Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 3

. ʻʻTuan Datoʼ nak jumpa tuan di bilik dia sekarang.
ʼʼ beritahu pembantu peribadi kepada pemilik JOFIZA Holdings yang terkemuka di Pulau Mutiara kepada Ketua Akauntan syarikat tersebut.
Pembantu peribadi Datoʼ Johari menutup kembali pintu bilik Ketua Akauntan itu sebaik sahaja Hussein menganggukkan kepalanya.
Hussein yang sedang menyediakan Laporan Kewangan Tahunan Syarikat itu segera menghentikan ketukan jarinya di papan kekunci.
Terus bangun melangkah ke bilik majikannya.
Kelihatan raut mukanya sedikit berkerut memikirkan apa pula kehendak majikannya itu kali ini.
Tok!... Tok!... Tok!... ʻʻMasuk!ʼʼ terdengar suara mengarahkan Hussein yang mengetuk pintu untuk masuk ke dalam.
Hussein melangkah menghampiri meja kerja Datoʼ Johari sebaik menutup kembali pintu.
Raut wajahnya masih kelihatan sedikit resah apabila melihat Datoʼ Johari sedang berdiri di dinding kaca pejabatnya sambil merenung keluar.
Pasti ada sesuatu yang sedang bergolak di dalam fikiran majikannya itu.
Jika tidak, Datoʼ Johari akan duduk di kerusinya dan memberikan arahan yang berkaitan dengan tugasannya.
Hussein masih berdiri sambil terus memerhati dan menanti apa yang ingin dikatakan oleh majikan yang juga sahabatnya itu.
Hussein sangat mengenali sahabatnya itu kerana mereka telah lama berkawan sejak mereka di dalam Felda lagi.
Dia juga telah mengenali majikannya daripada seorang pemilik resort sehinggalah usahawan itu bergelar jutawan.
Perniagaan Datoʼ Johari terus berkembang setelah menceburi bidang hartanah dan juga pengangkutan, dan dia masih setia berkhidmat dengan sahabatnya itu.
Setelah sekian lama, sahabatnya masih berdiam diri.
Hussein melangkah menghampiri Johari.
Dipeluk bahu Johari setelah difikirkan sahabatnya itu sedang bercelaru antara masalah kerja dan masalah peribadi.
Di saat itu, Hussein ingin menjadi seorang sahabat dan bukannya sebagai seorang pekerja.
ʻʻAre you okay Joe?... anythings can I help you?ʼʼ soal Hussein sambil turut serta merenung ke arah renungan Johari.
ʻʻEntah laa Ac Aku ada a few jobs to do.
Dan... Aku amat berharap dengan kau.
ʼʼ balas Johari tanpa menoleh ke arah Hussein.
ʻʻAnything, my friend... Iʼll do it for you... ʼʼ balas Hussein sambil melangkah ke arah sofa agar mereka berdua lebih mudah berbincang tentang apa yang ada dalam fikiran Johari.
Johari ke meja kerjanya lalu menekan butang di interkom.
Setelah arahan diberi, Johari turut melangkah mengikuti sahabatnya, mengerti tujuan Hussein ke situ.
Dia duduk berhadapan dengan Hussein sambil bersandar dan menyilangkan kakinya.
Hussein terus memandang Johari dan berharap sahabatnya itu dapat meluahkan apa yang terpendam.
Namun, Johari masih kekal berdiam diri.
Tidak lama kemudian, personal assistantnya melangkah masuk sambil membawa dulang berisi dua cawan dan sebuah teko.
Dengan penuh hormat, air kopi kaw dituangkan ke dalam cawan.
Setelah tugasnya itu selesai, si pembantu peribadi itu meminta izin untuk keluar menyambung tugasannya yang lain.
ʻʻKeluarga kau apa khabar, Sein? Azizah? Haikal? Diaorang sihat?ʼʼ tanya Johari tentang isteri dan anak lelaki Hussein.
ʻʻAzizah dan Haikal sihat Joeʼʼ balas Hussein.
Dia dapat rasakan sesuatu daripada soalan yang ditanya, keresahan yang ditunjukkan oleh sahabat merangkap majikannya itu bukan berkenaan dengan perniagaan.
Tetapi ianya berkaitan dengan keluarga.
ʻʻKeluarga kau apa khabar? Myra sihat?ʼʼ tanya balas Hussein pula, cuba untuk memulakan perbualan.
Johari mengeluh.
Cermin mata yang dipakainya dilucut dan dilap dengan sapu tangan.
ʻʻAku risaukan pasal Myra ni, Seinʼʼ kata Johari perlahan.

Sumber:Internet