Gelap

Sunti Untuk Tuan Mizan 40

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Sunti Untuk Tuan Mizan 40

. Sepanjang perjalanan pulang ke Bukit Gambir, semua orang diam melayan perasaan.
Tasya yang biasanya bermulut kepoh turut diam tidak bercakap.
Telinganya disumbat earphones kiri dan kanan.
Laila pula banyak termenung memandang ke luar tingkap.
Sampai saja di rumah, Laila terus merebahkan diri di dalam bilik tidurnya.
Matanya dipejam untuk tidur.
Dia tidak ada mood untuk melakukan apa-apa pun pada saat itu.
Kalau boleh, dia ingin tidur sehingga esok supaya otaknya berhenti berfikir.
Tuan Mizan hanya menjadi pemerhati.
Laila dibiarkan berehat.
Mungkin isterinya itu penat berjalan jauh.
"Ayah, Tasya nak kena gerak balik kolej dulu.
Tiba-tiba je kena handover assignment ni.
" Tasya menghampiri Tuan Mizan yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"La... tiba-tiba je.
Tasya boleh drive tak tu? Tak penat ke baru sampai dah nak gerak balik kolej?""Tasya okey je ni.
Nak buat macam mana, assignment berkumpulan.
  Memang kena munculkan diri la.
Nanti Tasya dah sampai sana, Tasya akan whatsapp ayah.
""Tasya dah salam dengan mama? Mama ada kat dalam bilik.
""Belum.
Tapi tak apalah.
Biarlah mama rehat dalam bilik.
Tasya tak nak ganggu mama.
Mesti mama penat tu.
""Yelah.
Hati-hati bawak kereta tu.
Jangan nak merempit kiri kanan.
"Tasya ketawa kecil.
"Tasya pergi dulu, ayah.
" Tangan Tuan Mizan disalam dan diciumnya sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta Axianya.
Enjin dihidupkan.
Perlahan-lahan kereta itu bergerak keluar dari pekarangan rumah Tuan Mizan.
***************Seharian Laila memerap di dalam bilik tidur sebaik sahaja mereka sampai di Bukit Gambir.
Keluar pun hanya untuk makan.
Itu pun makan hanya beberapa suap saja yang dia mampu telan kemudian ditolak dengan alasan sudah kenyang.
Tuan Mizan sendiri pelik melihat perangai Laila yang diam tidak banyak bercakap.
Tidak tahu apa yang tidak kena dengan Laila.
Bila ditanya, hanya okey saja jawapan Laila.
Rokok yang dikepit antara dua jari, disedut dalam-dalam kemudian dihembuskan asap putih berkepul-kepul memenuhi ruang tamu.
Entah batang yang ke berapa dicucuhnya petang itu.
Ligat otak Tuan Mizan berfikir apa yang tidak kena sepanjang percutian mereka tetapi dia tetap tidak jumpa puncanya.
Apa yang dia boleh andaikan, mungkin Laila moody kerana datang bulan.
Tuan Mizan memandang ke pintu bilik tidur bila telinganya mendengar pintu bilik tersebut dibuka.
"Maaf, Laila lupa nak basuh baju.
" Ujar Laila bersama bakul baju kotor di tangannya.
"Tak apalah Laila.
Penat berjalan jauh.
Esok pun boleh basuh lagi.
Bukannya tak ada baju lain nak pakai.
" Cepat-cepat Tuan Mizan menenyeh putung rokok yang masih berbaki separuh ke dalam astray.
"Ta"Tak ada tapi-tapi.
Ini bukan drama melayu nak tapi-tapi.
" Tuan Mizan bingkas bangun menghampiri Laila.
Bakul baju kotor di tangan Laila di ambilnya.
"Hari ni Laila tak ada buat apa-apa pun.
Biarlah Laila buat kerja rumah.
" Laila cuba menarik bakul baju tersebut kembali.
"Tak boleh.
Dah petang pun.
Bukannya kering baju ni nanti.
Esok jelah basuh.
" Tuan Mizan berlalu ke dapur dengan bakul kain tersebut lalu diletakkan di hadapan mesin basuh.
Laila hanya mengekori langkah Tuan Mizan.
Ada benarnya apa yang dicakap oleh Tuan Mizan.
Tapi dia mahu melakukan sesuatu.
Sebab dia sedar, seharian ini dia hanya berkurung di dalam bilik.
Dia tidak boleh terus berperangai begini.
Fikirannya perlu dialihkan dari berfikir perkara yang tidak menyeronokkan.

Sumber:Internet