Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 35

. ʻʻSejuuknyaaaaa rumah mama!!ʼʼ kata Ali yang memeluk Fatimah kakaknya sambil melompat-lompat kegembiraan tatkala dua adik beradik itu masuk ke dalam homestay yang sedang didiami oleh Humaira.
Humaira yang gelak ketawa melihat telatah anak-anak Aiman itu melutut dan memeluk mereka berdua.
ʻʻKalau sejuuuuk, malam ni bila tidur nanti peluk mama yaa?ʼʼMendengar kata Humaira itu, Ali dan Fatimah bersorak gembira.
ʻʻMalam ni tidur dengan mama! Malam ni tidur dengan mama!ʼʼ kata mereka serentak.
ʻʻTimah! Ali! Dah tuʼʼ tegur bapa mereka.
ʻʻKan abah cakap, kita singgah rumah mama nak makan malam ja... lepas kita balik rumah kita.
Ingat takk?ʼʼʻʻAlaaaaaʼʼ kata Ali dengan muka masam.
ʻʻAlaaaaaʼʼ kata Fatimah dengan muka merajuk.
ʻʻAlaaaaʼʼ kata Humaira dengan muka manja.
Aiman tergelak kecil sambil mencuit kepala Humaira.
ʻʻPandai jer awak ni buat planning ya?ʼʼHumaira kemudian bangun dan berdiri di hadapan Aiman.
ʻʻBagi lah diaorang chance tidur dekat sini.
Diaorang kan dah seronok dengan rumah ni... sejukʼʼ Humaira sedikit memujuk.
ʻʻHabis awak nak kata rumah saya tu panas lah?ʼʼ tanya Aiman kepada Humaira.
Ali mengangguk laju.
Fatimah pun mengangguk sama.
Dengan senyuman, Humaira juga mengangguk sekali.
Aiman mendengus sambil menggeleng kepala.
ʻʻKorang bertiga ni.
Mana aci... tiga lawan satu!ʼʼDengan muka yang penuh berharap, Ali dan Fatimah mendongak merenung muka bapa mereka.
Humaira pun sama iras lakunya.
Aiman menggeleng kepala lagi.
ʻʻDah lah tu.
Dah lah tu.
Pergi mandi cepat! Kalau korang berdua behave, nanti abah fikirkanʼʼʻʻYeaaaay!ʼʼ balas Ali yang terus berlari memeluk kaki Aiman.
ʻʻTenkiu abaaaah!ʼʼ kata Fatimah pula sambil memeluk kaki lagi satu.
ʻʻI nak peluk jugak, boleh?ʼʼ tanya Humaira, nakal.
Aiman memicit hidung Humaira dengan jari telunjuk dan jari tengahnya yang dikepil dua.
Humaira gelak riang.
ʻʻOkayy jom! Bagi mama tunjuk bilik Timah dan Ali ya?ʼʼ kata Humaira kepada dua anak kecil itu.
Sambil Humaira memimpin Ali dan Fatimah dengan kedua tangannya, Aiman membawa beg persalinan mereka masuk ke dalam rumah.
Homestay yang diperbuat dari kayu itu dihiasi indah dengan perabot-perabot kayu yang mahal.
Seluruh ruang rumah termasuk dua bilik tidur berhawa dingin penuh.
Ruang tamu dan ruang makan disekalikan pada kawasan yang luas, bersambung dengan ruang dapur di sebelah belakang.
Setelah beg persalinan mereka dibawa masuk, Aiman membawa pula bungkusan makanan yang telah dibeli di pasar malam Beseri sebentar tadi.
ʻʻAiman, I nak mandikan diaorang dulu.
You tolong panaskan makanan ya? Ada microwave dekat dapur tuʼʼ kata Humaira.
Suaranya tak ubah seperti seorang isteri memberi pesanan kepada suaminya.
ʻʻYa lahʼʼ balas Aiman sambil menuju ke arah dapur.
Getah bungkusan makan dicabut, dan makanan dituang ke dalam mangkuk dan pinggan.
Baru sahaja membeli dari pasar malam, makanan itu masih panas lagi.
Pinggan dan mangkuk di bawa ke meja makan.
Setelah Ali dan Fatimah siap mandi dan dibedakkan, mereka berempat menuju ke dapur bersama.
Hidung Aiman segera menangkap haruman yang sangat menyegarkan.
Pasti mahal bedak yang digunakan itu.
Mereka berempat duduk di meja sambil menikmati juadah makan malam bersama.

Sumber:Internet