. ʻʻMyra, macam mana dengan project proposal Myra dekat Perlis tu?ʼʼ tanya Tan Sri Johari kepada anaknya.
ʻʻSo far looking good, Papa.
Karl dah ada dekat sana dua hari lepas untuk survey kawasan.
Myra akan fly besokʼʼ balas Humaira.
ʻʻOkay... Karl ada kawan dekat sana kan?ʼʼ tanya Johari.
ʻʻYup.
Aiman namanya.
Kawan sekolah Karl dulu.
Aiman ada tanah FELDA empat setengah hektar.
Dia dah covert jadi dusun buah-buahan.
Myra nak pergi tengok kalau tanah dia sesuai untuk buat homestay kitaʼʼʻʻGood.
Apa-apapun keep me updatedʼʼ balas Johari.
ʻʻWill do, PapaʼʼMasih terngiang-ngiang kata bapanya yang tersimpan dalam memori dalaman Humaira.
Hasrat bapanya itu telahpun disampaikan kepada suaminya, Haikal.
Namun, terdapat beberapa dokumen dan kertas kerja yang masih perlu Humaira selesaikan dahulu di pejabat itu sebelum dia dapat bertolak ke Perlis.
Mujurlah Haikal bersetuju untuk ke sana terlebih dahulu lebih awal daripadanya.
Antara bersyukur dan ragu-ragu dengan persetujuan suaminya itu, Humaira malas untuk memikirkannya lebih mendalam.
Semasa sedang mengemas pakaian yang hendak dibawa, Humaira sempat membelek-belek baju kurung yang telah dibelinya bersama Aiman tempohari.
Humaira masih teringat, ketika Haikal pertama kali nampak baju-baju kurung yang telah dibelinya itu, suaminya langsung tidak bertanyakan kepadanya tentang baju tersebut.
Humaira hanya dapat melihat Haikal tersenyum seorang diri.
Sejujurnya Humaira tidak tahu pun semua itu adalah satu rencana yang telah dirancang oleh suaminya sendiri.
Humaira terus melangkah masuk ke bilik mandi.
Pagi itu, dia mandi junub walaupun suami tidak ada tidur bersamanya malam tadi.
Humaira telah lama tidak melakukannya seorang diri.
Sejak dia bertemu dengan Aiman, satu perasaan yang tidak pernah dirasainya menusuk ke dalam diri.
Humaira pun keliru, entah mengapa dia melakukannya.
Dia sendiri tidak memahaminya.
Apa yang pasti, dua malam dia telah tidur tanpa Haikal di sisi.
Dan pada ketika itu, dia berasa aman.
Berasa tenang.
Dan pada ketika itu jugalah dia melayan dirinya tatkala teringatkan Aiman.
Pada waktu yang sama, terdetik di dalam hati Humaira untuk berubah.
Sejak tiga minggu mengenali Aiman, Humaira sudah mula membeli dan membaca buku-buku tentang moral dan tingkah laku.
Buku-buku yang dapat memberi motivasi kepadanya untuk berubah.
Kehidupan ala barat yang telah menjadi amalannya sekian lama harus dia tinggalkan.
Humaira bertekad untuk berubah.
Sebaik Humaira melangkah keluar bilik, satu panggilan video dari Haikal diterima.
Humaira terus sahaja menjawab panggilan suaminya itu.
Tubuh Humaira yang hanya berkemban dada seperti biasa menjadi tatapan suaminya.
Namun, hanya seketika sahaja mata Haikal terpaku melihat keayuan isterinya kerana Haikal sendiri seakan telah mempunyai gadis yang lebih ayu daripada isterinya.
Haikal juga sudahpun dapat bersua muka dengan kekasih bayangannya itu.
ʻʻMorning, Karl.
Howʼs Perlis?ʼʼ tanya Humaira yang sedang duduk di meja soleknya sambil menyisir rambutnya yang basah.
Dikeluarkan juga alat pengering rambut bagi tujuan yang sama.
Telefonnya diletakkan di hadapan agar panggilan video bersama suaminya dapat diteruskan.
ʻʻMacam tu lah, Myra.
Panas terik jer dekat siniʼʼ balas Haikal.
ʻʻBy the way... I dah jumpa homestay untuk you duduk bila you sampai nanti.
Rumah kampung, dinding kayu, tapi fully air conditionedʼʼ ʻʻThatʼs good.
I dah book flight besok pagi.
Iʼll text you my fight details.
My Mercedes dah ready dekat airport?ʼʼʻʻDah, sweetheart.
Driver dah hantar Mercedes you dekat sanaʼʼʻʻKarlʼʼʻʻYes, Myra?ʼʼʻʻYou... dah jumpa Aiman?ʼʼ tanya Humaira, dadanya terasa berdebar-debar setiap kali dia menyebut nama lelaki itu.
Sumber:Internet