. Azura: Abg Karl.
Zura nk bagi tahu Abg yg Zura dh pindah dari kondo Abg.
Zura dapat kuarters staff hospital.
Tenkiu Abg sbb jaga Zura selama ni.
Sori menyusahkan.
Kirim salam kat akak.
Haikal terpaku membaca pesanan dari Azura itu yang baru masuk ke dalam telefon pintarnya.
Dah beberapa hari mereka tidak berhubung kerana Haikal bekerja siang dan malam menguruskan projek di Iskandariah.
Apabila dia menerima pesanan dari kekasihnya itu, lain pula bunyi intonasinya.
Haikal terus bangun dari meja mesyuarat, membuatkan ahli mesyuarat yang lain sedikit terkejut.
Padahal mereka semua sedang mendengar taklimat projek yang penting.
Haikal sepatutnya membentangkan resolusi permasalahan projek itu selepas ini.
ʻʻPlease excuse me, gentlemen.
Ada... emergencyʼʼ kata Haikal yang sudah mendail nombor Azura sambil dirinya berdiri dan meluru meninggalkan bilik mesyuarat itu.
ʻʻMister Haikal!ʼʼ kata salah seorang wakil pelanggan dari Singapura.
ʻʻYou cannot just leave the meeting like this!ʼʼTetapi laungan pelanggan itu tidak diendahkannya.
Ada benda yang lebih penting perlu diuruskannya.
Deringan telefon langsung tidak kedengaran.
Terus masuk ke peti suara untuk dirakam.
ʻʻHarap maaf.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.
Sila cuba sebentar lagiʼʼHaikal mengeluh panjang.
Bukan ke baru tadi dia mendapat pesanan WhatsApp dari Azura? Kenapa bila terus dail, telefon isteri rakannya itu tidak dapat dihubungi?Haikal mencuba mendail sekali lagi.
Sama seperti yang berlaku tadi, suara rakaman itu didengari semula.
ʻʻArrghhh!ʼʼ Berang dengan dirinya sendiri, Haikal terus menghubungi kuarters jururawat Hospital Gleneagles pula.
Haikal berjalan mundar-mandir sambil satu tangan mencekak pinggang, satu tangan menekap telefon di telinga.
Dia nampak beberapa orang dari JOFIZA Holdings berlari-berlari dari bilik mesyuarat ke arahnya.
ʻʻHello.
Kuarters Jururawat Gleneaglesʼʼ suara seorang wanita menjawab.
ʻʻBoleh saya bercakap dengan Encik Fazlan?ʼʼ kata Haikal pantas.
ʻʻEncik Fazlan tengah bercuti sekarang.
Saya Roslina, warden bertugasʼʼ balas wanita itu.
ʻʻPuan Roslina.
Maafkan saya.
Tapi ada tak jururawat nama Azura binti Abdullah baru pindah masuk dekat kuarters Puan?ʼʼ tanya Haikal.
ʻʻEncik ni, siapa? Saya tak boleh bagi maklumat ni sesuka hatiʼʼ kata warden wanita itu.
Haikal tergugup, tak tahu nak jawab apa.
Apapun terpaksa buat cerita, ʻʻSaya ni kawan sekolah Azura.
Dah lama cari dia... saya dengar dia dah kerja Hospital Gleneagles sekarangʼʼʻʻSaya rasa cara terbaik ialah encik datang ke hospital atau ke kuarters sendiri kalau nak jumpa, ya?ʼʼʻʻBaiklah, terima kasihʼʼ kata Haikal sambil dua orang eksekutif JOFIZA itu sudah menghampirinya.
ʻʻKarl! Kau tak boleh just leave the meeting like that! Clients tengah tunggu report kau ni!!ʼʼ tegur salah seorang eksekutif JOFIZA kepada Haikal.
ʻʻYa, lah.
Ya, lah.
Aku nak balik meeting lah niʼʼ kata Haikal sambil mendengus sambil diiringi eksekutif JOFIZA di kiri dan kanannya.
Sambil berjalan, Haikal menaip pesanan WhatsApp kepada Azura.
Haikal: Abg nak mintak maaf sgt sbb dah seminggu tak jumpa Zura.
Abg sibuk dekat JB.
Iʼm coming back soon.
Canʼt wait to see you.
I love you so much.
Pesanan dihantar dan telefon dimasukkan ke dalam poket seluar sambil Haikal dan rakan-rakannya masuk semula ke dalam bilik mesyuarat.
Sumber:Internet