Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 11

. Tidak tahu menahu tentang perancangan yang telah dibuat oleh suaminya, Azura mengikut sahaja Haikal, kononnya untuk menolong beliau mencari sepasang baju kurung untuk Humaira.
Mereka berdua jalan beriringan dari satu butik ke satu butik.
Pada mulanya Azura memilih baju kurung kain biasa untuk Humaira, dengan harga yang berpatutan dengan apa yang selalu dibeli untuk diri sendiri.
Tetapi setelah melihat kualiti kain yang dipilih Azura, Haikal mencadangkan Azura menunjukkannya pula butik yang menjual busana-busana yang lebih terkemuka.
ʻʻTak pe, Zura.
Kalau Zura nak tahu, akak awak tu level mak-mak datinʼʼ kata Haikal sambil membuat lawak, ʻʻApa kata kalau kita pergi tengok butik yang lain?ʼʼ kata Haikal sambil meletakkan semula baju yang dipilih Azura tadi.
ʻʻOkayyʼʼ kata Azura mengangguk setuju, sedikit berasa malu.
Azura hanya tersenyum.
ʻʻZura tahu nak bawak Abang ke mana.
Butik yang high standard lagi kan? butik selebriti memang sesuai dengan kak HumairaʼʼAzura kemudian membawa Haikal ke butik yang lebih mewah.
Sejujurnya tidak pernah dia masuk ke dalam butik seperti ini.
Sebelum ini, dia hanya dapat berangan sambil melihat baju-baju yang cantik dan mahal dari luar butik sahaja.
Setiap kali dia nak masuk, mesti ada jurujual yang memberi tekanan kepadanya.
Tidak mahu nampak macam dia hanya di situ tetapi tidak membeli, Azura hanya melayan keinginan diri dengan hanya memandang dari luar.
Tetapi pada hari ini, dia dan Haikal masuk melangkah ke dalam butik yang sangat-sangat diimpikannya itu.
Seorang gadis jurujual berumur dalam lingkungan awal 20-an menyambut mereka.
Haikal mengatakan kepada jurujual tersebut yang dia ingin membeli busana yang terkini.
Jurujual tersebut dengan riang membawa mereka berdua masuk ke dalam galeri butik di mana pelbagai busana digantung di dalam almari kaca yang bercahaya.
Pelbagai baju kurung berkain sutera yang cantik-cantik ditayangkan di dalam galeri itu.
Azura teruja melihat baju-baju yang begitu menawan sekali.
Haikal dan Azura kemudian berjalan beriringan di dalam butik Fazura.
Siapa yang tak kenal Fazura.
Namanya saja dah menunjukkan status butik tersebut.
Salah satu dari baju yang menambat mata Azura ialah baju kurung moden berwarna biru bermotifkan awan larat hijau dan disulami tekap benang emas dan perak.
Selalu Azura hanya dapat melihat baju itu dari jauh di sebalik cermin kedai.
Pada hari ini dia dapat melihatnya dengan dekat.
Tetapi Azura hanya dapat menelan air liur.
Label di sebelah baju tersebut menunjukkan harga lapan ratus ringgit.
Harga yang tidak masuk akal untuk dia membelinya untuk diri sendiri.
ʻʻZura rasa kain yang jenis pure silk ada tak?ʼʼ tanya Haikal sambil mengikut Azura menelek-nelek baju kurung yang tergantung itu.
ʻʻAbang Haikal.
Kalau pure silk ni, mahal tauʼʼ kata Azura sedikit menelan air liur sendiri.
Baru dia sedar, baju-baju yang dipilihnya di butik tadi walaupun dah mahal, tetapi Haikal mahukan yang lebih istimewa untuk insan tersayang.
Haikal perasan Azura terpandang-pandang baju biru itu beberapa kali.
Haikal hanya tersenyum sambil mengambil baju itu dari showcase butik tersebut.
ʻʻAzura.
Abang rasa you ni lebih kurang sama tinggi dengan Kak Humaira kan? Apa kata you pakai baju ni, Abang nak tengok?ʼʼ cadang HaikalAzura tersipu malu.
ʻʻTa warna kulit Zura tak secerah kak Myraʼʼ katanya sambil menunduk.
ʻʻTakut nanti tak sama bila Zura pakai nantiʼʼʻʻDonʼt be silly.
Body Zura sama macam body Kak Humaira.
Now masuk fitting room pakai baju ni.
Abang nak tengok okayy?ʼʼ tegas Haikal.
Azura memegang tudung bawal berwarna kelabu yang dipakainya.
Agak tak serasi tudung ringkas itu berbanding baju yang cantik.
Jauh panggang dari api bila dibandingkan dengan baju kurung moden itu.

Sumber:Internet