menjawab soalan Tuan Mizan.
Matanya terkebil-kebil ingin menyusun kata.
Kalau dikata handsome, apa pula suaminya itu akan fikirkan.
Kalau dikata tidak handsome, nampak sangat dia menipu.
"Handsome?" Tanya Tuan Mizan lagi sekali.
"Abang panggil Laila tadi kenapa?" Laila sengaja mengubah topik.
"Handsome la tu sampai aku kat depan ni pun Laila tak pandang.
" Suara Tuan Mizan seakan berjauh hati.
Laila ketawa kecil.
"Ya Allah abang ni.
Dengan novel pun nak jealous.
Itu buku je.
Bukannya betul pun.
Lagi pun hero tu mestilah berganding dengan heroin dia yang cantik macam anak raja.
Takkan la nak digandingkan dengan Laila yang selekeh ni.
Apalah abang ni.
" "Aku tengok Laila tak selekeh pun.
""Bagi sini balik buku tu.
" Dia cuba mengambil semula novel itu di tangan Tuan Mizan.
"Siapa cakap Laila boleh sambung baca buku ni.
" Tuan Mizan sengaja mengelak memberikan novel tersebut.
"Kenapa pulak Laila tak boleh nak baca?" Dahi Laila berkerut.
"Apa kata Laila tengok aku pula?" Ujar Tuan Mizan bersahaja.
"Ha?""Tak faham atau pura-pura tak faham?""Apa abang ni.
" Laila mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen, berpura-pura menonton telvisyen.
Walhal dia tak tahu pun cerita apa yang ditayangkan sejak tadi kerana sibuk membaca novel.

Sumber:Internet