. Dengan serta merta Haikal bertolak ke Perlis memandu Range Rover Sport milik syarikat bapa mentuanya.
Setibanya di sana, Haikal terus check-in di Putra Regency Perlis.
Haikal tidak memberitahu Aiman pun tentang kedatangannya ke Perlis itu, kerana dia sebenarnya mempunyai perancangan untuk menemui isteri sahabatnya itu dahulu.
Kesempatan dapat ke Perlis tanpa Humaira lebih menguatkan lagi hasrat dan impiannya itu.
Walaupun menaiki kereta Range Rover yang selesa, perjalanan ke Perlis dari Kuala Lumpur memakan masa lapan jam, termasuklah dua kali berhenti di R&R.
Akibatnya Haikal kepenatan tatkala dia tiba.
Sampai sahaja di dalam bilik hotelnya, Haikal terus terbaring merebahkan diri di atas katil.
Hari itu berlalu begitu pantas dan di akhiri dengan tidur yang lena secara sendirian dalam bilik hotel itu.
Haikal tersedar semula pada jam 6.
45 pagi.
Dia bingkas bangun dan menukar pakaiannya untuk berjoging.
Kereta dipandu ke hospital.
Di dalam kepalanya berharap dia akan terjumpa dengan Azura nanti.
Setelah keretanya di parkir, Haikal keluar meninjau-ninjau sekeliling.
Kelibat yang ingin dicarinya tidak kelihatan.
Mungkin Azura belum lagi masuk kerja.
Setelah bertanyakan kepada beberapa pengunjung hospital, akhirnya Haikal mula berlari anak ke Denai Larian Pengkalan Asam yang letaknya tidak jauh dari hospital itu.
Track joging itu, merupakan tempat tumpuan sebahagian rakyat Perlis yang suka beriadah samada pada waktu pagi ataupun waktu petang.
Haikal memulakan lariannya dengan selesa sambil menyedut udara nyaman yang masih kurang tercemar di waktu itu.
Sedang asyik berjoging, Haikal terpandang seorang wanita seperti dikenalinya.
Sangkanya itu Azura.
Dia mempercepatkan sedikit langkahnya untuk mengejar wanita tersebut.
Namun, langkahnya terhenti dan wanita tersebut terus hilang dari pandangannya.
Tanpa disedarinya, tubuhnya tiba-tiba hilang imbangan.
Haikal rebah jatuh ke atas jalan.
ʻʻEh! Encik ok?ʼʼ terdengar satu suara yang meluru ke arah Haikal setelah melihat lelaki itu rebah jatuh tiba-tiba.
Haikal terasa kakinya sangat sakit dek kerana tersilap langkah dan tidak memberi tumpuan semasa berjoging tadi.
Dia cuba bangun tetapi tidak berdaya.
Mujurlah beberapa orang pemuda datang membantunya agar dapat duduk di tempat yang lebih selamat.
ʻʻEncik boleh bangun?ʼʼ tanya salah seorang pengunjung di situ.
ʻʻTakkʼʼ kata Haikal menggeleng kepala.
ʻʻSaya tak tahu kenapa kaki saya tiba-tiba jadi macam niʼʼLelaki itu melihat keadaan kaki kiri Haikal.
Ianya merah bengkak.
ʻʻRasanya, muscle injury ni, Encikʼʼ katanya membuat penilaian.
ʻʻTapi apa kata kita pergi hospital buat full check-up.
Takut kalau-kalau affect tulangʼʼHaikal yang sedang menahan kesakitan itu mengangguk setuju.
Lelaki itu tadi membantu Haikal masuk ke dalam teksi dan menemannya ke hospital.
Tibanya di sana, Haikal membayar tambang teksi dan menghulurkan nota RM50 kepada lelaki itu tanda terima kasih.
Tetapi lelaki itu hanya tersenyum menolaknya.
ʻʻTak pe, cik.
Saya tolong ikhlasʼʼ katanya sambil tersenyum.
ʻʻTerima kasihʼʼ balas Haikal kepada lelaki itu.
Haikal dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Kangar.
Haikal terus diberi rawatan oleh doktor yang bertugas, dan sejurus selepas itu dia di bawa ke Jabatan Radiologi untuk membuat X-ray.
Hasil pemeriksaan itu, tiada tulang yang patah.
Hanya terdapat kerosakan pada ligamen di kawasan buku lali Haikal.
Haikal hanya ditahan di wad kecemasan sementara petugas kesihatan daripada Jabatan Ortopedik datang memberi rawatan kepadanya.
Kakinya hanya diletakkan splint sahaja pada bahagian belakang kakinya sebelum dibalut dengan bandage.
Sumber:Internet