Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 45

. Bermula dari malam Aiman mengajak Humaira untuk tidur bersamanya, pasangan luar nikah ini sudah mula hidup bersama bagaikan suami dan isteri.
Humaira lebih banyak menghabiskan masa di rumah Aiman bersama dengan anak-anaknya.
Sekali-sekala, mereka sekeluarga akan tidur di homestay Humaira pula, yang Humaira gunakan sebagai pejabat operasi-nya pada waktu siang hari.
Hidup bersama di bawah satu bumbung tidak bermaksud mereka berdua ini akan melakukan hubungan kelamin setiap malam.
Penat dan letih akibat mengerjakan projek ʻHomestay Dalam Dusunʼ, kebanyakan malam selalu di akhiri dengan tidur dan rehat sahaja.
Tetapi yang pastinya, Aiman dan Humaira akan mengakhiri hari mereka dengan tidur sekatil, dan memulakan hari berikutnya dengan bangun sekatil juga.
Bagi Aiman, meniduri seorang wanita yang bukan isterinya sendiri telah mengaburi iman dan akhlaknya sendiri.
Masih lagi berdiri mengerjakan solat, Aiman seolah-olah bertalam dua muka kepada agama ketika dia bersama Humaira.
Baginya, bercinta dengan isteri rakannya itu sudah tidak nampak dosanya lagi.
Setelah hidup bersekedudukan tanpa sebarang pantauan, hukum melakukan perzinaan itu tidak lagi dilihatnya sebagai perbuatan yang haram.
Bagi orang kampung pula, sikap baik Aiman sebagai pemuda yang berbudi pekerti mulia dikenali mereka sejak dari kecil lagi.
Mana mungkin pemuda yang tidak tinggal solat di surau atau masjid sedang melakukan perselingkuhan bersama isteri orang lain? Mereka selalu kelihatan bersama sambil berpegangan tangan.
Tiada lapik antara lelaki dan perempuan yang hanya dilakukan lazimnya oleh suami dengan isteri.
Melihat mereka begitu, orang kampung bersangka baik.
Mereka anggap Aiman dan Humaira telahpun menikah di sempadan.
Urusan rumah tangga orang bukan kerja mereka untuk disibuk-sibukkan.
Seperti juga pasangan yang baru diijab-kabulkan, bulan-bulan yang pertama seolah-olah mereka masih lagi berbulan madu.
Berpegang tangan, kadang kala memeluk dan mencium tanda kasih dan sayang.
Tak kan keintiman ini ditunjuk tayang pada orang andai kata tiada ikatan yang sah.
Begitulah mesranya pasangan ini, walaupun berada di tengah dusun.
Dalam sibuk-sibuk bekerja pun, sempat lagi mereka membalas kemesraan.
Tatkala Aiman datang ke pondok untuk berehat selepas penat membanting tulang, pasti Humaira akan menunggu dan menjamunya dengan kopi dan santapan.
Kain lap dicapai Humaira, peluh Aiman dilap dari muka ke leher.
Kain yang berbekas peluh itu kemudiannya dicium dalam sambil mata tertutup syahdu.
Aiman yang tersenyum melihat Humaira mencium peluh basahnya, terus tangan buah hatinya itu dicapai.
Digosok manja tangan berkulit licin itu.
Keduanya saling berbalas pandangan tanpa sebarang kata.
Seolah-olah sedang berinteraksi menerusi hati.
Dengan perlahan, genggaman tangan ditarik ke arah mulutnya.
Dengan penuh perasaan Aiman mencium tangan Humaira.
Humaira membiarkan.
Membenarkan Aiman menyalurkan perasaannya dengan tindakan yang sangat menyentuh hati dan jiwa raganya.
dua kali... Aiman terus mendaratkan bibirnya di belakang tapak tangan wanita yang telah membuat dia bertukar menjadi seorang penagih cinta.
Perasaannya telus.
Perasaan sayang dan cinta kepada Humaira tersemat utuh dalam sanubarinya.
Sebelah tangannya melepas genggaman lalu dialihkan ke belakang kepala Humaira.
Ditarik kepala wanita itu menghampiri ke wajahnya.
Dengan penuh kelembutan, dirapatkan bibirnya ke dahi Humaira.
Diciumnya dengan penuh keikhlasan dalam menyalurkan perasaannya itu.
ʻʻAwak... Jom kita balik? Saya rindu dekat awak lah... dah lama juga kita tak bersama kan?ʼʼ kata Aiman sebaik bibirnya berpisah dengan dahi Humaira.
Humaira hanya tergelak, bukan silap dirinya Aiman tidak menyentuhnya.
ʻʻYa ke dah lama? Rasanya baru seminggu dua kot?ʼʼ kata Humaira, konon-konon cuba mengingati kali terakhir mereka bersama.

Sumber:Internet