. Arif sudah nyenyak tidur di damping Safa.
Safa perlahan-lahan bangkit Dari katil.
Telefon bimbitnya dicapai.
Nombor kakaknya, Suha di dial.
"Kak.
Adik... Esok harinya, kak!" Berderai air mata Safa saat dia menceritakan kisah itu kepada Suha.
Namun, lebih mengejutkan apabila kakaknya ketawa terbahak-bahak.
"Safa Safiyyah.. Apalah yang nak di sedihkan sangat? Esok tu Safa bersanding dengan Arif je.. Kan dulu kahwin tak sempat ada majlis?" Tangisan Safa terhenti mendengar ayat yang terlepas di mulut kakaknya.
"Huh? Safa Dan Arif?" Safa mengurut belakang tengkuknya.
"Yalah.. Eh? Safa tak tahu ke? Kakak bocor rahsia? Eh... Ciao!" Suha terus memutuskan talian.
"Arif kenakan aku????" Safa memandang sekujur tubuh yang nyenyak tidur itu.
Dia menangis bagai nak rak memikirkan Arif akan berkahwin tapi hakikatnya dia sendiri akan 'dikahwinkan' dengan Arif.
Satu senyuman terbit di bibir Safa.
_____________ Safa menyediakan sarapan pagi, seperti kebiasaan hari.
Arif mengendong Sharif yang baru sahaja mandi.
"Sayang, around 2 kita pergi, ya?" Safa tersenyum manis, "Okay, b!" Penuh semangat sungguh Safa sehingga membuatkan Arif hairan.
"You look happy.
Tak sedih lagi ke nak jumpa isteri baru I? Madu awak?" Arif memandang Safa, menanti reaksi daripada isterinya itu.
"Saya minta izin awak, boleh? Kalau awak boleh kahwin lain... Saya pun nak kahwin lain.
If you know what I mean.." Riak wajah Arif berubah seratus peratus.
"No! Awak isteri saya, sampai bila-bila.
There's no way awak nak kahwin dengan orang lain.
" Tegas Arif.
"Awak boleh kahwin lain?" Safa masih menguji.
Arif terdiam sebentar.
"Er.. Um.. Saya lain.
" "Apa yang lainnya?" Safa masih menyoal.
"Saya lelaki.. Awak perempuan.. Kan, Sharif?" Safa tersenyum mengejek memandang suaminya.
"I know your plans for today.
Happy three years anniversary, sayang!" Safa memeluk dan mencium pipi Arif.
"Happy three years anni, my love.
" Arif meraih tangan Safa Dan diciumnya penuh kasih.
"And.... I'm busted! Who told you about my plans?" Safa tersenyum manis.
"Adalah.." Arif ketawa kecil.
"Be prepared for what happened after the reception!" Satu senyuman nakal terbit di bibir Arif.
"Kenapa?" Soal Safa penuh blur.
"Sharif mesti nak adikkan? Takpa, malam ni mama Dan papa usaha ya?" Arif mencium pipi tembam Sharif.
"Eee, gatal!" Kata Safa lalu meninggalkan Arif yang sudah ketawa suka.
Sumber:Internet